CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKP Pun Penjawat Awam Sempat Buat Parti Liar

15-4-2020 09:41 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 3839| Komen: 17|Original author: Oleh: top5complete

Description: Kerajaan sudah memberi arahan untuk semua rakyat Malaysia 'berkurung' di rumah supaya rantaian covid-19 ini dapat diputuskan dalam masa terdekat. Namun, masih ada golongan yang keras kepala.
Kerajaan sudah memberi arahan untuk semua rakyat Malaysia 'berkurung' di rumah supaya rantaian covid-19 ini dapat diputuskan dalam masa terdekat. Namun, masih ada golongan yang keras kepala.


Foto: Harian Metro

Memetik Harian Metro, 34 individu ditahan ketika leka berhibur dalam sebuah parti liar di dua apartment berasingan di Johor Bahru dan Masai pada malam Sabtu dan Ahad.


Foto: Harian Metro

Lebih mengejutkan, dua penjawat awam antara 34 individu yang dicekup mengadakan parti liar sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Hasil serbuan yang dilakukan selama dua hari berturut-turut, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan 23 lelaki dan 11 wanita berusia antara 17 hingga 31 tahun

"Hasil ujian air kencing mendapati seramai 20 lelaki dan lapan perempuan yang ditahan itu positif dadah ketamin, malah siasatan mendapati mereka bukan penghuni di dua apartmen, selain gagal memberikan alasan munasabah untuk berkumpul," kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.


Foto: Harian Metro

Seramai enam suspek disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala yang positif dadah akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Foto: Harian Metro

Nampaknya, kemungkinan PKP untuk dilanjutkan amatlah tinggi disebabkan golongan keras kepala seperti ini. Tolonglah dengar arahan pihak berkuasa dan jangan rumitkan keadaan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 15-4-2020 09:44 AM
Eh..banyaknyaa parti..
Quote shernazz 15-4-2020 09:48 AM
Iols suka parti
Parti tupperware.
Quote bulalof 15-4-2020 09:51 AM
the new millenials. stupid as F??K.
Quote misuke 15-4-2020 09:57 AM
amboi tajuk pun mengundang sgt... penjawat awamnya 2 org je punnnnn... cobaan nak mengundang makian kpd penjawat awam kah
Quote minah_selekeh 15-4-2020 10:42 AM
Penjawat awam tu kalau termasuk dalam yang positif dadah, better buang je.. Merosakkan imej pegawai awam..
Quote nikaido 15-4-2020 10:50 AM
minah_selekeh replied at 15-4-2020 10:42 AM
Penjawat awam tu kalau termasuk dalam yang positif dadah, better buang je.. Merosakkan imej pegawai  ...

Kalau penjawat awam positif dadah, memang confirm buang. Takde toleransi bab dadah
Quote minah_selekeh 15-4-2020 10:52 AM
nikaido replied at 15-4-2020 10:50 AM
Kalau penjawat awam positif dadah, memang confirm buang. Takde toleransi bab dadah

Haa.. Bagus sangat la macam tu..
Quote tagas 15-4-2020 10:58 AM
menggeluporrrr
Quote hiswife 15-4-2020 11:03 AM
misuke replied at 15-4-2020 09:57 AM
amboi tajuk pun mengundang sgt... penjawat awamnya 2 org je punnnnn... cobaan nak mengundang makian  ...

Kann.. Ingatkan semua tu penjawat awam
Quote RatuDunia94 15-4-2020 11:10 AM
misuke: amboi tajuk pun mengundang sgt... penjawat awamnya 2 org je punnnnn... cobaan nak mengundang makian kpd penjawat awam kah


Bahasa media mmg mcm tu. Dia akan highlite apa yg boleh trigger org kat tajuk. Contohnya "Janda anak 5 ditipu scammer africa" walhal boleh je tulis "wanita ditipu scammer africa"
Cuba kalau tajuk berita ni "sekumpulan lelaki dan wanita sempat buat parti liar". Beritanya akan jd hambar..
Quote any42 15-4-2020 11:18 AM
wah yg mcm tgh lena mmeluk bntal bak puteri beradu tu msti xsedar ape kna rush ek
Quote weezerfan 15-4-2020 11:19 AM
Melayu ke? Bodohnyaaaaa
Quote Leonclay 15-4-2020 04:25 PM
Johor kn byk jugak kes..ni semua nk mengundang covid..patut tulis parti jemputan covid {:run
Quote akusukaq 15-4-2020 04:29 PM
hiswife replied at 15-4-2020 11:03 AM
Kann.. Ingatkan semua tu penjawat awam

hampir semua tu puak sepet khenn . yg dua orang tu plk yg dihebahkan , rba la sgt
Quote qicki 15-4-2020 04:35 PM
amboiiii tajuk.....aku ingatkan penjawat awam anjurkan parti liar sesama dorang
Quote af_mania 15-4-2020 07:08 PM
Mintak lppsa tangguh bayaran ujung2 beli dadah
Quote af_mania 15-4-2020 07:10 PM
RatuDunia94 replied at 15-4-2020 11:10 AM
Bahasa media mmg mcm tu. Dia akan highlite apa yg boleh trigger org kat tajuk. Contohnya "Janda  ...

Sama juga kalau ahli politik yg dibenci.. diorang akan guna gambar yg paling hodoh. Mcm takda gambar lain.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.165800 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top