CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kita Berdua Akan Survive"- Kisah Suami Isteri Lawan Kanser

7-8-2019 10:12 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 7111| Komen: 29|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Orang kata, cinta boleh datang dalam situasi paling tidak diduga. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini.
Orang kata, cinta boleh datang dalam situasi paling tidak diduga. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini. 


Says.com melaporkan kisah cinta penuh emosi mereka. Pada 2018, Azira Baharum atau nama gelarannya Egy disahkan menghidap Hodgkins Lymphoma Cancer.


Egy disahkan menghidap kanser pada 2018
Foto: Twitter

Dia meluahkan perasaannya melawan penyakit maut itu di Twitter. Maka, ramailah yang menghantar mesej, mendoakan semuanya baik-baik dan menghulurkan bantuan. 


Antara banyak-banyak mesej diterimanya, ada satu mesej yang mahu memperkenalkan Egy kepada Izham yang juga menghidap kanser yang ketika itu berada pada tahap "full remission"- maksudnya semua petanda dan simptom kanser sudah tidak dapat dikesan lagi. 


Egy dan Izham bertemu kerana kanser
Foto: Twitter

Jadi, Egy pun berhubunganlah dengan Izham. Mahu minta pendapat dan tip kesihatan. Biasalah bila kita sakit, usaha dan tip daripada orang yang pernah lalui perkara sama sangat membantu. 

Rupa-rupanya, mereka ada temu janji dengan doktor pada hari yang sama. Maka, Izham pun menunjukkan kawasan sekitar hospital dan memberi tip apa yang patut. 

Dari lawatan ke hospital, lama-lama bertukar menjadi hubungan cinta dan sayang. 


Bergilir-gilir buat rawatan
Foto: Twitter

"Bila Izham teman saya, dia sentiasa berani dan kerana dia, saya berjaya akan menjalani semua sesi kemoterapi saya.

"Ada waktu dia susah juga. Rasa pening dan muntah-muntah, tapi dia tak pernah ke mana-mana. Saya sedar di situ yang Izham adalah orang yang bersedia mengorbankan masa, tenaga malah kesihatannya hanya untuk memastikan saya berjaya lalui kesusahan saya," kata Egy. 


Egy dan Izham di hospital
Foto: Twitter

Selepas 12 sesi kemoterapi, Egy bersedia untuk diisytiharkan bebas kanser. Tapi, rupa-rupanya perjalanan tidak semudah itu. 

Pada Mac 2019, ketumbuhan dikesan di dada Izham. Dan sebulan selepas itu, ketumbuhan sama dikesan pada Egy. Mereka sekali lagi sama-sama berjuang melawan penyakit itu. 



Kerana jodoh tak ke mana, mereka berkahwin pada 3 Ogos lepas. Dan sehingga sekarang, mereka masih berulang-alik ke hospital untuk rawatan. 


Egy dan Izham berkahwin Ogos lalu
Foto: Twitter

Bagi membantu kos rawatan, mereka membuka kedai dalam talian menjual pelbagai barangan, Senjalawa. 

Orang kata, perjalanan hidup susah nak dijangka dan dalam waktu susah sebenarnya kita memang memerlukan peneman, kan?

Egy dan Izham memilih untuk terus positif melawan penyakit mereka dan mahu terus bahagia. Semoga semuanya selamat dan baik-baik sahaja buat pasangan ini! - CARI
6

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Intanterpilih09 7-8-2019 10:29 AM
Semoga mereka diberi kesembuhan n dipermudahkan segala urusan.aamiin
Quote rosasen 7-8-2019 10:35 AM
suka baca post mcm ni...positif je auranya
Quote fliphair8 7-8-2019 10:37 AM
dalam duka ade juga bahagia ye, bertemu jodoh sebab penyakit yg sama. semoga dipermudahkan untuk kalian berdua, hakak emo plak today , haishhhhh
Quote natrahn 7-8-2019 11:21 AM
Semoga keduanya Allah beri kesembuhan dan kekuatan menghadapi penyakit ni.. Amin
Quote diggerr 7-8-2019 11:25 AM
Semoga dipermudahkan segalanyaaa
Quote ainashiqa 7-8-2019 11:30 AM
Semoga urusan korang dipermudahkan.. Amin
Quote aminsaniah 7-8-2019 11:45 AM
al fatihah untuk anak sedara saya yang mengidap leukimia,berjuang selama 2 tahun akhirnya Allah jemput beliau. kanser ni mmg xleh stress sbb klu stress lg cepat kanser merebak dalam badan..banyak yang aku tgk pengidap kanser yg hidup dalam positif, hepi memanjang hidup lama jugak..
Quote manehnya 7-8-2019 11:47 AM
camni lah di katakan soul mate kot noh...
Quote tri-max 7-8-2019 11:53 AM
aminsaniah replied at 7-8-2019 11:45 AM
al fatihah untuk anak sedara saya yang mengidap leukimia,berjuang selama 2 tahun akhirnya Allah jemp ...

yup apa2 penyakit pon jgn stress
sbb badan kita akan effect dgn aura negative
stay positive all the way
semoga couple ni stay strong , caiyok

Quote mbhcsf 7-8-2019 12:00 PM
semoga segala kesabaran   dan redha kalian memberatkan mizan di sana, insya ALLAH dan beroleh ke syurga tanpa hisab.  
Quote EJALTI 7-8-2019 12:00 PM
Semoga sembuh, insyaAllah....
Quote aaj 7-8-2019 12:08 PM
Ya Allah ... kau berila mereka kekuatan menempuh segala dugaan & kau permudahkan la segala urusan mereka. Kekal kan jodoh mereka hingga ke jannah .... aamiinn.
Quote MariaClara 7-8-2019 12:15 PM
ya Allah positive nya mereka..moda diberi kesembuhan aamiin..
Quote ReginaBeauty 7-8-2019 12:18 PM
semoga diberi kekuatan dan kesembuhan. aamiin
Quote saviour_09 7-8-2019 01:45 PM
keep on fighting
Quote mawar_mustika 7-8-2019 02:14 PM
moga diberi kesembuhan buat keduanya
Quote Jennyrol 7-8-2019 03:09 PM
Semoga sihat seperti sediakala.. Amin
Quote Artemesiaa 7-8-2019 03:44 PM
Semoga mereka terus bersemangat melawan penyakit
Quote azimodin 7-8-2019 04:01 PM
Ya allah. Allah kurniakan cinta disebalik sepayahan melawan cancer. kisah cinta camni la yang patut menjadi inspirasi adik2 BBNU. Bukan kisah cinta twitfemes anak2 orka.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.288896 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top