CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kami Sambut Hari Lahirnya Sehari Lebih Awal Dan Itulah Kali Terakhir Kami Lihat Dia Ketawa."

1-3-2019 11:31 AM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 5253| Komen: 9|Original author: Oleh: CSuy

Description: "Sehari sebelum dia jatuh sakit, kami sambut hari lahirnya sehari lebih awal dan itulah kali terakhir kami lihat dia ketawa, bercakap dan mahu meniup lilin kek. Dia demam panas pada sebelah malamnya ...

"Sehari sebelum dia jatuh sakit, kami sambut hari lahirnya sehari lebih awal dan itulah kali terakhir kami lihat dia ketawa, bercakap dan mahu meniup lilin kek. Dia demam panas pada sebelah malamnya dan terkena sawan pada pagi keesokannya".

Izrinda Roslin, 33 mengimbas kembali detik-detik manis yang dikecapi bersama anaknya Ammar Irfan, 6 sebelum segala-galanya berubah. Memetik laporan Bernama, Ammar Irfan mengalami radang otak. Ia menyebabkan anak kecil itu kini terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah.


 

Kredit Foto: Bernama
Sebelum ini, Ammar Irfan dikenali sebagai seorang kanak-kanak yang petah. Malangnya, keupayaannya untuk bertutur kini terganggu. Anak kecil ini mengalami komplikasi gangguan saraf pada bahagian mulut.

"Serangan itu menyebabkan tangan kanannya mengerekot, tangan kiri dan kaki kanan tidak boleh bergerak, mulut serta mata tertutup", ujar Izrinda lagi. Gangguan saraf juga turut dikesan pada bahagian kaki dan tangan anak kecil ini.

Menguruskan Ammar Irfan di hospital kini menjadi rutin seharian Izrinda meskipun beliau sendiri menghidap kondisi tekanan darah tinggi. Ini kerana anaknya memerlukan Izrinda sepenuhnya untuk melakukan sebarang aktiviti.

Kredit Foto: Bernama / UtusanBorneo Online
Suaminya, Zakria Awang, 38 hanyalah seorang pembantu kimpalan di sebuah bengkel. Meskipun bekerja, beliau turut bersama-sama Izrinda berkongsi tanggungjawab menguruskan anaknya.

Dengan pendapatan bulanan suaminya sebanyak RM1,200, pasangan ini kini buntu untuk mencari dana bagi membiayai kos membawa anaknya bertemu dengan pakar neurologi di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan dan rawatan susulan.

Loading FB Post...

Kesemua duit simpanan juga telah habis digunakan, dipercayai untuk menampung pelbagai perbelanjaan semenjak kejadian pahit yang menimpa satu-satunya cahayamata mereka itu. Menurut Bernama lagi, sebelum ini, Ammar Irfan pernah dirujuk ke HPP untuk menerima rawatan lanjut. Namun kembali dipindahkan ke HSAH minggu lalu.

Izrinda turut melahirkan penghargaan kepada individu-individu dan pihak tertentu yang pernah membantu meringankan beban mereka. Buat masa ini, mereka telahpun memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sedang menunggu keputusan permohonan tersebut.

Bantuan boleh disampaikan melalui akaun Bank Rakyat Izrinda 223851015117 atau dengan menghubunginya di talian 017-4681055 atau Zakaria di talian 0111-6933973.

Radang otak merupakan kondisi yang terjadi akibat beberapa penyakit antaranya Encephalitis, Meningitis dan Meningoencephalitis. Menurut portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, antara simptom-simptom yang dialami adalah demam, sakit kepala, muntah-muntah, sawan dan juga koma.
Kredit Foto: Laman blog PsychPedia
Penyakit-penyakit ini menyebabkan beberapa komplikasi contohnya masalah pertuturan, gangguan saraf, gangguan pada koordinasi dan keseimbangan badan, sawan, lemah daya ingatan dan kemurungan. Justeru, pesakit perlu menjalani terapi secara berterusan meskipun setelah sembuh dari penyakit yang dihidapi. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 1-3-2019 07:10 PM
semoga Allah permudahkan urusan
mereka sekeluarga..

sedihnya.. sakit dalam sekelip mata..
Quote Nenolen 1-3-2019 07:47 PM
EvieWanKenobi replied at 1-3-2019 07:10 PM
semoga Allah permudahkan urusan
mereka sekeluarga..


Aminnn...insyaAllah
Quote lolipopi 1-3-2019 09:10 PM
Semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh ya
Quote Juju89 5-3-2019 04:37 PM
dugaan yang sangat berat semoga di permudahkan segala-galanya dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.
Quote LadyCarefree 28-4-2019 02:51 PM
Jumpa pakar kt spital rm5 je xde dana byr bil ada je jabatan khidmat masyarakat kt sepital boleh minta bantuan
Quote mamarock 28-4-2019 03:01 PM
Semoga tabah menghadapi dugaan.
Quote fff_cat 29-4-2019 08:58 AM
Kesiannya... semoga ada harapan untuk sembuh
Quote alepmama 29-4-2019 09:00 AM
semoga adik ni sihat seperti sediakala
Quote gujiwa 29-4-2019 09:04 AM
moga adik cepat sembuh.. moga diberikan kekuatan untuk keluarga ni dan dipermudahkan urusanya..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.107328 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top