CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disenangi Rakyat Kelantan, Cik Puan Sofie Digelar 'Puteri Diana'

7-8-2019 10:03 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 70193| Komen: 181|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Seperti Rihanna, Cik Puan Sofie juga telah membuka akaun Instagram (@ljo_) dan turut memaparkan kehidupannya selepas menyertai kerabat negeri itu. Bagaimanapun, jauh berbeza kandungan yang dipaparkan ...
Kisah hidup kerabat Diraja Kelantan sememangnya sering menjadi tumpuan ramai terutama sekali apabila membabitkan cerita perkahwinan mereka. 

Perkahwinan di antara Sultan Muhammad V dan Rihanna Oksana, seorang model serta bekas ratu Moscow dari Rusia antara yang paling mendapat perhatian ramai susulan pelbagai kontroversi yang meletus selepas beberapa bulan melangsungkan pernikahan tahun lalu.


 
Kredit Foto: Instagram

Sebelumnya, mungkin ramai yang masih mengingati perkahwinan YAM Tengku Muhammad Fakry Petra, Tengku Temenggung Kelantan dengan seorang model muda dari Indonesia, Manohara Odelia Pinot pada 26 Ogos 2008 yang turut mencetuskan huru-hara. 

Ini berikutan tuduhan Manohara bahawa beliau telah didera sepanjang perkahwinan menyebabkan beliau melarikan diri ke Indonesia. Perkahwinan mereka turut musnah berkecai kurang dua tahun selepas berlangsung dengan penuh meriah.


 
Rakyat Kelantan Gelar Cik Puan Sofie 'Puteri Diana'
Kredit Foto: Instagram

Kini, satu lagi pasangan kerabat negeri itu menjadi tumpuan apabila YTM Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lalu dengan kenalan lamanya, Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson, seorang warga Sweden. 

Seperti Rihanna, Cik Puan Sofie juga telah membuka akaun Instagram (@ljo_) dan turut memaparkan kehidupannya selepas menyertai kerabat negeri itu. Bagaimanapun, jauh berbeza kandungan yang dipaparkan di media sosial masing-masing.

 
Kredit Foto: Instagram

Di ketika akaun Rihanna (@rihannapetra) menayangkan kisah hidup mewah, glamor dan penuh tanda tanya, akaun Cik Puan Sofie pula banyak menunjukkan kisah hidup beliau bergaul dengan rakyat Kelantan dalam banyak aktiviti kemasyarakatan seperti jualan amal dan lawatan kebajikan dengan suaminya. 

Selain itu, Cik Puan Sofie juga turut menunjukkan banyak bakatnya yang terpendam seperti memasak, membuat kek dan menjahit baju kurungnya sendiri.

 

Tidak hairanlah akaun ini mendapat sambutan ramai dengan 35 ribu pengikut dalam sekelip mata, ramai di antaranya rakyat negeri Kelantan yang tidak segan-silu menghamburkan pujian sehingga ada yang menobatkannya 'Puteri Diana Kelantan'.


 

Persoalannya, adakah Cik Puan Sofie pemilik sebenar akaun ini? Jika ya, tahniah kepada rakyat Kelantan kerana mendapat seorang lagi kerabat Diraja berjiwa rakyat. - CARI
7

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-8-2019 10:08 AM
Hamekkkkk ko. Bab PR ni iols tabik spring kat Sopiah.
Quote Sang_Pencinta 7-8-2019 10:16 AM
Sopiah macam jenis highly educated kan?
Quote acik_zue 7-8-2019 10:35 AM
pandai bawak diri dia ni....
Quote matchstick 7-8-2019 10:40 AM
Kagum jgk sheol rajin nk menjahit baju kurung..
Quote chicozinn 7-8-2019 10:41 AM
tgok kat ig cik puan ni tetiba perut berbunyik lak ble tgok roti n meatball tu..uhuk3
Quote fliphair8 7-8-2019 10:42 AM
walopun bermata biru, sekurang-kurang cik sopi ni nampak ler berjenih skit. aku setuju ngan poromers benang RPA, kerabat ni berenti le kawin ngan retis, instagrammers, pesen sekolah tak habis ni. hilang daulat raja tu, rakyat pun tak respek. penyudahnya pewaris yg membanjiri socmed macam attention seeker lagaknya.
Quote yayasbs 7-8-2019 10:44 AM
Respect..mcm ni la kita nakkkkkk love u cik puan sophiee
Quote chinta89 7-8-2019 10:45 AM
pandai bawak diri, baju sopan. cuba nk jd tipikal gadis melayu-memasak, menjahit...

awek melayu pula gegeh nk memutihkan diri serta rambut karat acah2 urban walaupun hauk fesyen baju serta pembedahan plastik kat hidung kasi mancung?
Quote yayasbs 7-8-2019 10:46 AM
Sang_Pencinta: Sopiah macam jenis highly educated kan?

Ya..dia belajar oxford ke harvad gituu
Quote Sang_Pencinta 7-8-2019 11:14 AM
[ig]https://www.instagram.com/p/BxUM1PDAFQp/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]

Masak puding roti
Quote Sang_Pencinta 7-8-2019 11:15 AM
[ig]https://www.instagram.com/p/ByM4B37gplQ/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]

Masak sendiri jualan amal
Quote Sang_Pencinta 7-8-2019 11:16 AM
[ig]https://www.instagram.com/p/Bx-fvVsgF0a/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]
Quote natrahn 7-8-2019 11:18 AM
Welcome back sang pencinta
Quote Sang_Pencinta 7-8-2019 11:25 AM
natrahn replied at 7-8-2019 11:18 AM
Welcome back sang pencinta

Thanks, curi masa sikit
Quote diggerr 7-8-2019 11:26 AM
Salute ....
Quote mbhcsf 7-8-2019 11:42 AM
that's brill...bagus. I think she is a  smart , mature , clever, and fast learner.
ade good aptitude laa
Quote kualibesi 7-8-2019 12:02 PM
hermm kalau banding dengan oks, hermm hermmm
Quote electricopop 7-8-2019 12:13 PM
Suka lah tgk kehidupan dia. Love!
Quote nariz 7-8-2019 12:54 PM
i suka tgk hashtag dia
Kalau gamba pemandangan letak
#comelnya #hellocantikkelantan #kitasayangkelantan

Kalau gambar masak #sedapnya
Pandai btol amik hati


Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050475 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top