Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Suami Selalu Diam Bila Ada Masalah? Ini Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Pasal Lelaki

17-7-2019 10:01 AM|Oleh: Hati Lelaki| Komen: 7

Ada orang kata perempuan makhluk paling kompleks dalam hidup. Angin selalu berubah-ubah, suka membebel, bahkan nak makan di kedai mana pun boleh menjadi isu!

Pun begitu, sebenarnya ada satu lagi makhluk yang lebih kompleks daripada seorang wanita. Tak lain tak bukan, makhluk itu bernama lelaki.


Kenapa Lelaki Selalu Diam Bila Ada Masalah?


Sumber Gambar: Askmen.com

Jawapannya, sebab lelaki ada ego yang tinggi!

Sifat ego yang tinggi pada lelaki menjadikan diri mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain. Hatta dengan isteri mereka sendiri.

Seboleh-bolehnya, bila ada masalah lelaki akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut sendiri. Bahkan, dia akan berasa cukup puas sekiranya dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa bantuan orang lain. Rasa macam hero!

Sebab itu bila lelaki ada masalah, mereka cenderung untuk berdiam. Dalam diam, lelaki akan berfikir mencari solusi dan mengatur langkah untuk menyelesaikan sebarang masalah.


Foto: Thy Mind, O Human


Bila Lelaki Buntu

Sekiranya gagal menyelesaikan masalah tersebut sendiri, kaum lelaki akan perlahan-lahan merendahkan ego untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain.

Kalau nak berkongsi masalah, dia akan mencari kawan yang betul-betul dipercayai dan boleh membantunya mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

Berbeza dengan wanita, lelaki berkongsi masalah bukan semata-mata untuk meluahkan perasaan dan melegakan emosi. Bahkan, apa yang lebih penting bagi lelaki adalah mereka mendapat solusi kepada masalah yang sedang difikirkan.

Jadi, berilah peluang kepada suami anda keluar minum di luar dengan kawan-kawan terutama bila dia ada masalah. Dia keluar bukan untuk berfoya-foya, tapi untuk mengurangkan kekusutan dalam hati.

Sekiranya suami anda berkongsi masalah dengan anda, selain memberikan sokongan emosi, cuba fahamkan betul-betul masalah mereka dan berikan cadangan solusi kepada masalah tersebut. Barulah ada ciri-ciri isteri mithali.


Cara Nak Memotivasikan Suami


Foto: Anandabazar Patrika

Sifat ego yang ada dalam diri lelaki menjadikan diri mereka lebih dihargai apabila kehadiran mereka diperlukan dan mereka berasa seakan-akan memimpin dan berkuasa. Bahkan, memang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin keluarga untuk memberikan yang terbaik buat anak dan isteri.

Oleh itu, selain daripada mengucapkan "I love you", ucapkan juga "Bersyukur saya ada suami macam abang, kalau tak ada abang, saya tak tahulah apa yang akan berlaku dengan hidup saya."

Bila suami merasakan dia sangat dihargai dan diperlukan, sudah pasti mereka sudi memberi yang lebih baik kepada isteri dan anak-anak tersayang.

Mudah saja sebenarnya nak faham hati lelaki ni! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : Rupanya Kajian Ini Buktikan Kenapa Lelaki Tidak Boleh Pakai Emas..

Next       : Suara Mirip Dato' Siti Nurhaliza, Lelaki Ini Cuit Hati Netizen. Merdunya!

Komen Terbaru

Quote kroit92 17-7-2019 05:43 PM
saviour_09 replied at 17-7-2019 02:16 PM
kan?tapi biasa nya kalo lapo ni lain sikit menung dia
pakej dgn mood rimau sekali
slack sikit j ...

betul, bak kata orang putih, hungry man is an angry man
tapi aku dak le menyinga, merimau   rilek je. bulan puasa tahan lapar, chill, cool je, hari biasa mesti lagi rilek

Lain-lain Komen

Quote rosasen 17-7-2019 11:07 AM
ooo camtu.. nnt nk apply ayat tu..hihi
Quote saviour_09 17-7-2019 12:01 PM
banyak benda nak pikir sis
ingat senang nak jaga anak bini?
bukan nak pikir betina semata2
ni pantang laki termenug sikit
dah menggelibas tuduh ada betina
lol!
Quote kroit92 17-7-2019 01:27 PM
saviour_09 replied at 17-7-2019 12:01 PM
banyak benda nak pikir sis
ingat senang nak jaga anak bini?
bukan nak pikir betina semata2

aku pun selalu termenungorang ingat ada masalah

padahal aku termenung, diam selalu, simple je
sama ada aku mengantuk, atau aku lapar, tu je
Quote palmolive 17-7-2019 01:36 PM
diam salah,
bila bercakap ngan dia duk sibuk tgk henset..bila kita luahkan terguris pulak hati..
alahai
Quote saviour_09 17-7-2019 02:16 PM
kroit92 replied at 17-7-2019 01:27 PM
aku pun selalu termenungorang ingat ada masalah

padahal aku termenung, diam selalu, simple je

kan?tapi biasa nya kalo lapo ni lain sikit menung dia
pakej dgn mood rimau sekali
slack sikit je mengaum la!
Quote UmbrellaCorps 17-7-2019 05:38 PM
ada je laki yg diam ingatkan ada masalah.. rupanya sakit gigi.. hahaha..
Quote kroit92 17-7-2019 05:43 PM
saviour_09 replied at 17-7-2019 02:16 PM
kan?tapi biasa nya kalo lapo ni lain sikit menung dia
pakej dgn mood rimau sekali
slack sikit j ...

betul, bak kata orang putih, hungry man is an angry man
tapi aku dak le menyinga, merimau   rilek je. bulan puasa tahan lapar, chill, cool je, hari biasa mesti lagi rilek

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
2.414128s Gzip On
To Top