CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

PKP, Bapa Terpaksa Berhutang Beli Data Untuk Anak Buat Kerja Sekolah Online

26-3-2020 04:16 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 8051| Komen: 36|Original author: Oleh: rikuren

Description: Tempoh perintah pergerakan kawalan oleh kerajaan kerana mahu mengekang penularan wabak COVID-19 disambung dua minggu lagi. Tidak mahu pelajar ketinggalan, ada sesetengah guru mengambil inisiatif menga ...


Tempoh perintah pergerakan kawalan oleh kerajaan kerana mahu mengekang penularan wabak COVID-19 disambung dua minggu lagi. Tidak mahu pelajar ketinggalan, ada sesetengah guru mengambil inisiatif mengadakan kelas secara online, melalui e-emel mahupun menerusi aplikasi WhatsApp. 

Bagi mereka yang berkemampuan, itu bukanlah satu masalah besar namun, sebaliknya pula bagi ibu bapa yang hanya 'cukup-cukup makan'.

Perkara ini dikongsi Cgu Din di mana rakannya terpaksa meminjam duit membeli tambah nilai kredit kerana anaknya diberi kerja sekolah secara online. 

Katanya, dia bekerja sendiri dan duit yang ada sudah digunakan untuk membeli barang keperluan harian.


Kredit foto: Facebook Cgu Din

Hantaran ini menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi para guru dan ibu bapa.


Tak semua hidup senang...



Kredit foto: Facebook Cgu Din

Cikgu risau silibus tak sempat habis, anak-anak nak periksa...




Kredit foto: Facebook Cikgu Mohd Fadhli Salleh

Serba salah dibuatnya. Usaha guru ini membina soalan dan memberi kerja rumah sepatutnya dicontohi dan dipuji. Silapnya, mungkin terlepas pandang akan kemampuan pelajar dan meminta mereka menghantar secara online.

Mungkin juga ibu bapa boleh berbincang dengan guru kaedah terbaik supaya anaknya boleh menghantar kerja sekolah tanpa perlu menggunakan kaedah secara dalam talian buat masa ini kerana kekangan kewangan.

Apapun, kita yang di rumah ini pastikan anak-anak meulangkaji pelajaran walau cikgu tak bagi kerja, ya! - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 26-3-2020 04:21 PM
Xtau la ni citer hasanah ke hape tapi ade je prepaid murah cm digi internet cili padi tu sebulan rm30 je..xpun pilih la bil yg murah cm umobile giler unlimited tu
Quote tri-max 26-3-2020 04:23 PM
ntahlar, aku pon risau anak2 kat umah da rupa cam zombi
suh masuk kelas online cikgu dia, asik la cikgu tukar classcode
suh belajar ... malas ya amat
Quote anony-mous 26-3-2020 04:35 PM
Amboi nak pnjam utk beli makanan ckp je lah. Ko nak download muvi apa smpai rm50??? Kalau celcom ada yg sejam rm1 unlimited data. Ke main pubg?
Quote anony-mous 26-3-2020 04:38 PM
chicozinn replied at 26-3-2020 04:21 PM
Xtau la ni citer hasanah ke hape tapi ade je prepaid murah cm digi internet cili padi tu sebulan rm3 ...

I vote hasanah. Mcm dkt benang lg 1 tu yg family i kenal miskin jgk tp isi rumah 3-4 org bersmartphone. Main game, online jah. Golongan b40 ni jarang i tgk yg henset xmelekat dkt tgn.

Btw, celcom ada pelan internet 1jam rm1 unlimited data. Aku m40 pon xguna smpai rm50 utk internet. Internet tu pulak guna utk cari duit. Nampak kan kenapa b40 tetap di b40? Kenapa selalu mntk bantuan?
Quote AbukRokok 26-3-2020 04:55 PM
harap jangan guna pula utk melayani PH
Quote Orix 26-3-2020 04:58 PM
Nk subsribe internet sebulan rm130 pun tak mampu namun gigih ko membiak kan
Quote chetimor 26-3-2020 04:59 PM
aku cikgu sekolah siap download nota & kuiz lagi kat anak murid aku di google classroom tu.. invite sesorang by email... cikgu yg cari anak murid plak huhu
Quote missycutie 26-3-2020 05:22 PM
Ytl offer 40GB data free n free card.

Okey, ini bagus. YTL beri DATA INTERNET PERCUMA sebanyak 40gb. Banyakkk tu.

Boleh anak-anak guna untuk belajar secara online, submit kerja rumah dan sebagainya. Jangan buat tengok drama Korea dan main TikTok pula.

Siapa yang akan dapat? Semua murid sekolah kerajaan Malaysia. Ibu bapa hanya perlu register dan buat permohonan.

