CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Tam Tolak Watak Budak Sekolah

7-10-2013 10:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9374| Komen: 40

Description: Sinonim Dengan Filem Pak Tam Duda Serta Drama Bersiri Cili Padi Yang Pernah Dibintanginya Sewaktu Kecil Dahulu, Pelakon Tam Suhaimi Yang Memulakan Karier Sejak Zaman Kanak-Kanak Masih Mampu Bertahan


SINONIM dengan filem Pak Tam Duda serta drama bersiri Cili Padi yang pernah dibintanginya sewaktu kecil dahulu, pelakon Tam Suhaimi yang memulakan karier sejak zaman kanak-kanak masih mampu bertahan sebagai pelakon sehingga sekarang.

Sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 27 tahun, pemilik nama sebenar Nor Azemi Suhaimi itu masih lagi berlakon, meskipun memiliki kelulusan dalam bidang Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun itu mengakui kini dia agak jarang tampil di kaca televisyen, sebaliknya lebih menumpukan kepada kerja-kerja belakang tabir.

Bukan disebabkan kecenderungannya untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon semakin berkurangan, tetapi ia lebih kepada faktor tentang tawaran yang diterimanya.

Ikuti luahan Tam sewaktu ditemu bual Kosmo! baru-baru ini.

Kosmo!: Sekarang ini Tam kelihatan sudah agak jarang berlakon. Adakah anda sudah memperlahankan karier sebagai pelakon?

TAM SUHAIMI: Saya masih lagi meneruskan kerjaya dalam bidang seni dan kali terakhir saya muncul dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan pada bulan puasa lalu.

Tawaran berlakon masih lagi banyak yang diperolehi, cuma saya terlalu kerap mendapat watak budak sekolah. Tidak dinafikan fizikal saya bersesuaian dengan watak sebegitu, namun saya sudah tidak mampu lagi pada usia sekarang.

Sebagai seorang pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, adakah anda bersikap selektif?

Pada peringkat sekarang ini saya perlu selektif kerana adakalanya bosan apabila ditawarkan watak yang hampir sama sahaja. Kalau boleh, saya inginkan kelainan supaya dapat mempelbagaikan lagi setiap karakter yang dilakonkan.

Tidak dinafikan pembabitan saya dalam bidang lakonan sudah cukup lama, tetapi saya merasakan diri ini masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang pelakon yang baik.

Kalau tiada sebarang aktiviti lakonan, apakah aktiviti yang anda lakukan?

Sebenarnya saya banyak terbabit dengan kerja-kerja belakang tabir seperti menulis skrip dan menjadi penolong pengarah.

Setakat ini, saya pernah bekerja dengan beberapa pengarah hebat seperti Erma Fatima, Bade Haji Azmi dan Melissa Saila.

Buat peringkat awal ini saya memberi tumpuan kepada drama bersiri dan telemovie. Lagipun saya mempunyai sasaran sendiri iaitu mahu bergelar seorang pengarah.

Sekiranya anda sudah bergelar pengarah nanti, adakah anda mahu meneruskan aktiviti lakonan?

Saya berlakon sejak kanak-kanak lagi dan lakonan itu sudah sebati dalam jiwa saya. Jadi, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti berlakon.

Baru-baru ini anda bersama tiga rakan pelakon lain iaitu Sari Yanti, Intan Ladyana dan Farish Aziz bertindak sebagai penerbit untuk menghasilkan telemovie Pengancam Perkahwinan. Bagaimanakah idea berkenaan boleh timbul?

Hubungan kami berempat sudah mula akrab sejak tiga tahun lalu setelah terbabit dalam sebuah program televisyen. Kemudian masing-masing memasang impian untuk bergelar penerbit dan akhirnya ia direalisasikan menerusi telemovie ini.

Selain itu, kami telah menghantar tujuh kertas cadangan kepada sebuah stesen TV untuk penerbitan drama dan telemovie.

