CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tampar Jururawat Kerana Disuruh Pakai Topeng

14-4-2020 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5099| Komen: 24

Description: Bukan saja ditampar, malah seorang jururawat diugut bunuh hanya kerana menegur seorang lelaki tidak memakai penutup mulut dan hidung di Jawa Tengah.
Bukan saja ditampar, malah seorang jururawat diugut bunuh hanya kerana menegur seorang lelaki tidak memakai penutup mulut dan hidung di Jawa Tengah.

Sebaik menerima laporan dibuat jururawat terbabit, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun.


Kompas melaporkan, kejadian berlaku ketika suspek berada di Klinik Pratama Dwi Puspita bersama bagi mendapatkan rawatan untuk anaknya yang demam pada Khamis lalu.


Kredit foto: KOMPAS.com

Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun mengingatkan lelaki itu supaya memakai penutup mulut dan hidung ketika membuat pendaftaran bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

Jururawat itu menjelaskan, doktor tidak akan melayan pesakit mahupun keluarganya jika tidak memakai topeng muka menyebabkan suspek marah-marah sebelum menampar mangsa.

"Habis marah-marah, dia (suspek) mengancam akan membunuh atau memenggal kepala saya jika bertemu di jalan," kata jururawat itu.


Pada sidang media semalam, suspek mengaku bersalah menampar jururawat berkenaan kerana diminta memakai topeng.

Katanya, ketika kejadian dia tidak dapat mengawal emosi kerana khuatir dengan keadaan anaknya yang demam dan mengalami batuk-batul. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 14-4-2020 06:31 PM

Nak kata ada darah tinggi -- rambut elok pendek tersusun rapi.  Takkan pasal anak batuk ko tampar nurse awang dogol weh!
Quote Artemesiaa 14-4-2020 06:49 PM
Baran tak tentu arah kan dah mendapat
Quote any42 14-4-2020 07:09 PM
time2 mcm ni pun nk mngikut baran. pkerja ksihatan pun stress jgk oi bkn ko sorang.
Quote Knowlee 14-4-2020 07:10 PM
Bangang nya. Patut lepas tampar tu, doktor cucuk dia dgn racun bagi mampus terus.
Quote Tinot7 14-4-2020 07:13 PM
Kalau dgn misi pun tangan ringan, kat umah camne ye?
Quote bizsari 14-4-2020 07:18 PM
Edited by bizsari at 14-4-2020 03:25 AM

mohon kerajaan bekalkan COTA utk jururawat
supaya bila kena tampar

bolehlah ketuk terus kepala sipenampar tu.

Quote merrissa 14-4-2020 07:20 PM
masuk penjara..lps tu kene covid....scarynyaaa....
Quote GigaMom 14-4-2020 08:01 PM
Keluar perangai sekor2 masa pkp
Quote slavehunter 14-4-2020 08:02 PM
Harap2 Nurse tu tampar balik.
Quote hiswife 14-4-2020 08:08 PM
Lepas kena tangkap terus menunduk tawadhuk je gaya
Quote cicicumel 14-4-2020 08:12 PM
nurse lalaki mungkin
Quote Manjahati 14-4-2020 08:22 PM
Dasar x sedar diri
Quote i_is_kennot 14-4-2020 08:39 PM
Dasar baran, otak cetek!!  Tempelengg ja balik
Quote nefnefnef 14-4-2020 08:39 PM
Bertabahla nurses dapat patient tak pikir panjang gini. Semak!
Quote Nes3in1 14-4-2020 08:40 PM
Selayaknyalah...
Quote sapeka 14-4-2020 09:11 PM
Adan uke
Ada ke yang simpati?
Quote Grose 14-4-2020 09:11 PM
Tinot7 replied at 14-4-2020 07:13 PM
Kalau dgn misi pun tangan ringan, kat umah camne ye?

rumah pakai kaki dear....

haaaaaaaaaaaa
Quote Kurex 14-4-2020 09:18 PM
Leluhur ni memang aku tak terkejut pun
Quote Putriputeh 15-4-2020 01:36 PM
pelik2 je perangai

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.128123 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top