CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Macam Kereta Perang" - Ahli PKR Dikecam Persendakan Kereta Buruk Yang Dijumpainya

10-9-2019 10:34 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 3061| Komen: 7|Original author: Mat

Description: Ahli politik tidak pernah lari daripada gosip dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Mana tidaknya, imej ahli politik memainkan peranan penting untuk mereka mendapat kepercayaan rakyat. Cuba bayan ...
Ahli politik tidak pernah lari daripada gosip dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Mana tidaknya, imej ahli politik memainkan peranan penting untuk mereka mendapat kepercayaan rakyat. Cuba bayangkan apa yang bakal terjadi jika ahli politik itu sendiri tidak digemari oleh rakyat Malaysia.


Sumber Gambar: Awani
Bagaimana pula jika individu itu sendiri yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengecam mereka? Baru-baru ini, MP Lembah Pantai, Fahmi Fadzil telah memuat naik satu tweet yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila beliau mempersendakan sebuah kereta wira yang sudah teruk luarannya.

"Kereta ni macam kereta perang," ujar Fahmi di tweet beliau.


Tweet MP Lembah Pantai ini mendapat reaksi negatif warganet yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan Fahmi Fadzil.

Tidak lama selepas itu, Fahmi Fadzil telah mengeluarkan satu kenyataan minta maaf di atas tindakannya itu dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.

Jika kita tidak mempunyai perkara yang baik untuk disampaikan, adalah lebih baik jika kita berdiam sahaja. Semoga saudara Fahmi Fadzil terus berkhidmat untuk rakyat dan amanah dalam menjalankan tugasan, buang yang keruh ambil yang jernih! - CARI 

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • anakomar


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 10-9-2019 10:54 AM
Huk alah, mai dah berita kopi pasta siput dr reputs cari. Porumer dah membawang pun
Quote Cpkay 10-9-2019 10:55 AM
sisi baik pula.
kawan aku duduk di ppr pantai dalam sana.. email ke fahmi ni pasal tandas sumbat..  hari yang sama fahmi ni hantar plumber.

aduan lif rosak pun dibaiki pada hari yang sama.. kuddos to him .
Quote duri_durians 10-9-2019 10:58 AM
jadi ahli politik tu jgn la nampak sangat kebodohan nya..
Quote Kurex 10-9-2019 11:08 AM
Ngok fahmi, pahal kau cuma datang sini bila org pee gay ar yg buat report??? Pilih bulu pulak kau ye
Quote miemiecha 10-9-2019 03:46 PM
Kurex replied at 10-9-2019 11:08 AM
Ngok fahmi, pahal kau cuma datang sini bila org pee gay ar yg buat report??? Pilih bulu pulak kau ye

bila baca komen nih, tetibe mek rasa bam kurex macho gilos..
terasa ingin rebah di tangga...
(nak rebah di dada xleh, x halal... hahahaha)
Quote LostStar 11-9-2019 03:28 PM
ala... dahla suke tengok dia.. rupanya suka berjenaka tanpa berpikir secara waras... hmm
Quote kaklong32 11-9-2019 03:38 PM
cian mungkin dia nak melawak kot tapi x kene gaya
cuba lagi yb

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051259 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top