CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengguna 'Uninstall' Aplikasi Foodpanda Protes Kapitalis Bongkak!

9-10-2019 11:54 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6218| Komen: 21|Original author: natrahn

Description: Kenyataan Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das telah menimbulkan pelbagai reaksi pengguna yang dianggap angkuh, begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang pada awalnya membawa isu ...
Kenyataan Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das telah menimbulkan pelbagai reaksi pengguna yang dianggap angkuh, begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang pada awalnya membawa isu berkenaan ke Kabinet.




Ini telah menyebabkan bukan sahaja penghantar makanan yang tidak berpuas hati malah pengguna juga turut bertindak memprotes kenyataan pihak Foodpanda sehingga melancarkan boikot terhadap syarikat tersebut. 

Ruangan media sosial bermula malam semalam sehingga pagi ini dipenuhi dengan paparan netizen memadam aplikasi berkenaan.



Kredit foto: Twitter

Sayantan tetap meminta  rider yang tidak berpuas hati mencuba skim baharu terlebih dahulu sebelum menilainya. Beliau malah berpendapat bantahan itu dibuat oleh sebilangan kecil rider dan pihak berkepentingan hingga menyebabkan salah maklumat yang diterima mengenai skim tersebut.

Ini kerana, mogok yang dimulakan walaupun sebelum skim tersebut dilaksanakan melibatkan kurang daripada satu peratus jumlah rider dan oleh itu operasi penghantaran berjalan seperti biasa.

Kredit foto: Utusan Malaysia - DALAM pertemuan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan Foodpanda baru-baru ini, kerajaan menyarankan syarikat penghantaran makanan dalam talian itu kembali kepada skim pembayaran asal demi kebajikan penunggang.

Adakah boikot  Foodpanda ini merupakan langkah yang sesuai sebagai solidariti kepada riders dan pengajaran kepada kapitalis yang bongkak? Sejauh manakah keberkesanannya? Apa pandangan anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rifhana_ilham 9-10-2019 11:58 AM
Grab food is better. Banyak deals & discounts.
Quote MenteriWanita 9-10-2019 12:44 PM
Soalan saya encik Sayantan kalau gaji encik Sayantan yang diturunkan oleh pihak syarikat, adakah encik Sayantan terima dengan hati terbuka untuk downgrade, dari BMW ke kancil turbo dari Banglo ke rumah flat, atau encik Sayantan cepat2 lari ke company lain yang offer gaji besar, adakah taat setia encik Sayantan terhadap company berbaloi dengan gaji baru yang lebih kecik  jua,

Ada change ka encik Sayantan nak cuba try dulu gaji baru itu, sejenis buat dulu baru fikir, padahal dah terang lagi bersuluh gaji baru tak membantu hutang2 peribadi yang ditanggung untuk meneruskan hidup, tetap bebal nak mencuba padahal jelas ada masalah besar di masa hadapan, perlu kah dibutakan mata,

Dari gaji Rm1000 turun ke Rm650 besar gap nya, bukan 50, 70 hengget, Rm350 tau boleh bayar bulanan sebiji kereta 2nd tau kalau dah kerja 10 bulan hilang Rm3500 gitu ja, konsep redha tak sesuai ya encik Sayantan, setelah berpanas terik menghantar makanan, encik Sayantan sedap duk ofis ada ekon jua, nak kerah kudrat orang agak2 ya encik Sayantan.
Quote Artemesiaa 9-10-2019 01:04 PM
Tak pernah guna tak suka malaskan diri untuk dapatkan makanan
Quote AmandaRollins 9-10-2019 01:22 PM
Da lama uninstall..
Quote Rogue98 9-10-2019 01:33 PM
Baca tadi kat paper Food Panda akan review balik gaji. Tapi riders pun ramai yg dah berhenti rasanye...
Quote Ratutulip 9-10-2019 01:43 PM
dh uninstall.... jdi beramai2 lh bawak bekal.. sbb office ni tkde kantin
Quote prettyuglybabe 9-10-2019 02:08 PM
i tetap dengan pendirian company dia, ikut dia la nak tetapkan law macam mana..
asalkan tak langgar akta buruh, kenapa orang lain sampai ke gomen nak campur tangan dalam hal pengurusan company dia?
gaji untung rugi cukai semua dia yang tanggung dia yang bayar..
so pada yang tak nak terima skim gaji dia, resign je la..
banyak lagi company lain ada..
lagi pun yang effect dengan skim tu bukan semua..
tak pasal-pasal je rider yang tak terlibat kena tempias bila orang boikot..
Quote seri_mawr 9-10-2019 02:49 PM
MenteriWanita replied at 9-10-2019 12:44 PM
Soalan saya encik Sayantan kalau gaji encik Sayantan yang diturunkan oleh pihak syarikat, adakah enc ...

sekali imbas mcm aku baca en setan...huhuhu....
Quote MenteriWanita 9-10-2019 02:57 PM
seri_mawr replied at 9-10-2019 02:49 PM
sekali imbas mcm aku baca en setan...huhuhu....

Masa saya tulis pun saya rasa gitu tapi tetap tabah saya menghabiskan setiap perenggan.
Quote seri_mawr 9-10-2019 03:13 PM
MenteriWanita replied at 9-10-2019 02:57 PM
Masa saya tulis pun saya rasa gitu  tapi tetap tabah saya menghabiskan setiap perenggan.




kannnn.......jenuh nak sebut betul2...tetap la rasa nak sebut setan...huhuhu...

adoiii.....
Quote fofuler 9-10-2019 03:13 PM
Memang itu dah company dia kan suka hati lah dia nak set macam mana. Riders boleh start cari company lain kot kalau dah rasa tak best policy baru ni
Quote MenteriWanita 9-10-2019 03:29 PM
seri_mawr replied at 9-10-2019 03:13 PM
kannnn.......jenuh nak sebut betul2...tetap la  ...

Bunyi santan pun ada kan, kreatif nama dia patut lah join bisnes makanan
Quote natrahn 9-10-2019 03:57 PM
prettyuglybabe replied at 9-10-2019 02:08 PM
i tetap dengan pendirian company dia, ikut dia la nak tetapkan law macam mana..
asalkan tak langgar ...

betul tu..foodpanda company swasta...
kaedah bayaran servis bukan urusan kerajaan.
kalau kerajaan masuk campur urusan menyediakan perlindungan bagi rider yang berhadapan risiko kemalangan tu kira bagus jugaklah..


Quote natrahn 9-10-2019 03:58 PM
seri_mawr replied at 9-10-2019 03:13 PM
kannnn.......jenuh nak sebut betul2...tetap la  ...

korang nih hahahaha
Quote seri_mawr 9-10-2019 05:12 PM
MenteriWanita replied at 9-10-2019 03:29 PM
Bunyi santan pun ada kan, kreatif nama dia patut lah join bisnes makanan

santan sopan sikit....hahahaha...

tapi di sbbkan kelantangan dia bersuara aku tak fikir santan...lebih kpd setan....hahahhaha


ampunnnn tokei food panda....
Quote MenteriWanita 9-10-2019 05:26 PM
seri_mawr replied at 9-10-2019 05:12 PM
santan sopan sikit....hahahaha...

tapi di sbbkan kelantangan dia bersuara aku tak fikir santan. ...

Quote GigaMom 9-10-2019 05:43 PM
Ai akan uninstall lepas try bungkusit or grabfood
Quote Perawankota 10-10-2019 01:59 AM
Aku rela jalan kaki turun p beli makanan..
Quote ronin31 10-10-2019 09:04 AM
orang gaji besar memang tak paham orang2 bawah ni...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.175677 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top