CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Aishah, Pengarah Serta Kru Produksi Drama Positif Covid-19

8-4-2020 10:14 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 49049| Komen: 451|Original author: Oleh: Straya

Description: Memetik laporan Harian Metro semalam, pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif jangkitan Covid-19. Berita yang tidak dijangka itu disahkan oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi Instagram.

Kredit foto: IG

Memetik laporan Harian Metro semalam, pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif jangkitan Covid-19. Berita yang tidak dijangka itu disahkan oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi Instagram.



 

"Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuh. Dia baru menghantar mesej mengatakan dia positif Covid-19 sejam yang lalu. Mohon doakan dia supaya cepat sembuh ," tulis Iman Tang mengenai Puteri Aishah. Puteri Aishah baru sahaja pulang dari Scotland selepas menjalani penggambaran drama Demi.


Sementara itu, pengarah drama Demi, Rahila Ali dan beberapa kru produksi juga dilaporkan positif Covid-19 selepas kembali dari Scotland. 


Rahila berkata, dia bersama kru dan pelakon yang tiba di tanah air pada 31 Mac lalu diarahkan untuk menjalani kuarantin diri, terasing daripada orang lain dan keluarga.


"Buat masa sekarang, saya dan kru lain masih menunggu keputusan laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa boleh dikatakan, saya dan beberapa kru disahkan positif", katanya yang sedang menunggu untuk ujian saringan kedua.


Menurut Rahila lagi, mereka tidak ada simptom seperti demam dan sebagainya. 


"Apa yang penting sekarang, doakan kami segera sembuh


"Terlalu banyak cerita dan fakta salah yang tersebar mengenai kami hingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga masing-masing. Apabila laporan penuh sudah keluar, saya akan kongsikan," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, dia bersama18 kru termasuk pelakon berlepas ke Scotland pada 9 Mac iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan terpaksa menghentikan penggambaran untuk kembali ke Malaysia selepas diarahkan berbuat sedemikian. 


Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.



Moga Puteri Aishah dan kru produksi drama ini segera sembuh daripada Covid-19 dan semua urusan dimudahkan. - CARI

1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 7-4-2020 08:50 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B-rV1Z3jUtb/[/ig]




Quote MatDeghem 7-4-2020 08:51 PM
Selepas PU Riz, pelakon Puteri Aishah menjadi artis kedua disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

"Dia baru disahkan positif Covid-19. Tolong doakan dia supaya cepat sembuh," tulis Iman.

Difahamkan Puteri Aishah baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.

Pelakon itu bersama beberapa kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas.
Quote slyfynx 7-4-2020 08:58 PM
Pelakon itu bersama beberapa kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas.


Hmmmm...
Quote kiah_mai_pulak 7-4-2020 09:00 PM
kesiannn... nk hencap tp,,,,,. i gelabahkan tekssss lu japp
Quote lostnfaun 7-4-2020 09:00 PM
Saja cari penyakit production nie...
Quote munchkin 7-4-2020 09:04 PM
Masa upload gambar berlagak kan puak puak ni.
Quote EvieWanKenobi 7-4-2020 09:06 PM
sendiri ambik risiko pastu mintak doa orang?
Quote adelea 7-4-2020 09:07 PM
munchkin replied at 7-4-2020 09:04 PM
Masa upload gambar berlagak kan puak puak ni.

there are insider story ,
not her fault ..
i follow citer team drama #Demi ni closely

speedy recovery puti
Quote dudaberhias 7-4-2020 09:10 PM
bang red sofa tak tolong kerr?
Quote dudaberhias 7-4-2020 09:11 PM
MatDeghem replied at 7-4-2020 08:51 PM
Selepas PU Riz, pelakon Puteri Aishah menjadi artis kedua disahkan positif Covid-19.

Perkara itu  ...

kesian, team production punya pasal, ramai je artis yang production tak nak cancel trip or shooting,
last2 bila artis buka mulut macam nabila huda baru menggelupur hentikan shooting.
Quote ctnorenjoy 7-4-2020 09:12 PM
adelea replied at 7-4-2020 09:07 PM
there are insider story ,
not her fault ..
i follow citer team drama #Demi ni closely

Kaka adel, mohon share... Msti mcm2 konflik sblm & masa kt sana
Quote naina 7-4-2020 09:15 PM
so retis2 lain yang sama shooting pon kena test jugaklah dan kuarantin. hope dorang kuarantin diri lah
Quote nazzse 7-4-2020 09:16 PM
Bukan team ni ke yakim pergi sana wlpun malaysia dah nak start pkp..habislah satu team infected
Quote babysolaris 7-4-2020 09:23 PM
dudaberhias replied at 7-4-2020 09:10 PM
bang red sofa tak tolong kerr?

hihihihihiiiihhihihi
Quote kekekek 7-4-2020 09:28 PM
Bukan dia sorang jer kena, pengarah dengan kru-kru sekali positif.
Quote babycc 7-4-2020 09:28 PM
Jgn lah ada cluster baru dr scotland pulak..
Quote babycc 7-4-2020 09:30 PM
kekekek replied at 7-4-2020 09:28 PM
Bukan dia sorang jer kena, pengarah dengan kru-kru sekali positif.

Ben amir ok x?
Quote tiesza169 7-4-2020 09:30 PM
Wow... Ramai tu...
Quote bedahmenjuyah 7-4-2020 09:30 PM
adelea replied at 7-4-2020 09:07 PM
there are insider story ,
not her fault ..
i follow citer team drama #Demi ni closely

Cer citer cer citer

Lihat semua komen(451)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.148253 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top