CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Cedera Lepas Tiga Warga Emas Jatuh Eskalator

24-12-2019 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2964| Komen: 4

Description: Empat cedera selepas tiga warga emas terjatuh di eskalator di pusat beli-belah Northpoint City, Singapura pada Ahad lalu.
Empat cedera selepas tiga warga emas terjatuh di eskalator di pusat beli-belah Northpoint City, Singapura pada Ahad lalu.

Memetik Berita Harian.Sg, kejadian berlaku apabila tiga warga emas berusia antara 60-an hingga 70-an terjatuh ketika menaiki eskalator di pusat beli-belah berkenaan.


Sejurus kejadian, beberapa orang awam yang berada di lokasi bergegas mematikan eskalator tersebut secara manual.


Foto: BeritaHarian.sg

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, kejadian menyebabkan empat orang cedera ringan dan kesemuanya dibawa ke hospital Khoo Teck Puat untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, dua daripada mangsa mengalami kecederaan di kepala.  

“Pekerja keselamatan dan kakitangan perkhidmatan di tempat kejadian membantu warga emas itu dan melakukan rawatan bantuan kecemasan terhadap kecederaan yang dialami.


“Kakitangan telah mengatur supaya kumpulan warga emas terbabit menerima rawatan perubatan selanjutnya sebelum membawa mereka ke hospital sejurus selepas itu," kata jurucakap Northpoint City. 

Sementara itu, Shin Min Daily News pada Isnin melaporkan eskalator berkenaan mengalami kerosakan menyebabkan beberapa pengunjung hilang keseimbangan ketika menggunakannya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-12-2019 07:41 PM
Skang ni kalau naik escalator tinggi2 mmg aku rasa seram sikit
Quote imransulaiman 24-12-2019 11:00 PM
Aku lagi suka guna tangga manual daripada tangga bergerak tu. Macam-macam dalam fikiran aku.
Quote Supersirap 24-12-2019 11:04 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote kechikchomel 24-12-2019 11:09 PM
Escalator kt kl sentral - MRT Muzium Negara tu tinggi. Seram gak nak naik kdg2.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.293631 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top