CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seram, Berhantu? Ini Keadaan"Mimaland" Taman Tema Pertama Di Malaysia Selepas Ditutup

5-4-2019 10:40 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 15463| Komen: 32|Original author: Oleh: nameera

Description: Jika kini Malaysia memiliki taman tema di serata Malaysia, namun dulu Mimaland merupakan taman tema paling popular di Malaysia. Mana tidaknya, taman tema ini adalah yang pertama di Malaysia.
Jika kini Malaysia memiliki taman tema di serata Malaysia, namun dulu Mimaland merupakan taman tema paling popular di Malaysia. Mana tidaknya, taman tema ini adalah yang pertama di Malaysia.

Mimaland mula di buka kepada pengunjung pada 1975 di Gombak, Selangor. Tetapi, 19 tahun kemudian, taman tema ini terpaksa ditutup akibat berlakunya tanah runtuh di dalam kawasan taman tema yang boleh merisikokan pengunjung.



 Kredit Foto : Facebook

Mengikut sejarah pembinaan, Mimaland atau nama panjangnya "Malaysia In Mianiature Land"  dibina sekitar tahun 1971  di atas tanah yang berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak, yang hanya lebih kurang 30 kilometer sahaja dari Kuala Lumpur.

Saat mula beroperasi, tama tema ini dibuka secara berperingkat kepada pengunjung dengan kemudahan seperti motel, chalet dan restoran terapung di samping kolam renang yang siap dalam fasa pertama.


 Kredit Foto : Facebook


 Kredit Foto : Facebook

Antara tarikan di sini adalah taman haiwan prasejarah seperti binaan patung haiwan dinasour yang sangat besar sehingga menjadi tumpuan ramai pengunjung terumanya kanak-kanak.


 Kredit Foto : Facebook

 Kredit Foto : Facebook

Sembilan tahun berikutnya, satu lagi kolam renang dibuka dan ia merupakan kolam terbesar dia Asia Tenggara serta antara yang termoden dan tercanggih ketika itu. 

Malah, Mimaland juga menambah  satu lagi aktiviti menarik iaitu papan luncur gergasi yang sememangnya pada ketika itu begitu menjadi tarikan utama pengunjung.


Kredit Foto : Facebook

Kredit Foto : Facebook

Selain itu, terdapat juga sebuah tasik yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki sampan, memancing, "giant maze" dan aktiviti merentas hutan.


Kredit Foto : Facebook


Kredit Foto : Facebook


Kredit Foto : Facebook

Bukan itu sahaja, Mimaland juga terkenal sebagai tempat lokasi penggambaran dalam beberapa filem. Antara filemnya adalah Gila-Gila Remaja dan Mekanik.


Kredit Foto : Facebook

Malah, perkara yang menjadikan tempat ini sentiasa menerima pengunjung adalah harganya yang berpatutan pada ketika itu sesuai dengan pelbagai aktiviti menarik ditawarkan.


Kredit Foto : Malaya Ticket

Namun, saat nama Mimaland sudah gah, berlaku dua peristiwa di luar jangkaan yang telah menjatuhkan reputasi taman tema ini.

Pertama
Berlaku kemalangan di kawasan papan luncur pada Januari 1993 sehingga menyebabkan warga Singapura berusia 27 tahun maut. Berikutan itu, Mimaland terpaksa ditutup sementara waktu untuk penambahbaikan sebelum ia kembali dibuka.

Kedua
Setahun kemudian, pada Mei 1994 berlaku kejadian tanah runtuh mengakibatkan kerosakan sama pada dinding kolam renang. Kejadian itu telah menyebabkan air lumpur memenuhi kolam renang tersebut, lantas ia terpaksa ditutup kepada pengunjung.

Peristiwa yang berlaku menyebabkan pihak bertanggungjawab diheret kemuka pengadilan dan Mimaland dihalang untuk beroperasi saat kes sedang dibicarakan.

Hal ini demikian, Mimaland tidak lagi mampu bertahan dan akhirnya pada 1994 ,Mimaland menutup taman tema mereka untuk selama-lamanya.

