CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Lemas, Rupanya Balik Mandi Dan Tukar Baju

21-10-2019 10:45 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5904| Komen: 36|Original author: natrahn

Description: Pasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau melakukan operasi menyelamat seorang lelaki dikhuatiri terperangkap dan lemas dalam sebuah kereta akibat terbabas ke dalam tali ...
Pasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau melakukan operasi menyelamat seorang lelaki dikhuatiri terperangkap dan lemas dalam sebuah kereta akibat terbabas ke dalam parit di Jalan Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak kelmarin. (19 Oktober 2019).


Kredit Foto - Sinar Harian

Jurucakap BBP Kuala Kurau berkata sebaik tiba di lokasi, beberapa orang anggota terjun ke dalam parit bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap. Malangnya mereka gagal menjumpai lelaki berkenaan dalam kenderaan itu.

Kredit Foto - Sinar Harian


Tiba-tiba ketika operasi sedang dijalankan, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an tiba-tiba muncul di lokasi kejadian dan memaklumkan dia adalah pemandu serta pemilik kereta itu katanya memetik laporan Sinar Harian.

Rupa-rupanya,  lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaannya sebelum pulang ke rumah dengan dihantar rakannya.

Kredit foto: Sinar Harian

Malah beliau sempat membersihkan diri dan menukar pakaian sebelum datang semula ke lokasi untuk melihat kenderaannya yang hampir tenggelam. 

Lelaki berkenaan memberitahu kenderaannya terbabas ke dalam tali air akibat cuba mengelak b@bi hutan yang melintas jalan.

Kesian abang bomba. Mesti suspen dan pelik bila tak jumpa mangsa tu kan? Apapun sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih pada anggota bomba yang bertungkus lumus berusaha mencari mangsa kemalangan itu. 

Memang wajarlah anggota bomba dapat elaun khas Skim Perkhidmatan Bomba RM200 itu yang diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2020 baru-baru ini.- CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-10-2019 10:53 AM
Haiyaaaaaaaaaaa buat orang risau je la pek. Pek sungguh lu ni!
Quote Mfzg89 21-10-2019 10:56 AM
agak menyusahkan abam bomba..kalau yepn tulis la nota kat tanah gitau p balik jap...
Quote sarah82 21-10-2019 10:59 AM
Nayaaaa..kesian kat abam bomba.
Quote palmolive 21-10-2019 11:06 AM
kira ok la dia mai balik bgtau hal sbenar
Quote missinpiece 21-10-2019 11:08 AM
Saspen sungguh la
Quote Boomibulat 21-10-2019 11:30 AM
Apek purak2 nak elak babi konon..padahal mmg nk langgar babi tu kan..blh buat babi golek tp babi sempat elak..
Quote natrahn 21-10-2019 11:31 AM
sarah82 replied at 21-10-2019 10:59 AM
Nayaaaa..kesian kat abam bomba.

tu lah..bomba bergegas ke tempat kejadian. Sampai ja kat lokasi terus terjun. Member dah siap balik rumah mandi mai balik
Quote violetungu 21-10-2019 11:37 AM
Lawak plak rasa
Quote sarah82 21-10-2019 12:04 PM
natrahn replied at 21-10-2019 11:31 AM
tu lah..bomba bergegas ke tempat kejadian. Sampai ja kat lokasi terus terjun. Member dah siap bali ...

Tu la.. Nak selamat nyawa manusia. Sekali hamjad betul perangai mangsa
Quote natrahn 21-10-2019 12:12 PM
sarah82 replied at 21-10-2019 12:04 PM
Tu la.. Nak selamat nyawa manusia. Sekali hamjad betul perangai mangsa

nasib baik abam bomba semua selamat...
Quote sarah82 21-10-2019 12:16 PM
natrahn replied at 21-10-2019 12:12 PM
nasib baik abam bomba semua selamat...

Kalau ada yg lemas sbb hamjad ni.. Hamjad ni patut di saman sampai tinggal spender
Quote natrahn 21-10-2019 12:48 PM
sarah82 replied at 21-10-2019 12:16 PM
Kalau ada yg lemas sbb hamjad ni.. Hamjad ni patut di saman sampai tinggal spender

hahahahha sabar @sarah82 ...
Quote sarah82 21-10-2019 01:03 PM
natrahn replied at 21-10-2019 12:48 PM
hahahahha sabar @sarah82 ...

Sebab perangai penting diri sendiri hamjad ni.. Ada nyawa yg hilang.. Mujur la dlm kes ni tak.
Quote Eric.n9 21-10-2019 01:11 PM
Bertabah la abam bomba.
Nasib tak de nyawa yg melayang.
Quote fliphair8 21-10-2019 01:11 PM
Ngape hakak rasa lucu baca komen...ni isu serius tau....
Quote kivio 21-10-2019 01:39 PM
Kalau tuan dia xsampai2 nnt adala dua tiga ekor mambang mail tolong scan.
Konon bunian dah kidnap dulu buat pengantin laki.
Quote RatuDunia94 21-10-2019 02:00 PM
kivio replied at 21-10-2019 01:39 PM
Kalau tuan dia xsampai2 nnt adala dua tiga ekor mambang mail tolong scan.
Konon bunian dah kidnap d ...

Katanya paya berkenaan merupakan portal utk alam bunian.. mangsa telah terlanggar anak dara bunian. Sheols dh terpikat dgn mangsa lalu mengajak kahwin. Dan heols setuju utk kahwin dan x boleh balik utk selamanya.
Quote chinta89 21-10-2019 02:23 PM
duhhh...

mmg takde org sekeliling perasaneh dia selamat pahtu blk mcm tu je???

agaknya org perasan kete tu dh tenggelam gtu bru wat report. pdhal insan berkenaan dh lama balik rumah
Quote natrahn 21-10-2019 03:47 PM
chinta89 replied at 21-10-2019 02:23 PM
duhhh...

mmg takde org sekeliling perasaneh dia selamat pahtu blk mcm tu je???

ye la tu..sebab tu abam bomba sampai je terus terjun.. 15 minit menyelam tak dapat jumpa apa-apa...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.110775 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top