CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Perfume Ning Bakal Dilancarkan Di Pavilion

4-10-2013 05:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4317| Komen: 23

Description: Kuala Lumpur, 2 Oktober 2013: Dalam Pada Sibuk Membuat Persiapan Konsert Solo Keduanya Yang Akan Berlangsung November Ini, Penyanyi Senior Popular, Ning Baizura Bakal Tampil Dengan Harumannya Sendiri,


KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2013: Dalam pada sibuk membuat persiapan konsert solo keduanya yang akan berlangsung November ini, penyanyi senior popular, Ning Baizura bakal tampil dengan harumannya sendiri, esok.


Haruman yang dinamakan sempena namanya sendiri, NING bakal diperkenalkan buat pertama kalinya kepada orang ramai di pusat beli-belah terkemuka Pavilion pada esok petang yang akan disaksikan pihak media, artis dan sosialis terkenal tanah air.
Portal murai.com.my dimaklumkan, idea untuk melahirkan haruman berkenaan sudah lama, bagaimanapun proses untuk merealisasikannya memakan masa kerana ia melibatkan rangkaian runcit terbesar di negara ini.

Hadir dalam kemasan 100 ml, haruman NING memiliki citarasa tersendiri kerana ianya melambangkan kekuatan personaliti penyanyi berkenaan yang sentiasa ceria, berkeyakinan dan positif dalam apa juga situasi.


Haruman NING disempurnakan dengan kemanisan eksotik yang dilengkapi dengan sentuhan bauan bunga Afrika jingga dan limau mandarin. Cukup mempersona.

Tidak ketinggalan juga gabungan bunga honeysuckle dan jasmine. Asas haruman itupula diperindahkan dengan kehadiran vanilla, ambar dan kayu gaharu menjadikannya cukup sempurna jika disemburkan di badan si jelita

Ning Baizura berkata, harumannya itu boleh didapati pada harga berpatutan iaitu RM159 dan setiap pembelian pada hari berkenaan akan dilengkapi dengan skaf eksklusif khusus untuk pembeli istimewa.

Jadi jangan ketinggalan untuk hadir ke pusat beli-belah Pavilion, sekitar jam 7.30 malam, esok untuk mendapatkan haruman pertama NING yang pastinya memukau.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ahlisihircute 3-10-2013 08:19 AM

laku ke nnt ....
Quote vionna007 3-10-2013 08:27 AM
ermmmm.....jgn laku time promosi jer....lepas tu senduuuu....
Quote fifie_olin 3-10-2013 09:03 AM
nak jugak tuuu...
dh slim skit ek..
Quote tomet05 3-10-2013 09:48 AM
MESTI MAHAL NIH KAN
Quote UMAIRAHUMAIR 3-10-2013 10:08 AM
tomet05 posted on 3-10-2013 09:48 AM
MESTI MAHAL NIH KAN

wah seratus lebih jugak ye....
Quote mizlily 5-10-2013 03:33 PM
yg simplysiti nye pn sy xpernah try...
Quote BuBuComey 5-10-2013 03:42 PM
pi beli je kat fragonard. best, mcm2 bau ada
Quote cikatilia 5-10-2013 05:01 PM
RM159 pada hari berkenaan.. means after that lebih mahal la?

baik aku beli bodyshop
xsampai 100 pon sodap
Quote famri7 5-10-2013 05:06 PM
Mak aii..cm harga perfume dekat amazon .com...kipas susah mati jer beli kot...
Quote malaywood.NET 5-10-2013 05:08 PM
Semakin cantik jer kaka ning ni.
Quote neez_cookies 5-10-2013 05:09 PM
mahal nau perfume...baik beli yg bjenama je..
Quote batman_2007 5-10-2013 05:13 PM
Mesti busuk bau mcm ning.
Quote lotionmilo 5-10-2013 05:22 PM
i tetap dengan perfume britney spears
Quote hyie 5-10-2013 05:53 PM
lotionmilo posted on 5-10-2013 05:22 PM
i tetap dengan perfume britney spears

u pakai perfume britney yang ne satu?
Quote meow_tompok 5-10-2013 05:55 PM
cikatilia posted on 5-10-2013 05:01 PM
RM159 pada hari berkenaan.. means after that lebih mahal la?

baik aku beli bodyshop

bodyshop tahan lama tak laling?

kalau beli one drop perfumes bole sedekah dah kat org lain.
Quote lotionmilo 5-10-2013 05:59 PM
hyie posted on 5-10-2013 05:53 PM
u pakai perfume britney yang ne satu?

curious biru and midnight fantasy.sexayyyyy
Quote misskitty 5-10-2013 06:07 PM
okay la.. semoga laku... hehe
Quote hyie 5-10-2013 06:08 PM
meow_tompok posted on 5-10-2013 05:55 PM
bodyshop tahan lama tak laling?

kalau beli one drop perfumes bole sedekah dah kat org lain.

wujud lagi ke one drop perfume nok? che ta pun macam dah x jual jahhh
Quote digitizer 5-10-2013 06:12 PM
Agak mahallah utk kategori retis mesia.bukan internasional pon...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.439354 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top