CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Dilarikan, Suami Isteri Diikat Rumah Diserbu Penyamun

24-5-2019 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4576| Komen: 22

Description: Lima perompak memecah masuk sebuah rumah sebelum mengikat sepasang suami isteri di Taman Senggi, Siniawan, Bau jam 3 pagi semalam, lapor Harian Metro.
Lima perompak memecah masuk sebuah rumah sebelum mengikat sepasang suami isteri di Taman Senggi, Siniawan, Bau jam 3 pagi semalam, lapor Harian Metro.



Dalam rompakan bersenjata itu, penyamun melarikan kereta Nissan Grand Livina dan wang simpanan berjumlah RM2,000 serta tiga unit telefon pintar; Asus Zenfone Max, Huawei Mate 8 dan Huawei Nova 3i.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon, aggaran kerugian dialami mangsa berjumlah RM60,000.

Difahamkan, ketika kejadian, juruteknik komputer berusia 34 tahun itu dan isterinya sedang tidur ketika rumah mereka dipecah masuk penyamun melalui tingkap bahagian dapur.

Mangsa kemudian diikat menggunakan wayar dan dawai penyangkut baju, namun mereka bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian.

Poge Nyaon meminta orang ramai berwaspada dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dengan mengunci pintu pagar rumah.


Sementara itu, Utusan Borneo melaporkan mangsa tidak mengenali kesemua penyamun terbabit dan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 24-5-2019 02:15 PM
Penyamun terbabi?{:run
Quote c===8 24-5-2019 02:17 PM
kedai dah tanak amik fon huawei seken skang ni
Quote wacko2403 24-5-2019 02:29 PM
bln2 puasa pon bt hal la
Quote precious_chicas 24-5-2019 02:33 PM
Silap la penyamun bawa lari henpon tu....
Quote nononcrux 24-5-2019 02:55 PM
precious_chicas replied at 24-5-2019 02:33 PM
Silap la penyamun bawa lari henpon tu....

dah tu je ade..
Quote cmf_blingblings 24-5-2019 02:58 PM
Tak berbaloi hangpa curi kat rumah rakyat marhain
Quote jofizo 24-5-2019 02:58 PM
apa yg ada dlm hp tu yg lg penting....wat ada video ehem laki-bini....hahhhh naya
Quote VioletsAre_Blue 24-5-2019 03:21 PM
Pentingnya kunci pintu pagar
Quote manjalara_01 24-5-2019 04:26 PM
kan dlm hp tu ade gps....so bleh la tracking perompak tu kot?
Quote sufi^_^ 24-5-2019 04:34 PM
Curik huawei nak buat apa kahkah
Quote sufi^_^ 24-5-2019 04:36 PM
Mujur tak diapa2kan, esp bini dia.
Quote sitiwon 24-5-2019 04:39 PM
ekonomi negara teruk

makin teruk, makin banyak la kes curi harta orang lain

cam kat brazil sana

Quote Lagubestbest 24-5-2019 04:50 PM
sufi^_^ replied at 24-5-2019 04:34 PM
Curik huawei nak buat apa kahkah

Haha boleh gak ni, troll bagi hadiah huawei masa raya kat anak sedara.
Quote sufi^_^ 24-5-2019 04:54 PM
Lagubestbest replied at 24-5-2019 08:50 AM
Haha boleh gak ni, troll bagi hadiah huawei masa raya kat anak sedara.

Hahahaha.... bagi kat budak kecik, bukan dia tau pun .
Quote precious_chicas 24-5-2019 05:12 PM

Kan. Btw, semenjak heboh pasal Huawei ni, penulis berita pun siap detail lagi citer hp dilarikan jenama itu
Quote ikanmasin 24-5-2019 10:10 PM
musim nak raya ni lg menjadi2 perompak bagai..hati2 lah semua..
balik kg berpesan2 lah pd jiran @sedara mara yg tak blk lg..
Quote paz 24-5-2019 10:27 PM
Alahai jahatnya orang sekarang.
Quote Ali_x 26-5-2019 06:36 PM
Hawau wei pe yamun
Quote Chairman 28-5-2019 10:31 AM
sentiasa berhati-hati yer poromer sekalian

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047870 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top