CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pergi Rumah Kawan Nak Bagi Resipi" Lelaki Ditahan Bagi Alasan Pelik Ketika PKP

30-3-2020 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3726| Komen: 23

Description: Seramai lima individu ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) menerusi dua tangkapan di pusat pentadbiran persekutuan, Putrajaya semalam.Memetik laporan Berita Harian, kesemua yang ...
Seramai lima individu ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) menerusi dua tangkapan di pusat pentadbiran persekutuan, Putrajaya semalam.

Memetik laporan Berita Harian, kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 34 tahun direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Difahamkan, kes pertama membabitkan dua lelaki dikesan melakukan kesalahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Lebuh Sentosa, Presint 7 pada jam 2.50 petang.

Gambar hiasan. Kredit foto: Bernama


Malah menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata alasan yang diberikan tidak munasabah, mahu pergi ke rumah rakan untuk memberikan resipi.

Manakala, tangkapan kedua membabitkan tiga pelajar antarabangsa universiti swasta iaitu wanita warga Djibouti dan dua lelaki asal Kenya dan Sudan dalam SJR di Presint 14 pada jam 5.50 petang.


Mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang asal dan hanya dapat menunjukkan salinan.

“Pelajar berkenaan memberikan alasan tidak munasabah kerana mahu ke rumah rakan untuk mengambil wang dan selepas diarahkan berpatah balik mereka memberi pelbagai alasan sebelum ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.”

“Tiga pelajar itu ditahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah dan melanggar perintah PKP,” katanya.- CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 30-3-2020 03:31 PM
Tak bole ke kasi alasan lebih logik..
Hehe
Quote sarah82 30-3-2020 03:33 PM
Apa guna wasap dan telegram
Quote orgsepang 30-3-2020 03:34 PM
Dah paniklah tu.
Quote KIM.K 30-3-2020 03:37 PM
Bak sini nak tengok resepi tu
Quote dubuk 30-3-2020 03:51 PM
resepi berkasih lah tu
Quote Skuau 30-3-2020 03:53 PM
"Kalau nak temberang pon..biarlah yg possible"-Re(laksamana Do Re Mi)
Quote CiliPadiSedap 30-3-2020 03:55 PM
setakat resipi apam polkadot inti bubble tea hanya akak sorang tahu xperlu nak ciplak claim cm indon
Quote Catpaw 30-3-2020 04:00 PM
Kena tahan nak lepas pkp ni berejam wei... baiklah duk rumah kalau takda urusan sekadar queue ngabihkan minyak bawah rm1.50
Quote MsKathryn 30-3-2020 04:06 PM
X logik pya alasan
Quote gummiebear 30-3-2020 04:14 PM
Sebelum keluar rumah tu patut dah pikir apa alasan nak bagi. Ni bila dah kena tahan mula panik pastu alasan tah pape
Quote sapeka 30-3-2020 05:19 PM
Kawan ko x pandai google ke dik?
Quote L211 30-3-2020 05:21 PM
nak bagi resepi ke nak buat dadah or nk dajalkan org..
Quote Leonclay 30-3-2020 06:36 PM
Tak boleh ke duk umah diam2..bdk2 pn pandai..kt luar ada coronavirus {:dot
Quote ninjago 30-3-2020 06:42 PM
hhahahahhaha.. dapat bayangkan ATM ngan polis pening kepala dengar alasan sensorang. balik mesti jam otak nak hadam
Quote minahsenget 30-3-2020 07:11 PM
hihihi merepek
Quote Austranesia 30-3-2020 07:18 PM
waktu petang pon kena tangkap? yg pegi hantar resepi tu berkumpulan ke?
Quote any42 30-3-2020 07:23 PM
amboi rahsia btul resepi tu kna hntar by hand.
Quote Rahah 30-3-2020 10:01 PM
Bagi resepi? Adoi... alasan apa ni... sebelum ni siram pokok bunga kat opis...
Quote Manjahati 30-3-2020 10:04 PM
Memang mendapatlah kan... alasan entah apa2 gitu. Mmg patut pun kena tahan

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.085761 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top