Sudah tentu kami berharap kesemua kertas cadangan tersebut akan mendapat kelulusan.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mea 5-10-2013 09:48 AM
dia ni kalau blakon ok..suka tgk....
Quote Suchi 5-10-2013 09:55 AM
34thn ke? ingt baru 30 thn.. lg tua dia dr fazurina tu tp dulu berlakon jd adik si anita/ fazurina tu huhu
Quote firedragon 5-10-2013 09:55 AM
baru je terselisih dgn dia malam semalam. shopping barang dapur dgn keluarga dia kat Tesco Ampang. kecik x besar2..zmn belajar UiTM dulu naik bas mini sesama. ahahahaha
Quote ciaki 5-10-2013 09:57 AM
Nampak xtua sgt. Blakon pn ok .
Quote batman_2007 5-10-2013 10:08 AM
Mungkin watak adik2 sesuai kot
Quote solstice 5-10-2013 10:14 AM
Mesti rosyam noor jeles
Dah ada pencabar utk watak2 budak sekolah/kolej yg selama ni dimonopoli oleh rosyam
Quote famri7 5-10-2013 10:15 AM
Walaupon tua tetap comel..cili padi ftw
Quote famri7 5-10-2013 10:16 AM
solstice posted on 5-10-2013 10:14 AM
Mesti rosyam noor jeles
Dah ada pencabar utk watak2 budak sekolah/kolej yg selama ni dimonopoli ole ...

Rosham nor bleh jadi watak student orang asli jer...melayu marhaen x bleh.
Quote maxim 5-10-2013 10:21 AM
penah terserempak die tgh jalan2 ngan ND kat klcc..

die cakap hai kat iols, tp iols wat tak layan je
Quote miawpink 5-10-2013 10:24 AM
maxim posted on 5-10-2013 10:21 AM
penah terserempak die tgh jalan2 ngan ND kat klcc..

die cakap hai kat iols, tp iols wat tak layan ...

waaa boleh cakap hai kat maxim
glemer ye maxim ni
Quote maxim 5-10-2013 10:29 AM
miawpink posted on 5-10-2013 10:24 AM
waaa boleh cakap hai kat maxim
glemer ye maxim ni

mybe die mmg jenis peramah kot..jmpa sesape tersengih je..tp iols jual mahal.

lain la kalau ND yg tegur
Quote miawpink 5-10-2013 10:30 AM
maxim posted on 5-10-2013 10:29 AM
mybe die mmg jenis peramah kot..jmpa sesape tersengih je..tp iols jual mahal.

lain la kalau ND ...

cantik nya mas anizan
agak nya kalo mas anizan yg tegur
terus ajk g minum kopi kan
Quote maxim 5-10-2013 10:31 AM
miawpink posted on 5-10-2013 10:30 AM
cantik nya mas anizan
agak nya kalo mas anizan yg tegur
terus ajk g minum kopi kan

kalau mas anizan yg tegur, iols terus ajak kawen.
Quote nordiana87 5-10-2013 10:41 AM
ci ci ci ci ci cili padi!!! shafiq..mana shafiq..(lirik lagu cili padi lol)..bez kot..aku igt pai sekarang..
aku suke die ni..dari keck sampai la sekarang pn still kecik..hehe..comey..
Quote mitnick 5-10-2013 12:24 PM
kuat btol imej cili padi smpi skrg dioffer watak bdk skolah lagi
Quote tomet05 5-10-2013 12:40 PM
ok ler tuuuuuuuuuuuuuuu
Quote Langit13iru 5-10-2013 12:49 PM
firedragon posted on 5-10-2013 09:55 AM
baru je terselisih dgn dia malam semalam. shopping barang dapur dgn keluarga dia kat Tesco Ampang. k ...

Dia memang tinggal kat Ampang ke? 5-6 tahun dulu memang selalu nampak dia kat bus stop depan Ampang Point nak menghala ke KL. Kadang2 naik bas dan teksi jer dia ni. Mungkin time student dulu takde kereta kut. Tapi memang dia kecik sangat lah.
Quote wahiza 5-10-2013 12:55 PM
dulu aku suka masa dia berlakon cilipadi tu... jadi salim kan??? adik dia syafik tu membesar dgn jayanya sekarang....hehehe...
Quote minniegirl 5-10-2013 01:04 PM
kecik pom berbakat...otak besar

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.078915 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top