Kini, sudah 25 tahun Mimaland terbiar begitu sahaja. Persekitaran kawasan ini hampir ditenggelamkan hutan dan tumbuhan yang makin melebat sehingga terlihat begitu menyeramkan. Bahkan dikatakan tempat berhantu dan antara tempat terseram di Malaysia.


Kredit Foto : lowyat


Kredit Foto : Facebook


Kredit Foto : Facebook


Kredit Foto : Facebook


Kredit Foto: Muhd Zaaba Zakeria/NST


Kredit Foto : Facebook



Kredit Foto : Facebook

Kredit Foto : Facebook

Kredit Foto : Facebook

Kredit Foto : lowyat



Ada yang pernah berkunjung ke sini? Apa kata kongsi sedikit pengalaman indah saat ke Mimaland? - CARI


7

Bagus
3

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mohdcrow 5-4-2019 10:57 AM
dah ada kan thread pasal mimaland ni

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=373290&highlight=mimaland
Quote OrkedCattleya 5-4-2019 11:11 AM
Seramnya tengok
Quote muggleDylla 5-4-2019 11:18 AM
haah pernah baca ada dah thread pasal mimaland
Quote muggleDylla 5-4-2019 11:19 AM
haah pernah baca ada dah thread pasal mimaland
Quote LostStar 5-4-2019 03:09 PM
lg cantik dinosaur yg terkini.. nampak real dengan lumut2nya tu..
Quote ayyyyangg 5-4-2019 03:50 PM
Scaryyyyyyy
Quote luluaurora 5-4-2019 03:51 PM
Sayangnyaaa ditinggal mcm tu je,
Mmg kawasan luas mcm tu dibiarkan mcm tu je?
Xde pemaju yg nk bangunkn balik ke?
Quote cholic 5-4-2019 07:31 PM
kompom ada yg menghuni sbb lama ditinggalkan... dengan kawasan hutan lagi
Quote akumak 5-4-2019 10:20 PM
Syok pula tgk gmbr before after. Aku pun rs2 mcm pernah pergi je mimaland masa kecil. Tp tak ingat dan tak ada gmbr
Quote cmf_jeangrey 6-4-2019 12:32 AM
Pernah pegi sekali masa sekolah dulu..seingat iols boleh hire bicycle sbb nak jln dlm tu jauh dgn panasnya..elok tempatnya tp x sangka jd camtu
Quote paz 6-4-2019 02:58 PM
Paz pun pernah pergi masa kecik. Masa tu best lah.
Quote LolaRosa 6-4-2019 08:55 PM
Scarynya tengok dinosaur tu.
Quote supernaturalee 6-4-2019 11:32 PM
LostStar replied at 5-4-2019 03:09 PM
lg cantik dinosaur yg terkini.. nampak real dengan lumut2nya tu..

Kannn
Nmpk real plk



Quote supernaturalee 6-4-2019 11:36 PM
Hauknya tatabahasa tt utk artikel berilmiah sebegini


Anyway...korg perasan x
Gmbr yg dorg ambil yg ada org zaman batu tu
1st pic die dongak ats
2nd pic mcm merenung ke bwh dan nmpk kesayuan
Adakah patung yg sm atau berbeza?
Quote LostStar 6-4-2019 11:38 PM
supernaturalee replied at 6-4-2019 11:32 PM
Kannn
Nmpk real plk

Mungkin lepasni blh buat jurasic park mimaland II.. ahaks..
Quote pinkyjuliet83 8-4-2019 08:06 AM
supernaturalee replied at 6-4-2019 11:36 PM
Hauknya tatabahasa tt utk artikel berilmiah sebegini

Yezza... i pon perasan benda yg sama...
byk kali gak telek pic tu
Quote yayangmama 8-4-2019 10:15 AM
alamak...tgk gambar no 2 tu...eh saya pernah sampai la tempat ni taun 1989 kot mse sekolah rendah

same pemabdangan mcm tu...tp tak ingat pulak ada dino kat situ
Quote puanbintang 8-4-2019 11:03 AM
meremang pulak bulu roma tengok gambar - gambar tu
Quote makton 8-4-2019 11:20 AM
kan dah ada tred ni.. igtkan dah berubah dah mimaland tu. rupanya masih sama.
so ini adalah tred ulang tayang..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.105801 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top