Klik link di bawah untuk mohon Free 40GB data & Sumber Pembelajaran untuk semua murid sekolah kerajaan. Ibubapa boleh mohon sekarang di :

https://shop.yes.my/shop/onlineSaleRegister.do?itemCode=100358Y

Hanya perlu masukkan ic parents dan kemudian masukkan details lain yang diminta.

Manfaatkan sepenuhnya ya kemudahan percuma ini. War-warkan juga pada orang lain biar semua tahu dan ambil peluang ini segera.

Terima kasih YTL atas usaha murni ini.

#stayathome
#MFS

T.me/MohdFadliSalleh
Quote Artemesiaa 26-3-2020 05:32 PM
Budak2 mana faham kesusahan orang tuanya.  Dah ada data digunakanya pulak untuk benda lain sampai habis, tu belum lagi yang cuba2 curi wifi jiran.  Kan dah menganggu jiran nak wfh.  Negara kita bukan semua tempat ada kemudahan wifi percuma.  Bila berlaku wabak macam sekarang ni nak belajar atas talian pasti akan ada masaalah kalau mereka bukan dari keluarga berkemampuan.
Quote imransulaiman 26-3-2020 05:56 PM
Kalau betul untuk beli data, minta terus topupkan masuk henfon.. Jangan bagi cash.

Entahlah...belum pun 31MAC dah bermacam perangai wujud!
Quote dewimalam78 26-3-2020 06:13 PM
Ada juga parents yg tak update dgn perkembangan it.
Mcm pakcik ai. Dia sibuk dgn warung roti canai...dia mana tau sgt psl pakej2 murah data ni.
Quote jiji85 26-3-2020 06:15 PM
cikgu kelas anak aku bagi link tp link x available..lepas tu asyik2 meremind dlm watsap group yg dia sendiri je yg boleh post.d personel watsap x reply.hehh..apa apa je la..
Quote Megikari 26-3-2020 06:57 PM
Sekolah anak i yg darjah 6 ada juga buat benda ni tapi tak diwajibkan. Siapa2 yg mampu sediakan internet n gajet utk anak boleh la join. Yang lain tu boleh je study buku teks or buat latihan kat buku mcm biasa.

Tapi sekolah anak i yang SBP memang wajibkan online classroom. Siap ada jadual n support group kat telegram lagi. So dari pukul 8 am sampai 4 pm memang dia menghadap laptop je la.
Quote akies 26-3-2020 07:21 PM
Kesian. Si bapa sanggup meminjam semata-mata nak bagi anak buat homework guna data Internet.

Tapi yang aku geram, ada juga yang family kedeks yang ampun. Hutang tak bayor alasan tkde duit.
Tapi anak kecik2 berhp bagai.
Ke hulu ke hilir pegang hp.
Grrr
Quote binipopeye 26-3-2020 07:45 PM
risiko bekerja sendiri... financial planning kene ade backup... xde bukak acct dgn kwsp lagi masak... tua mane nk cekau sara diri... dpt anak mengenang jasa untung laa... dpt xleh diharap yg pompuan kawin jd surirumah memang xde laa nk hulur2 kt parents...
Quote binipopeye 26-3-2020 07:46 PM
Edited by binipopeye at 26-3-2020 07:48 PM
anony-mous replied at 26-3-2020 04:35 PM
Amboi nak pnjam utk beli makanan ckp je lah. Ko nak download muvi apa smpai rm50??? Kalau celcom ada ...

khenss... yg keje sendiri kene hati2 time masak...
Quote gadogado 26-3-2020 07:46 PM
kesiannya...smoga keluarga tu dibukakan pintu rezeki dan anaknya menjdi orang bijak pandai membela family


ni yg aku geram ngan ank aku ni.org lain pyala berhutang..ni dh ada internet keje sekolah pn lmbat tgok
Quote Cumikucingku 26-3-2020 08:55 PM
Cikgu disuruh oleh org atasan...

Cikgu pun kalau boleh xnak pun bg keje yg perlu susah2 kan ibubapa beli data bagai...

Tp kalau cikgu tak ikut arahan org atas... hmmm... paham2 je la...

Jadi ibubapa pun jgn menggelabah sangat. Kalau rasa terbeban nak beli data ... suruh la anak ulangkaji belajar guna buku.... cikgu yg bijak takkan marah kalau budak tu tak siap...  

Cikgu din yg sibuk2 viralkan benda ni ko dah kenapa? Benda bole settle ko nak besar2 kan pulak...
Quote umbut 26-3-2020 09:39 PM
Edited by umbut at 26-3-2020 09:42 PM

Anak2 aku byk homework... bagus dari main game tgk tv... homework via email classroom....anak2 nak belajar.... jimat2 lah yg pki data... bukak dan save... jgn ko ber ig bagai

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.065981 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top