CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keruntuhan Terminal Bersepadu Gombak, SSCC Akan Terus Pantau

23-5-2019 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6402| Komen: 26

Description: Susulan insiden runtuhan Terminal Bas Bersepadu Gombak awal pagi tadi, Smart Selangor Command Centre (SSCC) dikatakan akan terus memantau dan membuat tindakan susulan.
Susulan insiden runtuhan Terminal Bas Bersepadu Gombak awal pagi tadi, Smart Selangor Command Centre (SSCC) dikatakan akan terus memantau dan membuat tindakan susulan.

Dalam satu kenyataannya seperti dipetik Harian Metro, SSCC menerima maklumat mengenai kejadian itu yang berlaku jam 1.05 pagi.




“Punca runtuhan Terminal Bas Bersepadu Gombak masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Kesemua pekerja dan mangsa disahkan bukan warganegara.

“Dimaklumkan, seorang mangsa masih terperangkap dalam kejadian runtuhan itu manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan dan di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.



Difahamkan, semua agensi respon masih giat melakukan kerja penyelamatan mangsa yang terperangkap.

Media sebelum ini melaporkan, sepasang suami isteri warga Indonesia cedera ringan, manakala seorang lagi buruh kontrak masih terperangkap dalam rutuhan.


Foto: Harian Metro/Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 1.13 pagi sebelum 46 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikerahkan ke lokasi. - CARI



Bagus
2

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pixie902 23-5-2019 07:25 AM
Kesiannya...demi mencari sesuap nasi...harap dijumpai selamat la...
Quote nononcrux 23-5-2019 08:48 AM
semoga dipermudahkan urusannya..
Quote sfrnna 23-5-2019 09:26 AM
Tak da gambar ke?
Quote leylapple 23-5-2019 10:10 AM
kesian..dah la nak raya
Quote ekod79 23-5-2019 10:14 AM
sejak dua menjak ni hujan lebat petang2 di gombak ni
Quote munchkin 23-5-2019 02:52 PM
Stay safe please
Quote TalibanRock 23-5-2019 03:01 PM
gambar xde ke?aku ni melayu yg malas membaca malas serba serbi bak kata tunM
Quote zorrro_03 23-5-2019 03:17 PM
tangkap gombak...  dakwa jika ada salah laku pengurusan projek.  
Quote nasbab86 23-5-2019 03:22 PM
alang2x tu nk tny. terminal bersepadu gombak ni mcm tbs ke? hentian bas erk? ke timur ke?
Quote nora_balqis 23-5-2019 03:30 PM
masak safety situ
Quote Muntz 23-5-2019 04:02 PM
Harus stop work order pasni.
Quote anastasia7 23-5-2019 04:05 PM
Harap jumpa yg terperangkap tu. Signage ada dah terminal ni. Mgkin nk integrate dgn lrt gombak sekali ni. Mcm tbs
Quote Artemesiaa 23-5-2019 04:05 PM
Risiko tinggal dekat dengan kawasan pembinaan.  Harap pihak majikan lebih perihatin mengenainya lepas ni.
Quote hibernation 23-5-2019 06:53 PM
IMG_20190523_185148.jpg
Quote hibernation 23-5-2019 06:57 PM
IMG_20190523_185607.jpg
Quote aechae 23-5-2019 07:42 PM
nasbab86 replied at 23-5-2019 03:22 PM
alang2x tu nk tny. terminal bersepadu gombak ni mcm tbs ke? hentian bas erk? ke timur ke?

Iye...ni utk ke pntai timur
Quote ikanmasin 23-5-2019 10:13 PM
semoga selamat dijumpai dan dipermudahkan..
kesian dah lah nak raya ni
Quote sokmogitu 23-5-2019 10:14 PM
Tolonglah sambung LRT ampang ke LRT Gombak. Dah x sanggup tgk mrr2 jem teruk setiap masa.
Quote kelapaparut 23-5-2019 10:16 PM
Sakitnye kne hempap cerucuk2 besi ni, smg slmt..mmg bsr terminal.ni mcm tbs gak

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.118778 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top