CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenazah Disyaki COVID-19 Nekad Dibawa Pulang, Takut Organ Diambil?

27-3-2020 10:34 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 8163| Komen: 20|Original author: Oleh: rikuren

Description: Kehilangan orang tersayang adalah perkara yang menyakitkan apatah lagi akibat wabak COVID-19 kerana jenazah mangsa tidak boleh diziarahi ahli keluarga terdekat atas faktor keselamatan dan hanya boleh ...
Kehilangan orang tersayang adalah perkara yang menyakitkan apatah lagi akibat wabak COVID-19 kerana jenazah mangsa tidak boleh diziarahi  ahli keluarga terdekat atas faktor keselamatan dan hanya boleh diuruskan oleh pihak kesihatan.


Namun, sebaliknya berlaku di negara seberang, Kolaka, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Keluarga pesakit enggan mengikuti kaedah pengurusan jenazah pesakit Covid-19 dan mengamuk mahu membawa pulang jenazah ke rumah yang masih terbungkus dengan plastik menggunakan kenderaan peribadi.


Loading FB Post...

Sebaik tiba, ramai sanak saudara dan jiran tetangga telah menanti jenazah yang dibawa dari hospital. Plastik yang membaluti mayat dibuka dan orang ramai yang berkumpul mencium jenazah tersebut.


Kredit foto: Facebook Rita Maria


Memetik laporan RCTI, pesakit berusia 34 tahun itu, baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah pertengah Februari lalu. Kemudian belia mengalami demam panas dan sesak nafas sebelum dirawat di Rumah Sakit Bahteramas Kendari sebelum disahkan meninggal dunia.

Pesakit telah menjalani uji saringan COVID-19, namun keputusan ujian masih belum diperolehi.


Bagaimanapun, bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh di Instagramnya berkongsi info berbeza. Menurutnya kerana terlalu ramai pesakit, waris diminta menguruskan pengebumian dengan mengikut kaedah pengurusan jenazah yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Tetapi, suami dan ahli keluarga ingkar arahan tersebut dan menguruskan jenazah mengikut kaedah biasa dengan alasan untuk memastikan semua organ ada dan tidak diambil pihak hospital.



Walaupun mempunyai dua versi cerita berbeza, yang pasti tindakan membuka plastik jenazah tersebut akan merisikokan penduduk di kawasan tersebut dijangkiti COVID-19.

Menakutkan betul. - CARI
2

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jajanpedas 27-3-2020 10:45 AM
bile sel-sel otak takberhubung..dah tu mnyusahkan org lain..tp lantak la kan sbb dorang same2 baghal..ckp byk pun tak guna..urmmm.
Quote batusembilan 27-3-2020 10:49 AM
doakan lh semoga mereka tu terlindung drpd covid-19.

mmg sedih marah dan rasa x masuk akal. tp doakan lh mereka yg baik2.
Quote msdummy.2018 27-3-2020 11:36 AM
Yang penting,  tolong buat sekatan tuk diaorg ni hokey..jgb lobos2 xnk kuarantin...
Quote damsel_fiji 27-3-2020 11:38 AM
bersyukur sgt dok kt malaysia time2 gini
Quote Lengkong 27-3-2020 11:51 AM
Menakutkan..


Quote epuepy 27-3-2020 12:00 PM
Ohmai.. Dia punye bebal tu mmg pekat! X campur air langsung.
Xde makna wei hospital nk Amik organ segala. Dh penuh bersarang virus kot.
Quote MarryPottet 27-3-2020 12:11 PM
Innalillah.....
Moga keputusan ujian covid Allahyarhamah -ve dan semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau.

Harap pihak berkuasa perketat kawalan di lubang2 tikus seluruh negara. Time gawat begini dibimbangi PATI indon (esp yg dah biasa masuk secara haram) lagi galak menyelinap masuk ke dalam negara dan bawak masuk virus sekali. Kang ada pulak kluster PATi indon. Lagi haru. Naudzubillahimindzalik
Quote Leonclay 27-3-2020 12:14 PM
Adoi..blh pulak cium jenazah..harap lps blk tu cepat2 la mandi..
Moga jenazah tu -ve la..susah deal dgn ignorance
Quote vee_zara 27-3-2020 12:24 PM
Nak buat mcm mana. Kurangnya ilmu, padahal kalau kat korea utara takde terus plastik steril tu agaknya. Depa p bakar terus.
Quote tripleid 27-3-2020 12:32 PM
TAkziah in advance kpd bakal2 arwah yg mngerumuni mayat tsebut
Quote Rogue98 27-3-2020 12:34 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Siapa ye yang meninggal tu sebab ramai betul yang meratapi pemergian arwah.
Pelik..pihak hospital boleh benarkan terus jenazah di awal balik. Syukur Malaysia masih lagi strict hal2 jenazah ni.
Quote tripleid 27-3-2020 12:35 PM
Edited by tripleid at 27-3-2020 12:42 PM

Dah ala2 cite bed time story zman purbakala gituh..satu kampung pupus sbb amukan makhluk halus drpd mayat mnyerang penduduk kg
Quote MissVixen 27-3-2020 12:37 PM
Thread ni dah ada.
Nilah jadi kalau paranoid dan bodoh... Siapa nak curi organ pesakit covid oiii.
Quote Orix 27-3-2020 01:10 PM
Bak kata sorg porumer tu, takziah in advance la {:smile
Quote Bholatchomel 27-3-2020 02:45 PM
Lepas tu nnt satu kg kena covid jgn salahkan hospital.
Quote amyza 27-3-2020 02:56 PM
Ramai pulak laki2 keliling jenazah tu. Mahram dia ke? Simtom2 covid dalam masa 14hari. Bertabah lah semua.
Quote epuepy 27-3-2020 03:35 PM
Haish. Rasa nk je sanitize bangsa ni punye otak. Virus melekat sampai otak. Tu yg xleh nk ckp apa dah. Bebal
Quote supernaturalee 28-3-2020 03:06 AM
Motip nk ambik organ yg tercemar virus
Frontliner pun jgn2 xnk buat pun post mortem

Klu ye pun takat ambik tisu utk kaji sample je

Alhamdulillah kita xhidup dlm circle this type of people
Syukur sgt2


Quote ayra.e 30-3-2020 04:30 AM
Diorang ni kalau ad kematian memang nk kene meratap menjerit ke?
Ad tengok post kt fb.mcm org xde iman. kesian si mati.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.114956 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top