CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konon Duit Majikan Dikebas Pencuri, Rupanya Berpakat Dengan Teman Lelaki..

8-10-2019 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3818| Komen: 26

Description: Kononnya dia disamun, namun rupanya selepas siasatan wanita kantoi berpakat dengan teman lelaki melarikan wang berjumlah RM17,300 milik majikannya.Harian Metro melaporkan, kerani spa itu membuat lapor ...
Kononnya dia disamun, namun rupanya selepas siasatan wanita kantoi berpakat dengan teman lelaki melarikan wang berjumlah RM17,300 milik majikannya.

Harian Metro melaporkan, kerani spa itu membuat laporan palsu dia disamun selepas mengeluarkan duit dari bank di Bandar Sunway, Seberang Jaya semalam.

Namun, siasatan polis mendapati dia mahu menghabiskan duit itu untuk membeli-belah bersama teman lelaki.

Dia kini ditahan, manakala teman lelaki sudah melarikan diri dengan wang yang dicuri itu. 

Foto: Kosmo
“Bagaimanapun hasil siasatan lanjut, suspek akhirnya mengaku yang dia sebenarnya merancang bersama teman lelaki untuk melarikan wang terbabit.

“Suspek juga memberitahu yang dia memang ditugaskan setiap bulan untuk mengeluarkan wang milik majikan bagi membayar gaji pekerja lain,” kata Ketua Polis Daerah Seberang perai Tengah. 

Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid juga berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan. Manakala, teman lelakinya sedang dalam buruan polis. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissCarcosa9753 8-10-2019 05:35 PM
Cepat sangat mengaku
Tak plan leklok ke
Quote Foxey 8-10-2019 06:06 PM
Dah keje elok, sanggup lak merancang jenayah macam ni dengan boifren. Now boifren dah lari dengan duit tu, kan dah rugi
Quote CatMiow 8-10-2019 06:10 PM
Kaya kejap buat pe..

Kan dah rugi diri sendiri.
Quote prettyuglybabe 8-10-2019 06:16 PM
17 ribu tu bukan besar pun..
tak berbaloi langsung..
Quote RatuDunia94 8-10-2019 07:48 PM
prettyuglybabe: 17 ribu tu bukan besar pun..tak berbaloi langsung..



Kann.. so x berbaloi..
Quote Eric.n9 8-10-2019 07:56 PM
Boss dah punya percaya kat ko, dik.
Bukan senang kot, bulat2 dia nak bagi ko buat tanggungjawab tu.
Sudahnya, sebab gelap mata, gelap masa depan ko.
Quote lalalxlx 8-10-2019 11:42 PM
ni mesti bf yang hasut curi duit bos dia..
Quote Sazida 9-10-2019 12:50 AM
Mesti bf ko belanja awek dia beli ipong 11
Quote ikanmasin 9-10-2019 01:15 AM
sayangnya ko dik..boss dah bg kepercayaan kat ko..
memandai2 pl ko curi duit tu dgn bf ko..skrg ni yg rugi
sapa.ko jg bf ko dah lari dgn duit tu..ko yg msk penjara..
Quote ayra.e 9-10-2019 01:31 AM
Tak berbaloi sungguh..
Quote gigahertz 9-10-2019 02:23 AM
Eric.n9 replied at 8-10-2019 11:56 AM
Boss dah punya percaya kat ko, dik.
Bukan senang kot, bulat2 dia nak bagi ko buat tanggungjawab tu. ...

i rasa kan kalau one day tiba tiba bos dia sakit jantung dan staff dia ni berada di sisi dia ketika kejadian
percaya punya pasal mesti terus transfer ownership bussiness so jawatan cashier upgrade ke CEO terus.

tapi pelangin anganku musnah .
Quote Eric.n9 9-10-2019 03:55 AM
gigahertz replied at 9-10-2019 02:23 AM
i rasa kan kalau one day tiba tiba bos dia sakit jantung dan staff dia ni berada di sisi dia ketik ...

Demi keseronokan sementara, musnah segala galanya
Quote Sasakim 9-10-2019 07:47 AM
tak berbaloi
Quote Perawankota 9-10-2019 08:51 AM
Lelaki mcmtu ke ko nk buat bf dik oi
Quote cclina2 9-10-2019 09:23 AM
gelap mata nampak duit byk..
Quote crazypink 9-10-2019 09:27 AM
adus gelap masa depan ko dik ... 17k bukan byk pun
Quote minguk 9-10-2019 09:30 AM
lorrrr lakinya nak enjoisss dengan cikki lain..
Quote nanies 9-10-2019 09:30 AM
gigahertz replied at 9-10-2019 02:23 AM
i rasa kan kalau one day tiba tiba bos dia sakit jantung dan staff dia ni berada di sisi dia ketik ...

wah tinggi angan2 nk terus dpt CEO
Quote nanies 9-10-2019 09:31 AM
awek kat dlm da, laki bebas ngan cikaro lain. meratap la ko sesorang di dalam nun

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069321 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top