CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Ibrahim Dah Nasihat Azmin Ali, Mesti Datang Mesyuarat

4-9-2019 11:36 AM| Diterbitkan: MoFirdaus| Dilihat: 1973| Komen: 4|Original author: Oleh: Mo Firdaus

Description: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa, Azmin Ali sudah tidak lama hadir ke mesyuarat parti.
Foto: MalaysiaKini


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah tidak lama hadir ke mesyuarat parti.

Katanya, beliau sudah menasihati Azmin yang juga Menteri Ekonomi supaya datang menghadiri ke mesyuarat selepas ini.

"Saya tidak tahu boikot mesyuarat atau tak, dia tidak datang.

"Dan saya dah nasihat, mesti datang!" katanya dipetik MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian ketika disoal pemberita tentang Azmin yang tidak hadir ke mesyuarat parti sebelum tindakan disiplin diambil keatasnya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ketidakhadiran mereka disebabkan Anwar tidak melayan tiga pucuk surat yang dihantar kepadanya bagi mengadakan pertemuan perdamaian.

Manakala, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula menolak permintaan Zuraida untuk mesyuarat perdamaian,  sebaliknya meminta menghadiri mesyuarat parti.


Pada 25 Ogos lalu, Anwar berkata, Azmin 'tidak kebal' dan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tidak menghadiri majlis pimpinan pusat (MPP), bagaimanapun beliau menyerahkan kepada lembaga disiplin parti untuk menyiasat perkara ini.

Peraturan parti memang mensyaratkan jika seseorang tidak hadir ke mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebab akan gugur jawatannya.

Namun, Anwar berkata, ada kala orang cuba cari sebab, jadi lembaga disiplin perlu mempertimbangkannya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 4-9-2019 12:02 PM
tak nak!!!! kita x nak join awak, awak bukan kawan kita....kekekkekeke
Quote diggerr 4-9-2019 12:04 PM
Mesorat pun tak nak datang....
Quote Rogue98 4-9-2019 12:06 PM
Faham2 sendiri lah. PM tepi x berani nak buang Menteri ke?
Quote kabukiman 4-9-2019 12:38 PM
Hal dalam kain korang Pon nak buat jadi masalah negara.

Korang ni dah kenapaaa. Jesus. Farking. Christ.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045432 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top