CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Selesai Masak, Saya Tengok Ada RM25,000 Tunai Dalam Beg" - Chef Wan

24-5-2019 11:29 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 22557| Komen: 105|Original author: Oleh: Top5

Description: Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah. Chef Wan berkongsikan pengalaman ketika menjadi chef di majlis-majlis makan malam yang dianjurkan o ...
Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah. 

Dalam pada itu, Chef Wan berkongsikan pengalaman ketika menjadi chef di majlis-majlis makan malam yang dianjurkan oleh kerabat diraja tersebut.


Foto: Carian google


Menurut Chef Wan, Almarhum baginda seorang yang sangat murah hati dan suka bersedekah. Menu kegemaran baginda adalah mi rebus hasil air tangan Chef Wan.

"Kebaikan baginda menjadi bualan orang ramai. Baginda selalu menjadi orang yang baik, suka bersedekah dan memberi makan kepada orang ramai. Malah, Baginda juga sentiasa pastikan semua orang dilayan dengan baik.

"Ada suatu ketika, Tuanku ingin merasa mi rebus hasil tangan saya dan malam itu juga saya masak sendiri mi rebus itu untuknya.


"Apa yang mengejutkan, apabila selesai memasak dan pulang ke rumah, saya dapati ada RM25,000 wang tunai, telefon baharu keluaran Samsung, dan kamera berjenama Canon di dalam beg perkakas saya," katanya kepada Astro Awani.


Chef Wan berasa tidak percaya dengan pemberian itu dan bertanya kepada Baginda sama ada dia tersalah letak. Namun, jawapan yang diterima adalah Tuanku Sultan sendiri meletakkan ganjaran tersebut sebagai hadiah.

Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur kira-kira 8.50 pagi kelmarin pada usia 89 tahun. - CARI 



Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • ZueAH


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 24-5-2019 11:31 AM
humblebrag?  takleh nak husnuzon ngan pakcik ni...
Quote chandrahusin 24-5-2019 11:37 AM
arwah kawan aku
penah jadi ketua pramugara MAS
penah attend flight Almarhum
dia pun kata Almarhum mmg tak lokek
sekali bagi tip smpai RM5k
Quote kibodwatriuh 24-5-2019 11:40 AM
blerghhhhh
Quote chicozinn 24-5-2019 11:50 AM
chandrahusin replied at 24-5-2019 11:37 AM
arwah kawan aku
penah jadi ketua pramugara MAS
penah attend flight Almarhum

to be honest aku pun penah dpat duit ngan almarhum sultan ni..dy memang xlokek pun..time tu aku n kawan2 suksis kat uia jaga lalu lintas n parking time convo sebab mostly kat UIA gombak nu upacara perasmian konvo stiap tahun almarhum sultan yg akan datang n bagi scroll tme hari tu jugak..bodyguard dy bagi ktorang rm5k kongsi 10 orang..merasa la dpat sorang rm500, memang sronok habis sebab banyak tu sehari dpat rm500..hehehe..
Quote manehnya 24-5-2019 11:51 AM
wooo untong laaa... tu baru masak mee kari...
Quote ZueAH 24-5-2019 11:52 AM
tak yah lah berlagak org tua ooiii..diam2 sudah..
Quote seri_mawr 24-5-2019 11:55 AM
walaupun ramai jek suka ckp sultan ni mcm2....bila dah mangkat kuar cerita2 baik baginda...

semoga di cucuri rahmat.....dan di tempatkan di kalangan ahli syurga...

