CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Suara Ayah Dia Meraung Sampai Tingkat 3 Dengar" - Staff Gesa Henti Kutuk Bapa Bayi

18-2-2020 11:09 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 19227| Komen: 124

Description: Bayi 9 Bulan Maut Ditinggalkan 4 Jam Dalam Kereta - Staff Gesa Netizen Berhenti Kutuk Bapa Mangsa
Bayangkan dengan cuaca yang panas di Malaysia, haba yang boleh dikumpul dalam kereta boleh meningkat setiap saat. Strok haba boleh berlaku dan kanak-kanak kecil lebih berisiko terkenanya!


Kredit foto: Anonymous

Anak meninggal dalam kereta: Bahaya strok haba yang kita tak sedar.

Berita seorang bayi ditemui mati dalam kenderaan yang berlaku di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan sangat menyayat hati.

Susulan kejadian itu, netizen mula menyalahkan bapanya yang bersikap cuai dalam hal ini.

Seorang warganet yang merupakan salah seorang staff yang bekerja di bangunan yang sama tampil menceritakan keadaan sebenar.

Loading FB Post...


Menurutnya rutin menghantar anaknya ke taska adalah dilakukan oleh ibu mangsa. Kebetulan pada hari kejadian, ibu mangsa dikatakan perlu bertugas di luar kawasan dan tugas tersebut diambil alih oleh bapa mangsa. 

Si bapa hanya menyedari bayinya tertinggal dalam kereta 4 jam kemudian.

Suara ayah dia meraung sebut Allahuakbar tu sampai kami yang kat tingkat 3 dengar jelas....

Kredit foto: Facebook Aku Arejax

Pemuda ini juga menyeru kepada netizen agar berhenti mengkritik bapa mangsa dan mendoakan agar mereka sekeluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini. 

Memang tidak dinafikan, kepenatan dan lambakan kerja mampu mengganggu fikiran ibu bapa hingga mereka boleh terlupa tentang sesuatu apatah lagi sesuatu perkara yang bukan rutinnya. Yang lebih buruk hingga terlupa anda tertinggal anak dalam kereta. 

Malang tak berbau. Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini.- CARI 


2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
17

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • PomenObersea

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 18-2-2020 11:19 AM
walau sibuk macamanapun takkanla smpai 4 jam terlupa...ni jenis pelupa tahap apa dah ni..
Quote noor2 18-2-2020 11:24 AM
Dah teka dah mesti sebelum ni rutin bukan bapa yang buat....
Tak.de pun rasa nak kutuk bapa tu....sebab bila baca dia kelam.kabut hantar semua orang. ..

Mesti ayah tu seumur hidup terbayang dan terasa bersalah
Quote merrissa 18-2-2020 11:29 AM
hurm nak buat mcm mn dah lupa...

Innalillah
Quote Rogue98 18-2-2020 11:31 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun.... Sedihnye.
Semoga perkara yg sama tak jadi pada kita.
Quote sarah82 18-2-2020 11:33 AM
Aku x kutuk..sebab bagi aku.. Kalau nak jadi mcm mana kita usaha elakkan tetap akan jadi.

Yg kutuk2 bapa arwah bayi ni mungkin tak sedar bahawa bapa budak ni dah dihukum dgn rasa bersalah hingga nafas terakhir kerana lupa yg arwah dlm kereta.
Quote Mfzg89 18-2-2020 11:36 AM
turut simpati. x kutuk pun. tapi tula bab anak boleh lupa x tau nk cakap pe.
Quote Mfzg89 18-2-2020 11:38 AM
merrissa replied at 18-2-2020 11:29 AM
hurm nak buat mcm mn dah lupa...

Innalillah

jenis parking kete, cabut kunci terus keluar.. x toleh belakang cek cermin tutup ke x..tapi tula.. benda dah jadi. doa baik2 jela..
Quote BomBoLoniS 18-2-2020 11:40 AM
bila aku baca bapa dia ulang alik hntr anak sekolah lepas tu balik rumah ambil pula isteri dan arwah ni..  memang bole jadi lupa sebb bnyk bnda nk kena buat kan. . tak baik kecam bapa ni.. sudah lah sedih kehilangan anak.. orang pulak kecam macam2..
Quote RumiMenari 18-2-2020 11:45 AM
I kutuk la gak sambil2 i kutuk laki i sendiri sbb penah tertinggal anak dlm kreta.. tapi dh smpi rumah.. 10minit gk.. i turun bawah tnya mana budak, br dia kelam kabut cari.. terlupa ni mmg x boleh elak tp kdg2 dtg dr sikap sendiri gak sbb jenis ambil mudah dlm kebanyakan hal.. semoga family lelaki ni bawa dia berubat atau dptkan rawatan trauma ke.. kl dia "sakit", kesian pd anak2 lain & isteri  yg perlukan ketua keluarga
Quote delsmomm 18-2-2020 11:50 AM
zulka replied at 18-2-2020 03:19 AM
walau sibuk macamanapun takkanla smpai 4 jam terlupa...ni jenis pelupa tahap apa dah ni..

jgn la ckp camtu bam zul..

saya sendiri pun mcm tu..

the moment sy duduk je dlm my office pagi2 tu, terus buat kerja..

sedar2 dah jam 12.. bila kerja ni kdg2 kita mmg xsempat nak fokus kpd benda lain dah..

cuma me selalu berdoa kpd Allah, jgn la diuji mcm ni.. takut sgt..
Quote Ina8895 18-2-2020 11:51 AM
Sebab tu orang perempuan patut utamakan rumah tangga. Ni sibuk bekerja sampai anak2 jadi mangsa. Tanggungjawab lelaki cari duit tanggung keluarga.
Quote prettyuglybabe 18-2-2020 11:51 AM
cuba kalau maknya pulak yang terlupa..
kenyang la kena kutuk cuai la itu la ini la..

Quote applenpuff 18-2-2020 11:52 AM
Lepas ni kalau ade baby jgn la letak baby seat kat belakang, letak je kat kerusi depan belah penumpang. Untuk elak lupa
Quote fishcracker 18-2-2020 11:57 AM
Mungkin lepas ni patut ade acik security guard/cleaner buat seround dua check kereta2 staff kampeni kot2 ade tertinggal anak
Tak pun setiap lif pejabat buh reminder "anda pasti anda tak tertinggal anak kat seat kereta?????"
Pastu sampai je opis acik sekretari duk peringat staff hari2 "you sure you takde tinggal anak kat kereta??"
Quote Boomibulat 18-2-2020 11:58 AM
ada org kecam ke..buat la cmana pun satu hari tetap akan lupa jugak..
Quote saviour_09 18-2-2020 11:59 AM
kesian dia
takde bapak yg waras dalam donia ni nak benda macam ni jadi
jangan la dikutuk2 lagi
Quote zulka 18-2-2020 12:05 PM
delsmomm replied at 18-2-2020 11:50 AM
jgn la ckp camtu bam zul..

saya sendiri pun mcm tu..

aku bukan nak kecam, tapi pada aku benda paling utama sekali adalah keluarga...kerja soal kedua..
Quote mawar_mustika 18-2-2020 12:06 PM
netizen mmg sesuka hati je duk mengata..dh kene btg hidung sendiri baru tau...xde pun mak ayah sesaja nk tinggl anak dlm kete camtu
Quote gadogado 18-2-2020 12:08 PM
semoga Allah sentiasa melindungi aku dan keluarga aku daripada bencana yang buruk seperti ini dan seangkatan dengannya..

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.052654 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top