CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Temui Video Berahi Dengan Wanita Lain, Isteri Pendakwah Selebriti Tampil Buat Pengakuan

19-12-2019 12:40 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 20982| Komen: 37|Original author: intan

Description: Temui video berahi dengan wanita lain, isteri pendakwah selebriti tampil buat pengakuan
Belum reda dengan kontroversi rumah tangga pendakwah selebriti baru-baru ini, kali ini timbul pulak pengakuan hangat seorang wanita bergelar isteri kepada penceramah bebas hasil program realiti TV, yang didakwanya telah berlaku curang.


Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh isteri pendakwah tersebut yang digelar sebagai A.

Kredit foto : mStar online
Kredit foto: mStar online
Menerusi mStar online, wanita tersebut mendakwa telah mengalami tekanan jiwa kerana menanggung beban dan penderitaan sepanjang episod kecurangan tersebut. Sepanjang 4 tahun perkahwinan dengan ustaz selebriti tersebut, dia mengalami tekanan emosi yang hebat kerana suaminya itu 'kantoi' curang.



"Bukan niat untuk buka aib suami kepada khalayak, namun saya tidak mahu orang terpedaya dengan penampilan golongan seperti ini,"


"Suami sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya telah terbongkar apabila saya menemui rakaman video tersebut dalam telefon bimbitnya," Ujar wanita tersebut kepada mStar.

Kredit foto: mStar online

Mengejutkan, A telah mendedahkan ini bukan kali pertama suaminya melakukan perkara seumpama itu.


"Saya juga terjumpa beberapa keping gambar bekas teman wanita dia (suami) yang dikongsi melalui DM di instagram,"


Mengakui bukan kali pertama suaminya itu sering bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya itu, A tetap memaafkan suaminya itu kerana berharap suaminya itu akan berubah menjadi lebih baik. Namun, ternyata ianya hanyalah harapan semata-mata, kerana pendakwah itu tetap meneruskan perangai buruk tersebut walaupun telah dikurniakan cahaya mata.

Kredit foto: mStar online


Bukan itu sahaja, peserta program realiti TV yang berusia 29 tahun tersebut turut sering menghantar mesej di DM instagram kepada gadis-gadis muda secara rawak dengan niat untuk memulakan perbualan tidak senonoh.

A yang hadir ke pejabat mStar juga mendedahkan bahawa dia kini berhasrat untuk membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya.

mStar juga telah berjaya menghubungi pendakwah selebriti terbabit dan dia telah memohon agar isu itu tidak dipanjangkan. Dia juga enggan mengulas lanjut mengenai tuduhan isterinya itu.

Siapa pula pendakwah bebas hasil rancangan realiti TV ni? - CARI 

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Linda_Martopo

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 19-12-2019 12:44 PM
biasala tu penunggan agama.. penyanyi nasyid kurang femes pn ada gak kaki club teguk arak..
Quote silampumeja 19-12-2019 12:49 PM
So siapa ni....
Quote sarah82 19-12-2019 12:52 PM
Dah ada thread dah la TT..
Quote bawangkecik 19-12-2019 01:14 PM
sarah82 replied at 19-12-2019 12:52 PM
Dah ada thread dah la TT..

yeka.. maaf editor publish lambat kami part time writer ja kdg2 tak aware thread dari forumer...
Quote sarah82 19-12-2019 01:15 PM
bawangkecik replied at 19-12-2019 01:14 PM
yeka.. maaf editor publish lambat kami part time writer ja kdg2 tak aware thread dari forumer...

Depa dok speku laju kat sana.. Merge la.. Byk gossip boleh baca.. Hahaha
Quote friedfishsoup 19-12-2019 01:16 PM
sarah82 replied at 19-12-2019 01:15 PM
Depa dok speku laju kat sana.. Merge la.. Byk gossip boleh baca.. Hahaha

Tak boleh merge thread
Quote bawangkecik 19-12-2019 01:16 PM
sarah82 replied at 19-12-2019 01:15 PM
Depa dok speku laju kat sana.. Merge la.. Byk gossip boleh baca.. Hahaha

omg.. tertinggal ketapi. tunggu admin merge je la nii
Quote sarah82 19-12-2019 01:18 PM
friedfishsoup replied at 19-12-2019 01:16 PM
Tak boleh merge thread

Alaaa.. Kena baca kedua2 la mod nak cari hint sapa dia daie ni.. Hahaha
Quote sarah82 19-12-2019 01:18 PM
bawangkecik replied at 19-12-2019 01:16 PM
omg.. tertinggal ketapi. tunggu admin merge je la nii

Mod kata x boleh merge.. Kena buka 2 tingkap la.. Membaca sambil membawang
Quote munchkin 19-12-2019 01:58 PM
At least dia tak guna orang tengah. Syabas puan
Quote alinone78 19-12-2019 02:11 PM
yang bini pun nak tuntut fasakh pi kecoh 1 donya sampai ke mstar buat paa. pi je lah mahkamah
Quote manehnya 19-12-2019 02:44 PM
Sapadiaaaa pulakkkk, tazabar nak tahu
Quote mizkajura 19-12-2019 02:47 PM
Ni bukan dai. Ni dakyah
Quote natrahn 19-12-2019 02:59 PM
manehnya replied at 19-12-2019 02:44 PM
Sapadiaaaa pulakkkk, tazabar nak tahu

khabarnya da'i dari sarawak...
Quote supermum 19-12-2019 03:02 PM
alinone78 replied at 19-12-2019 02:11 PM
yang bini pun nak tuntut fasakh pi kecoh 1 donya sampai ke mstar buat paa. pi je lah mahkamah

untuk mengurangkan risiko nasib pompuan lain jadi mcm dia?
Quote tagas 19-12-2019 03:08 PM
natrahn replied at 19-12-2019 02:59 PM
khabarnya da'i dari sarawak...

br google asal sarawak dak eh hijrah

ala2 jambu suam2 kuku
Quote Rogue98 19-12-2019 03:14 PM
Yg bukak thread ni tak reti2 nak letak nama okg ke. Asik2 suruh org speku.
Quote natrahn 19-12-2019 03:20 PM
tagas replied at 19-12-2019 03:08 PM
br google asal sarawak dak eh hijrah

ala2 jambu suam2 kuku

betul tu...
Quote pukulrata 19-12-2019 03:25 PM
Xnak tau sape jantan ni..nak bideo berahi wanita tu je.plsssss

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068363 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top