CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bil Elektrik Naik Mendadak, TNB Dikenakan Kompaun RM3.6 Juta

23-1-2020 10:37 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4710| Komen: 27|Original author: Tukang Tulis

Description: Suruhanjaya Tenaga mendapati TNB gagal mematuhi piawaian prestasi Tahap Perkhidmatan Minimum.
Kredit foto: Facebook

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan 36 kompaun dengan nilai keseluruhan RM3.6 juta oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) berikutan aduan bil elektrik yang naik mendadak pada Mei dan Jun 2019.

Memetik laporan BH Online pada 21 Januari, ST mengambil tindakan tersebut pada Disember lalu selepas menyiasat aduan-aduan yang dikemukakan oleh para pengguna.

TNB dikenakan 36 kompaun dengan nilai keseluruhan RM3.6 juta oleh ST. Kredit foto: Facebook
TNB didapati gagal mematuhi arahan suruhanjaya berkenaan mengenai piawaian prestasi Tahap Perkhidmatan Minimum (MSL) berkaitan tempoh penyerahan bil elektrik kepada pengguna.


"Berdasarkan MSL itu juga, TNB perlu memastikan setiap pengguna menerima bil elektrik secara bulanan.

"ST ingin mengingatkan pemegang lesen supaya mematuhi peruntukan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), peraturan-peraturan dan syarat-syarat bagi memastikan kepentingan pengguna dilindungi," jelas suruhanjaya itu.

Pada Mei dan Jun tahun lalu, ramai pelanggan TNB di seluruh negara berang apabila mendapati caj penggunaan elektrik dalam bil mereka melambung tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Contohnya, seorang pelanggan domestik yang kebiasaannya dikenakan caj kira-kira RM800 sebulan tiba-tiba mendapati bil yang diterimanya mencatatkan jumlah RM2,600.

Aduan pelanggan melalui TNB Careline pada Mei 2019. Kredit foto: Facebook
Pelanggan mempersoalkan kenaikan caj penggunaan elektrik yang mendadak pada Mei 2019. Kredit foto: Facebook
TNB Careline ketika menjawab aduan pelanggan dalam laman Facebook menjelaskan, kenaikan bil itu berlaku kerana bacaan meter penggunaan elektrik yang direkodkan adalah melebihi 30 hari dan caj dikira secara prorata.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin pernah menyatakan, ST boleh mengheret TNB ke mahkamah sebagai jalan terakhir sekiranya syarikat itu tidak memberi layanan yang adil kepada pelanggan-pelanggan yang terlibat.

Diharap kompaun yang dikenakan oleh ST itu menjadi pengajaran kepada TNB agar masalah yang sama tidak lagi berulang. - CARI
3

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote top5complete 23-1-2020 10:42 AM
bukan TNB ni china dah ambil alih ke? 50% saham.
Quote minguk 23-1-2020 10:44 AM
gilaaaaaa.. tnb monopoli kan.. susal la.. yahudi!
Quote mr_cool5885 23-1-2020 10:55 AM
Hujung tnb bayar denda kat kerejaan. Pengguna yg kena bill tinggi mcm aku naik rm30 selama 6 bulan tanpa gagal dpt apa? Rebat?? Haramm..
Quote Kurex 23-1-2020 10:58 AM
ek elehhh katalah kau memamg nak duit tu..
Quote AbukRokok 23-1-2020 11:07 AM
mmg sial tnb ni... biasa bil 50+ tetiba naik 70 & dekat 80.... jahanam penindas
Quote Iris. 23-1-2020 11:07 AM
Abis tu pengguna dapat apa? Tiba2 bil aku dari biasa tak cecah rm50, tup tup jadi rm100+. Bapak gile... Tak ada aircond pun. Tapi aku tetap bayar{:cryrun
Quote tagas 23-1-2020 11:17 AM
bil umah aku pun naik mencanak tak hagak2

slalu nya dlm 150++

skali bulan ni 200++
Quote Kampungpeoplesz 23-1-2020 11:26 AM
Mmg ramai yg hangin pun dgn tnb ni. Bil letrik naik mendadak tak pasal2. Budus
Quote white_musk 23-1-2020 11:27 AM
minguk replied at 23-1-2020 10:44 AM
gilaaaaaa.. tnb monopoli kan.. susal la.. yahudi!

Malakoff kan ada. Boleh langgan elektrik dari malakof pula
Quote kucingitam 23-1-2020 11:35 AM
aku ni..tetiba dapat bil kata ada baki tertunggak 1.5k, padahal tak pernah ada tunggakan pun.

bill bulan sebelum pun clear takde tunggakan. 1.5k tu dah sama dgn 5 bulan punya bill.

sampai skrg tnb tak settelkan lagi..dok dlm poses siasatan manjang..
Quote tungkai 23-1-2020 11:39 AM
3.6 juta celah gigi aje TNB bayar. Entah2 TNB bayar guna duit yg diorg paw lebih hari tu. Tak rugi apa pun diorg. Kita sbg pengguna dapat apa? Rebet...?? Prffff
Quote namieamuro 23-1-2020 11:45 AM
buat aduan bebyk tp tnb tetap cas mcm tu jugak..kompaun tu pn celah gigi die je tnb bayar.
Quote Ina8895 23-1-2020 11:46 AM
kucingitam: aku ni..tetiba dapat bil kata ada baki tertunggak 1.5k, padahal tak pernah ada tunggakan pun.bill bulan sebelum pun clear takde tunggakan. 1.5k tu dah ...


Report dengan suruhanjaya tenaga bang
Quote kucingitam 23-1-2020 12:01 PM
Ina8895 replied at 23-1-2020 11:46 AM
Report dengan suruhanjaya tenaga bang

ooo gitu eh..ok2.. tq

Quote Meiizu 23-1-2020 12:13 PM
tnb kena kompaun..takdak inisiatif pun bagi rebate kpd pengguna..gilaaa tak logik  naik double , lagi kesian ada yg smpai triple .

kenaikan bil itu berlaku kerana bacaan meter penggunaan elektrik yang direkodkan adalah melebihi 30 hari dan caj dikira secara prorata.


prorate apanya? prorate pun takkan double?
Quote Meiizu 23-1-2020 12:15 PM
tungkai replied at 23-1-2020 11:39 AM
3.6 juta celah gigi aje TNB bayar. Entah2 TNB bayar guna duit yg diorg paw lebih hari tu. Tak rugi a ...

ada bau-bau ikan
Quote InVendeTTa 23-1-2020 12:17 PM
Eh ..boleh ke aku nak refund balik bil aku tu skrg?aku dah byr tp dgr kata kita boleh komplen kat tnb..mmg melampau sgt bil aku time tu naik double.
Quote jalfa 23-1-2020 12:23 PM
Cuti sekolah sebulan aku balik kg bill aku rm20.untuk satu peti ais yg on...yg lain semua plug off..
Quote minguk 23-1-2020 12:23 PM
white_musk replied at 23-1-2020 11:27 AM
Malakoff kan ada. Boleh langgan elektrik dari malakof pula

malakoff stable ke tak?

ujung2 macam telco, semua sewa line dengan TM sajo.. haha


Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.059926 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top