CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Setuju Dengan Dr Amalina," -Suami Lufya Minta Neelofa Terima Teguran

9-12-2019 09:54 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 11743| Komen: 20|Original author: SakuraJo

Description: Baru-baru ini hangat diperbincangkan tentang produk terbaru keluaran pengacara, pelakon dan usahawan jelita Neelofa iaitu Nilofa Banana Milk atau susu pisang. Isu tersebut mula ditimbulkan apabila Dr ...
Baru-baru ini hangat diperbincangkan tentang produk terbaru keluaran pengacara, pelakon dan usahawan jelita Neelofa iaitu Nilofa Banana Milk atau susu pisang. Isu tersebut mula ditimbulkan apabila Dr Amalina Che Bakri menegur iklan susu tersebut yang dikatakan 'overclaim'.


Susulan itu, Neelofa ada meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap segelintir masyarakat Melayu yang disifatkannya sebagai cuba untuk menjatuhkan perniagaan kaum sendiri. 


Tidak terhenti di situ, suami kepada penyanyi Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz yang juga merupakan doktor perubatan turut meminta Neelofa untuk menerima teguran Dr Amalina dengan hati yang terbuka. 

"Dari sudut pandangan, saya memang setuju dengan teguran yang dibuat oleh Dr Amalina."

"Saya harap Neelofa dapat menyambut teguran tersebut dengan hati yang terbuka sebab jika kita overclaimed tentang sesuatu produk apatah lagi ia menyentuh isu kesihatan, ibarat memberikan janji bulan dan bintang kepada masyarakat tanpa memikirkan kesan negatif kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang," ujarnya memetik daripada laporang mStar.

Dr Che Hafiz juga sempat meminta para penjual dan usahawan untuk lebih bertanggungjawab terutamanya dalam mempromosikan produk yang melibatkan kesihatan pengguna apatah lagi masalah kesihatan terutama sekali obesiti semakin meruncing di negara kita.

"Penggunaan ayat bagi tujuan mempromosikan iklan sesuatu produk amatlah perlu berhati-hati supaya pembeli tidak akan salah faham akan kegunaan produk yang dibeli."

Ada betul teguran-teguran tersebut. Penjual produk seharusnya lebih telus dalam mengiklankan produk mereka apatah lagi masyarakat kita ramai yang mudah terpengaruh dengan iklan. -CARI
10

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 9-12-2019 10:05 AM
Amboi ayatnya.
Quote MisXoXo 9-12-2019 10:10 AM
Serampang 2 mata sekali kpt..kan wifey dia jgk buat review iklan skrg kan.
Quote Kurex 9-12-2019 10:18 AM
cuba terima teguran doktor hensem ni lopak oiiii
Quote Themilo 9-12-2019 10:21 AM
Kurex replied at 9-12-2019 02:18 AM
cuba terima teguran doktor hensem ni lopak oiiii

doktor hensem pun lopak hiraukan jaaa.. not my level kekdahnya
Quote jjzzz 9-12-2019 10:30 AM
cane pulak laki acik lufya ni boleh mengomen?ats tiket doc kah mstar iv dia?
Quote wookiehoney 9-12-2019 10:30 AM
sebok je jantan ni
Quote whadda 9-12-2019 10:33 AM
nak jadi famous cam dr amalina jugak ek
Quote Cassieopeia 9-12-2019 10:40 AM
ye ko pun sila la terima teguran orang lain juga..ni kejap gitu kejap gini eh
Quote boojaat 9-12-2019 10:50 AM
Ehhh.. nak juga dia mengomen yer... Dia dh terima teguran belum hal anak dia terjerit2 panggil dia tp dia buat derk jer... Bday anak pun x pegi kan..
Quote Zack8hunter 9-12-2019 10:52 AM
kosser ler jejan ni.. mcm la dia jenis yg open terima teguran
Quote moonbymoon 9-12-2019 10:59 AM
seboknya. sila selesaikan kemelut rumah tangga sendiri dulu.
Quote MadameOnion 9-12-2019 11:27 AM
sskjp menegur sskjp
Quote tikusmontok 9-12-2019 11:39 AM
agenda mensucikan diri ke apa ni?

Quote Laceyx 9-12-2019 11:48 AM
Nak pujian la tu
Quote Adm89 9-12-2019 12:01 PM
MadameOnion replied at 9-12-2019 11:27 AM
sskjp menegur sskjp

Laki lufya ni sskjp jugak ke?
Quote MadameOnion 9-12-2019 12:31 PM
Adm89 replied at 9-12-2019 12:01 PM
Laki lufya ni sskjp jugak ke?

kalau baca thread2 yg pasal penceraian tu mmg ada penampakan dia asal serambi moscow
Quote LadyCarefree 9-12-2019 01:08 PM
Harga yahudi minuman susu campur air tak ada sesiapa nak mention ke? It's not even susu berperisa pisang. It is air bersusu perisa pisang.
Quote keknaih 9-12-2019 02:18 PM
ek elehh.. sibuk jaaa
Quote fadz84 9-12-2019 04:55 PM
Adm89 replied at 9-12-2019 12:01 PM
Laki lufya ni sskjp jugak ke?

Ye sskjp jgk.. patut kena tegur dlm bhsa sskjp kot mungkin love blh Terima.. haha

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054547 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top