CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ini Je Makannya" - Penduduk Kampung Bina 'Kubur' Halang Longgokan Sampah

12-11-2019 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5931| Komen: 40

Description: Seperti sukar diajar, ada di kalangan penduduk setempat yang sering membiarkan longgokan sampah di tepi jalan sehingga memburukkan pemandangan.Perbuatan kurang sivik itu bagaimanapun kini nampaknya su ...
Seperti sukar diajar, ada di kalangan penduduk setempat yang sering membiarkan longgokan sampah di tepi jalan sehingga memburukkan pemandangan. 

Perbuatan kurang sivik itu bagaimanapun kini nampaknya sudah menemui 'lawannya' apabila ada penduduk kampung yang membina kubur di situ.

Memetik Sinar Harian, lokasi dipercayai di Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu selepas ia tular di laman sosial.


Seorang warganet memuat naik gambar yang menunjukkan tindakan penduduk kampung yang membina kubur sebagai amaran kepada si pembuang sampah. 

"Bijak sungguh idea yang tukang buat ni, bersih terus. Dengar-dengar lokasi kat 'area' kampung Panji Alam," tulisnya.


Dikenali sebagai Man Fazli, dia turut memuat naik gambar sebelum dan selepas kawasan 'pembuangan sampah' itu. 

Dapat dilihat adanya sepasang batu nisan yang didirikan seolah-olah ia merupakan kawasan kuburan.

Foto: FB
Nyata, idea ini membuahkan hasil apabila tiada lagi pembuangan sampah dilakukan di situ. 

Apa pula pendapat anda? Seram atau bagaimana? - CARI 
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 12-11-2019 12:49 PM
Agak2 brape lama kubur tu mampu bertahan..?
Quote nobito 12-11-2019 12:55 PM
Kubur tu nampak lebih menenangkan kann...
Quote Biabetik 12-11-2019 01:26 PM
Jgn ada yg memuja plk kat kubur tu mintak nombor
Quote palmolive 12-11-2019 01:28 PM
Org tau jap gi dia g cabut nesan tu
Quote MoonRise 12-11-2019 01:34 PM
nampak bersih macam tuh
Quote beloomberk 12-11-2019 01:52 PM
Laaa.. Knp bgtau.. Nnt sampah pnuh blik kat situ
Quote delsmomm 12-11-2019 01:57 PM
tgk dulu berapa lama akan bertahan
Quote TravellingBear 12-11-2019 02:00 PM
Lepas ni tanam je mayat tak dituntut kat situ. Jadi ler kubur betul
Quote ikanmasin 12-11-2019 02:07 PM
dah siap kene viral nnt tau lah dah
tu bukan kubur betul.mula lah nnt letak sampah balik pl..
Quote Kurex 12-11-2019 02:17 PM
macam tak bertahan je..
Quote MFR_IN 12-11-2019 02:22 PM
kurang cerdik org yg viral. tak fikir kesan. tak pasal2 nnti penuh sampah balik..
Quote Pink_Purple 12-11-2019 02:31 PM
nanti orang buang balik..

daripa da buat kubur baik buat tong sampah proper..xde la sampah sepah merata
Quote nolya 12-11-2019 03:06 PM
Biabetik replied at 12-11-2019 01:26 PM
Jgn ada yg memuja plk kat kubur tu mintak nombor

Zaman now ni ada lagi ke orang minta no kat kubur?
Quote orgsepang 12-11-2019 03:39 PM
Lebih baik pihak berwajib sediakan tong sampah besar di lokasi tersebut.
Quote nobito 12-11-2019 03:40 PM
palmolive replied at 12-11-2019 01:28 PM
Org tau jap gi dia g cabut nesan tu

Ye sebab Ada satu bangsa tu dari kecik dilatih utk jadi Kera
Quote Psfzi 12-11-2019 03:41 PM
Sapa punya kubur la tu
Quote misuke 12-11-2019 03:58 PM
alah.. nnt atas kubur tu depa lambak sampah.. igt ummah meleis ni nk heran? sedang ada papan tanda 'jgn buang sampah disini' pn, bawah sainbod tu dilambak sampah jugak
Quote nanies 12-11-2019 04:21 PM
hurm, kalo sejenis yang tak faham bahasa, dorg buang juga. Malaysia kan, Malaysia boleh
Quote becir 12-11-2019 04:25 PM
MCM kat India la pulak..nak elak orang kencing tepi jalan diaorg gi lukis tuhan dia kat dinding

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054119 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top