CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Makan Keropok Tak Ingat Dunia Ugut Bunuh Ayah Kerana Ditegur

27-2-2019 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5492| Komen: 56

Description: Hanya kerana ditegur menghabiskan keropok lekor yang dibeli, seorang lelaki tergamak mengugut mahu membunuh bapanya.
Hanya kerana ditegur menghabiskan keropok lekor yang dibeli, seorang lelaki tergamak mengugut mahu membunuh bapanya.

Tukang gunting Wan Adib Fawwaz Wan Mohd Fauzi, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.



Kredit foto: Berita Harian

Memetik Berita Harian, Wan Adib dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas didakwa mengacukan pisau ke arah bapanya, Wan Mohd Fauzi Wan Yusof, 46, sebelum mengugut mahu menikamnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan ugutan itu jam 10 malam pada 20 Februari lalu di sebuah rumah di Kampung Tebauk.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian tertuduh menjadi berang selepas ditegur bapanya kerana menghabiskan keropok lekor tanpa menghiraukan ahli keluarga lain.

Lelaki itu kemudian mengambil sebilah pisau di dalam biliknya sebelum mengacukannya ke arah mangsa dan mengugut mahu menikam bapanya.

Difahamkan, berlaku pertengkaran kecil antara dua beranak itu sebelum dileraikan ibu tertuduh.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mac ini untuk semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. - CARI
4

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 27-2-2019 04:11 PM
Kena cek dulu mental dia ni. Mana la tau lembam ke apa. Sbb tergamak nk ugut bunuh gara2 keropok
Quote pearlspth 27-2-2019 04:14 PM
sedap sgt agknye keropok lekor tu smpi mkn tk ingt org lain
Quote msdummy.2018 27-2-2019 04:22 PM
Org skrg nauzubillah
Quote Artemesiaa 27-2-2019 04:23 PM
Geng mat pit juga mungkin tu yang tak hormat pak sendiri
Quote CiliPadiSedap 27-2-2019 04:31 PM
Kau org xfaham bila xde duit nak makan baham semua keropok lekor. Situasi begini jd sebab XMAKAN. mungkin jenis background keluarga broken masing2 isi perut sendiri..
Quote saviour_09 27-2-2019 04:41 PM
ko mencekik sorang2 sampai lupa dunia
mau bapak ko tak marah

dah kena marah ko nak tikam pulak dah



donia2...
Quote chicozinn 27-2-2019 04:50 PM
sama ada mat pit xpun lembam tapi ade ke lembam keja jadi tukang gunting??
Quote ninjago 27-2-2019 04:56 PM
mat pit ke?
Quote lee_sakura 27-2-2019 04:56 PM
mat pit kot dia ni, makan byk pastu bila kene tegur sampai nk membunuh...actually mat pit ni mmg makan byk sbb arwah pakcik aku pon mat pit, telor sepapan blh habis dlm masa 2 hari...epal 8 biji pon habis xsampai 2hr, coklat beli kt langkawi banyak2 xsampai seminggu habis...nasib dh arwah
Quote palmolive 27-2-2019 04:58 PM
duk tebauk..aku ingat duk klang or kuala pilah ..nak cari kepok lekor payoh
Quote baghal_bortuqal 27-2-2019 04:59 PM
Sek penyung ajaib.... Pelek2ang sokmo la yer tuh...
Quote jazaa100 27-2-2019 05:20 PM
Balik keja penat.....yg ada kopok lekor je....dah org lain tak mkn, dia mkn le....

Yg ayah pulak marah dia mentekedarah sesorang....apa lg, gaduh lahhh.....
Quote BoongaKertas 27-2-2019 05:20 PM
eh eh budak ni.
Quote cupu 27-2-2019 05:28 PM
Dh cek urin tak...ada je manusia jenis ni..mkn tak ingat org blkg...klu dia beli tu tahan la jgk...ni jns kedekut piang.mkn hat org xmalu...
Quote ninja boy 27-2-2019 06:28 PM
Budak2 lagi ugut bunuh. Korang nnt tua2 agak2 cucu korang atau cucu jiran korang pergi merompak korang punya Wang simpanan
Quote kroit92 27-2-2019 07:50 PM
CiliPadiSedap replied at 27-2-2019 04:31 PM
Kau org xfaham bila xde duit nak makan baham semua keropok lekor. Situasi begini jd sebab XMAKAN. mu ...

tu la, aku rasa ada cerita lain ni. ada cerita background, diorang bukan gaduh pasal keropok ni je.keropok ni antara pencetus, triggered lepas dah lama dendam.
something wrong somewhere.

Quote fealefea 27-2-2019 07:52 PM
polis sebelah kiri tu selalu keluar news kan?
Quote CiliPadiSedap 27-2-2019 08:00 PM
kroit92 replied at 27-2-2019 07:50 PM
tu la, aku rasa ada cerita lain ni. ada cerita background, diorang bukan gaduh pasal keropok ni je ...

Mat dadah xkan gaduh cmni. Mat dadah dia trigger terus meletup xde nya nak makan keropok lekor.. nak2 lg leropok lekor ada cheese meleleh
Quote lilo_stitch 28-2-2019 12:11 AM
CiliPadiSedap replied at 27-2-2019 04:31 PM
Kau org xfaham bila xde duit nak makan baham semua keropok lekor. Situasi begini jd sebab XMAKAN. mu ...

Betul tu. Aku pun fikir gitu. Dia kan tukang gunting. Agaknya balik keje penat, pastu lapor. Mebi tak makan satu hari ke mana kita tau. Kot gaji belum dpt lagi ke, duit tak de. Kejadian berlaku pun dah pkl 10 mlm. Yg ayah dia plak nak marah2. Tu yg tak boleh kontrol kot, gaduh anak beranak

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.082210 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top