CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"It's Slowly Eating Her," - Neelofa Buka Mulut Tentang 'Kehilangan' Ameera Khan

11-12-2019 01:14 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 64475| Komen: 330|Original author: SakuraJo

Description: Ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan yang tiba-tiba menghilang dari media sosial sejak beberapa bulan yang lalu. Acapkali jug ...
Ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan yang tiba-tiba menghilang dari media sosial sejak beberapa bulan yang lalu. Acapkali juga ruangan komen kakaknya, Neelofa serta adik beradik Ameera dipenuhi dengan pertanyaan tentang Ameera. 



Keputusan Ameera yang juga seorang selebriti media sosial untuk menutup semua akaun media sosialnya itu mengundang pelbagai andaian dan persepsi dan tidak kurang juga merindui kehadiran Ameera dalam mewarnai dunia media sosial.

Setelah pelbagai teka -teki bermain di fikiran, akhirnya Neelofa mengulas tentang keputusan Ameera untuk berehat dari media sosial.

Berehat daripada dunia media sosial untuk seketika. 

Menerusi laporan Media Hiburan, Neelofa berkata yang Ameera sedang berehat daripada dunia media sosial buat seketika kerana mahu memberi ruang kepada remaja itu untuk membesar dalam dunia yang sebenar. Jelasnya, pelbagai kontroversi dan persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan Ameera sedikit sebanyak telah mengganggu pemikiran gadis itu.

"Dia sedang berehat dari media sosial sebenarnya."

Kredit foto : Ig LMKCosmetic

"Dia juga selalu membandingkan kehidupannya dengan apa sahaja yang dilihatnya di Instagram, khususnya. Jadi dia rasa macam dia kurang bagus, dia rasa tak sempurna."

Tambah Neelofa, perkara sebegitu sedikit sebanyak telah memakan diri gadis berusia 18 tahun itu.

"Semua itu menyebabkan ia seakan 'slowly eating her' dan dia beritahu untuk take a break sekejap. Tidak mahu perkara itu akan beri kesan kepada pemikiran."

Neelofa turut meminta orang ramai untuk menghormati keputusan Ameera serta menghormati privasinya.

Kredit foto : Ig Neelofa

Menganggap keputusan yang diambil Ameera sebagai wajar, Neelofa akui dia menyokong sepenuhnya tindakan adiknya itu. 

"Ianya bagus kerana dia remaja yang sedang membesar dan tengah mencari identiti dan secara tidak langsung apa yang dilakukan olehnya akan memberi kesan."

Neelofa juga berkata yang Ameera akan kembali semula selepas dia sudah benar-benar bersedia.

"Saya rasa dia akan kembali tidak lama lagi. Berilah ruang untuk dia membesar ikut 'flow' dan tidak membesar dengan arus media sosial."

Apa pun diharap Ameera tidak terlalu tertekan dengan segala kontroversi yang menghimpit dirinya sebelum ini dan kembali menjadi seorang yang lebih kuat seperti Neelofa.-CARI 
6

Bagus

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Elanarose

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addved 11-12-2019 01:17 PM
baguslah dik, harap bila dah kembali akan bersikap lebih matang
Quote rainbowrainz 11-12-2019 01:19 PM
X ade sape terkesan pun...nextttttttt
Quote pinkzara 11-12-2019 01:22 PM
Di usia tu, patutnya dia masuk kolej, sibuk buat assingment, belajar, ada kwn2. Ni hidup berhambakan ig mmg la memakan diri.
Quote boojaat 11-12-2019 01:25 PM
Harap bkn sebab 9bln
Quote fushimi 11-12-2019 01:29 PM

hahahahhaahahhhhhhhhhhh

wait and see
Quote Tudungpink 11-12-2019 01:30 PM
Diharapkan hilang terus dari sosial media, ada  utk menghina org pun xguna...elokla hilang terus...hilang pun mesti ada sebab xkan org yg xde hati perasaan mcm ni tetiba menghilangkan..dia kan xkisah .org cakap ape pasai dia..sejenis attention seeker..gitewww komen iols slaku haters
Quote akies 11-12-2019 01:32 PM
boojaat replied at 11-12-2019 01:25 PM
Harap bkn sebab 9bln

Sabor je la.
Hhahaaahahaha
Quote haznor 11-12-2019 01:33 PM
boojaat replied at 11-12-2019 01:25 PM
Harap bkn sebab 9bln

I pun terfikir macam u. Hmm.
Quote miss_strangers 11-12-2019 01:35 PM
boojaat replied at 11-12-2019 01:25 PM
Harap bkn sebab 9bln

Maksudnya adiknya pregnant ke?
Quote Kurex 11-12-2019 01:36 PM
siapa je yg tanya tu.... tak memberi kesan
Quote armin 11-12-2019 01:39 PM
Betul ke ada yg kesah? Kenapa ya sheol ni sejenis annoying? Acah2 kylie pulak tu. ingat ko femes macam kylie ke. Setakat adik neelofa je pun bukannya artis tp acah tu mcm dia artis international pulak. Kakak dia si atisha tu humble je aman2 main ig youtube bagai
Quote lofalondon 11-12-2019 01:40 PM
miss_strangers replied at 11-12-2019 01:35 PM
Maksudnya adiknya pregnant ke?

Haritu nampak kat ig mamatinj semua elok je..nampak normal gelak2 depan sepupu dia..badan pun camtu je tak nampak berubah...
Quote suiskipas 11-12-2019 01:42 PM
Bagus la....harap ye pergi x kembali dah....
Quote ashilalat 11-12-2019 01:43 PM
boojaat replied at 11-12-2019 01:25 PM
Harap bkn sebab 9bln

Ini apa terlintas kat pikiran aku gak...henpon berjahit kat tgn takkan tiba2 wat keputusan quit kan? Must be ada benda besar la kan.

However, kau tak ada pon x memberi kesan pon pada rakyat meleisia. Rest In Peace la Mira oi.
Quote TravellingBear 11-12-2019 01:46 PM
Kakak dia tulis nak buat comeback . Comeback hina orang baik tak payahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote ciknam 11-12-2019 01:46 PM
Kenapa baca statement Lopa, i terbayang adik dia mental dah? ampun... ni 1st impression je bila baca..
Quote aechae 11-12-2019 01:47 PM
Patut dr dlu lg..kt ig pn penuh dgn selfie tayang diri pastu komen dr laki2 gatal buat modal berlambak...x takut ke
Quote kaklimahcomot 11-12-2019 01:47 PM
mohon pergi tak kembali..
Quote virgo19 11-12-2019 01:48 PM
astaga.. aku kira masuk ni dah 8 thread neelopa ada kat bodgos ni, masyaAllah aura dia..

Lihat semua komen(330)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.177891 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top