CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Dan Rakam Video Lucah Anak OKU, Lelaki Meringkuk 40 Tahun Dalam Penjara

8-10-2019 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7105| Komen: 54

Description: Lelaki yang merogol anak sendiri dipenjara 40 tahun dan 24 sebatan, lapor Sinar Harian.
Lelaki yang merogol anak sendiri dipenjara 40 tahun dan 24 sebatan, lapor Sinar Harian.

Hukuman itu diputuskan Hakim Nooriah Osman di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas tertuduh, 41, mengaku bersalah terhadap kesemua empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan (KK) kerana sumbang mahram, Seksyen 377B KK kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menghasilkan video pornografi.



Foto: Sinar

“Sebagai bapa, tertuduh sepatutnya memberikan contoh yang baik, tetapi sebaliknya mengambil kesempatan di atas ketidakupayaan anak (OKU masalah pembelajaran).

“Perbuatan yang dilakukan akan meninggalkan trauma yang berpanjangan kepada anak, sepatutnya sebelum melakukan perbuatan itu, kamu berfikir sedalam-dalamnya. Hukuman yang diberikan ini diharap akan menjadi pengajaran agar kesalahan serupa tidak diulangi,” katanya.


Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa, 12, di sebuah rumah dan beranda rumah di Marang, masing-masing pada jam 11 pagi dan jam 5 pagi pada 20 dan 21 September lalu.

Bagi pertuduuhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan dihukum penjara 20 tahun dan lapan sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa di sebuah rumah di Marang, jam 11 pagi pada 20 September lalu.

Manakala, bagi pertuduhan keempat tertuduh dihukum penjara tujuh tahun dan enam sebatan atas dakwaan menghasilkan video pornografi menggunakan telefon bimbit mangsa di sebuah rumah di Marang, jam 11 pagi pada 20 September lalu.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh diawasi selama setahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pixie902 8-10-2019 06:37 PM
Tak layak bergelar bapa...
Takda isteri ke pakcik ni sampai anak oku pulak yang kena...
Quote fliphair8 8-10-2019 07:06 PM
Selayaknyaaaa
Quote shernazz 8-10-2019 07:12 PM
Pixie902 replied at 8-10-2019 06:37 PM
Tak layak bergelar bapa...
Takda isteri ke pakcik ni sampai anak oku pulak yang kena...

Yang terkantoi tu makndia tgk.hp budak tu ada video ni.tu yang terus report polis
Quote ninnamina 8-10-2019 07:23 PM
Bagus.. kalau seumur hidup pun lagi bagus
Quote eyansss 8-10-2019 07:23 PM
bagus!!! aku harap babi ni tak mampos supaya dia rasa menderita 40 tahun n 24 sebatan...  cibai babi ni!!!
Quote diiyanazakaria 8-10-2019 07:24 PM
Edited by FanTasyCreaTioN at 10-10-2019 08:41 AM

Berita mcm ni buat aku murung.
Quote cmf_premierleag 8-10-2019 08:00 PM
jantan melayu kannnnnnnnnnn
mmg babi la jantan ni
semoga kau dilanggar lori smpi ko jd oku dan life ko sengsara yakmat
Quote ayra.e 8-10-2019 08:04 PM
Bapak dari nerake jahanam ni!!!
Quote Eric.n9 8-10-2019 08:11 PM
Mak aih, berapa byk bebenang pasal kes ni ada
Quote Kakalongmu 8-10-2019 08:37 PM
Trengganu lagi??
Quote sidewinder 8-10-2019 08:55 PM
benda biasa jadi kat gannu.....selang 2-3 hari ada sajer kes rogol kat gannu.....harap kerajaan fukatan perbanyakkan peluang pekerjaan kat gannu ....org sana byk sgt masa free...tu yg ada masa free skit terus  buat seks
Quote Asdan 8-10-2019 08:55 PM

sumpahan ikan memang kini terjadi, aku dari dulu dah bagi warning jangan makan ikan
Quote misuke 8-10-2019 09:34 PM
aku doakan dia mati kena belasah dlm penjara tu cepat sikit. buat perabih duit ja tanggung makan minum depa sedap2 dlm lokap. kita kt luaq keja mcm hapa ja
Quote epuepy 8-10-2019 09:39 PM
Vavih...
Harap ko kena liwat dgn banduan lain dlm jel. Dh kena sebat, pastu kena liwat. Padan muka
Quote MissCarcosa9753 8-10-2019 09:47 PM
Mereputlah kau
Quote syakuntala 8-10-2019 09:52 PM
mati la dlm penjara... mampos lg elok ko nih.... x padan ngan tua....
Quote Suchi 8-10-2019 09:56 PM
Bapa kandung plak tu, hurmm sedih memang anak oku masalah pembelajaran ni walaupun dah period dia still mcm budak2.
Kadang tu nak pakai baju pun mak pak kena pakaikan bila dia buat perangai.
Time gini bapak mohon kontrol la nafsu pikirkanlah tu anak kau, anak kau.
Kat group autisme malaysia tu ramai je bapak2 yg ok je uruskan ank2  siap uruskan time period lagi terutama yg bapak tunggal.
Takda pun bernafsu hewan cam gini malah ade yg dah kematian bini lagi.
Lagi dia susah hati adalah yela budak gini kita kena ingatkan dia selalu utk tukar pad bagai.
Quote royaldanish 8-10-2019 10:45 PM
perogol dalam selimut
Quote slavehunter 8-10-2019 10:48 PM
Geli betul aku dengar orang rogol ngesek dengan keluarga sendiri. Tak rasa jijik disgusting ker?

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050685 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top