Quote shernazz 24-5-2019 12:14 PM
Almarhum masa iols kat skola slalu dengor dia bg bantuan kat kawna kawan iols...
Depa mmg asal pahang n dpt.bantuan hari raya bagai...
Xpe la..benda baik elok kita sebar sebarkan...
Bulan yang mulia ni .elok kita xde maki maki
Quote misz_sanggul 24-5-2019 12:18 PM
chandrahusin replied at 24-5-2019 11:37 AM
arwah kawan aku
penah jadi ketua pramugara MAS
penah attend flight Almarhum

btul..mmg sultan pahang x kdekut lgsg..
adik ipar kte polis yg kdg2 on duty kna jaga kediaman sultan pahang kt kl ni..
skali die bg tips plg ckit rm500.. dgn sgl2 mkanan lg..
kalo jaga rumah tun rahah heheh biskut kering pun x pnh dpt


Quote abadi84 24-5-2019 12:22 PM
chicozinn replied at 24-5-2019 11:50 AM
to be honest aku pun penah dpat duit ngan almarhum sultan ni..dy memang xlokek pun..time tu aku n  ...

Adoi.. knplah laki ai tak pernah trserempak dia hahhaa
Quote chicozinn 24-5-2019 12:26 PM
abadi84 replied at 24-5-2019 12:22 PM
Adoi.. knplah laki ai tak pernah trserempak dia hahhaa

laki chuollss pun join suksis kt uia ke time tu?huhu..tapi berbaloi la nak jaga trafik n parking time sultan dtang lgi teruk bhai..kitorang sume kena maki lagi2 ngan student2 foreigner sbab terpksa tutup jalan kat main gate nak ke dewan besar tu..
Quote suiskipas 24-5-2019 12:49 PM
seri_mawr: walaupun ramai jek suka ckp sultan ni mcm2....bila dah mangkat kuar cerita2 baik baginda...semoga di cucuri rahmat.....dan di tempatkan di kalangan ah ...


Kalau boleh biarla cerita yg elok2 je kluar lpas jadi arwah. Benda yg x elok tu diamkan je. Bayangkan lepas kite mati, org plak yg bercerita ttg benda x elok pasal kite. Kan tak bagus gitu. Biarla org igt yg baik2 je...
Quote monsterwife 24-5-2019 12:54 PM
misz_sanggul replied at 24-5-2019 12:18 PM
btul..mmg sultan pahang x kdekut lgsg..
adik ipar kte polis yg kdg2 on duty kna jaga kediaman sul ...

Tun rahah memang kedekut pun
Quote delia3003 24-5-2019 01:26 PM
Memang banyak dengar pasal al-marhum ni pemurah. Dia kerap hulur duit sebagai saguhati untuk sesiapa yang pernah berkhidmat untuk dia. Kes2 macam Chef Wan ni ler
Quote Meiizu 24-5-2019 01:30 PM
misz_sanggul replied at 24-5-2019 12:18 PM
btul..mmg sultan pahang x kdekut lgsg..
adik ipar kte polis yg kdg2 on duty kna jaga kediaman sul ...

Nanti t.raha mati baru kluar cite elok...berani ko cite pasal biskut,mampos ko dikecam
Quote naina 24-5-2019 02:16 PM
Bestnya jadi orang kaya kan
Sedekah tabur2 duit je ribu2
Teringin nak jadi cmtu..
Kongsi rezeki banyak2..
Patutla meninggal bulan mulia
Pemurah yakmat
Dgn artis lagi la tabur2 je pingat
Quote cmf_blingblings 24-5-2019 02:16 PM
suiskipas replied at 24-5-2019 12:49 PM
Kalau boleh biarla cerita yg elok2 je kluar lpas jadi arwah. Benda yg x elok tu diamkan je. Baya ...

Betullah biar bercakap yg elok-elok sudah
Quote acikbajuhijau 24-5-2019 02:19 PM
chandrahusin replied at 24-5-2019 03:37 AM
arwah kawan aku
penah jadi ketua pramugara MAS
penah attend flight Almarhum

waw. banyak gila!
Quote munchkin 24-5-2019 02:20 PM
Anak2 dia pun baik. Kawan je ngan cousin i yg org biasa. Kereta rosak dia bagi pinjam sebab nak balik kg tengok nenek. Siap mesej lagi tanya khabar nenek.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.055101 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top