CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peluk Islam Penangan Suara Siti Nurhaliza

19-4-2020 10:10 AM| Diterbitkan: aarsyad93| Dilihat: 10460| Komen: 49|Original author: Oleh: Amir Arsyad

Description: Kredit Foto: You TubeBaru-baru ini, Siti Nurhaliza yang dikenal sebagai Voice of Asia telah digelar sebagai 'Permata Nusantara' oleh seorang warga You Tube selepas video beliau mendendangkan cover Ais ...
Foto Kredit: Siti Nurhaliza Offical



Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Voice of Asia telah digelar sebagai 'Permata Nusantara' oleh seorang warga YouTube dari negara jiran selepas video beliau mendendangkan cover Aisyah Istri Rasullulah menjadi tular.


Foto Kredit: YouTube

Video tular itu telah mencatat 1,960,515 tontonan sejak dimuat naik pada 10 April lalu (ketika artike ditulis). Jangan tak percaya, mat saleh pun hanyut mendengar suara lemak merdu Siti Nurhaliza.



Lebih mengharukan lagi, seorang peminat beliau telah berkongsi pengalaman bagaimana cover Siti telah memberi kesan terhadap dirinya.

Terharu dan tersentuh dengan bait-bait lirik dan melodi nyayian Siti, dia yang hanya dikenali sebagai 'sakit hati kite' telah memeluk Islam.



Foto Kredit: YouTube


"Saya minat CTDK (Siti) sejak mendengar lagu ini. Sudah tiga hari saya memeluk Islam.

"Saya bertanya kepada ustaz, adakah lagu ini punca saya memeluk Islam. Ustaz menjelaskan, lagu nyanyian CTDK hanyalah asbab saya memeluk Islam.

"Allah salurkan hidayah melalui keindahan maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK.

"Semoga saya terus kuat mencintai nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK,"
katanya di ruangan komen.

Warga maya turut berkongsi rasa syukur dan gembira. Mereka teruja di atas penghijrahan saudara baru ini. Ruang komen balas dia telah dibanjiri kata-kata semangat dan ucapan syukur.


Foto Kredit: YouTube

Malaysia patut berbangga memiliki permata seindah Siti Nurhaliza. Apa pendapat anda? - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 19-4-2020 10:15 AM
mana mungkin. suara perempuan itukan aurat haram dialun-alunkan
Quote Xim 19-4-2020 10:39 AM
Orix replied at 19-4-2020 10:15 AM
mana mungkin. suara perempuan itukan aurat haram dialun-alunkan

Eh eh...tau hukum rupenye...ingtkn arak je confirm halal utk covid bak kate ko
Quote noor2 19-4-2020 10:54 AM
Aku puja talent. ..bukan puja CT.....suara CT untuk lagu ni sangat sedap didengar. ....tu je akak nk cakap....
Quote Orix 19-4-2020 11:03 AM
Xim replied at 19-4-2020 10:39 AM
Eh eh...tau hukum rupenye...ingtkn arak je confirm halal utk covid bak kate ko

bergosip pun haram
Quote dudaberhias 19-4-2020 11:18 AM
Alhamdulilah, dengar kata ada juga kpop fans yang peluk islam sebab dengar lagu BTS dan Lady Gaga...
Quote Lengkong 19-4-2020 11:30 AM
Alhamdulillah

Quote capiloton 19-4-2020 11:32 AM
ada exchange student dari Jepun jumpa aku kat opis,
untuk urusan registration di kampus,
aku try borak2 dengan aweks jepang nih, w'pun english dia limited.
dia kata nak try belajar bahasa malaysia,
aku recommend kat dia, kalau nak cepat pandai, boleh belajar dari lagu2 melayu.
aku recommend beberapa nama penyanyi malaysia, dia tak paham.
lepas tu dia hulur phone dia kat aku,
aku tunjukkan kat dia channel lagu Siti kat Spotify.
lepas tu dia tunjuk kat kekawan yang tengah duduk tunggu reramai.

kalau korang ada kekawan foreigner,
tunjuk jer channel Siti kat youtube or Spotify.
pasti ternganga dengar suara Siti

btw, my feveret song from Siti. lagu yang penuh kesenian tahap tinggi.

[youtube]W0-IargmVww[/youtube]


Quote Tinot7 19-4-2020 11:49 AM
Siti mmg pandai menyanyi
Quote hyie 19-4-2020 11:54 AM
dudaberhias replied at 19-4-2020 11:18 AM
Alhamdulilah, dengar kata ada juga kpop fans yang peluk islam sebab dengar lagu BTS dan Lady Gaga...

BTS n lady gaga pon ada cover lagu Aishah isteri Rasulullah jugak ke sister? mesti merdu gitu
Quote dudaberhias 19-4-2020 11:57 AM
hyie replied at 19-4-2020 11:54 AM
BTS n lady gaga pon ada cover lagu Aishah isteri Rasulullah jugak ke sister? mesti merdu gitu :lov ...

entah ler uolsss.... rasanya lagu yang menjadikan asbab hidayah tu adalah poker face dan bts boys in luv... sungguh merdu lagunya gittew... iols pun baru dengar kat youtube balik nak recall lagu poker face macam mana.. rasa macam dapat hidayah untuk ke kelab malam balik menari2 macam mv tu...
Quote hyie 19-4-2020 12:11 PM
dudaberhias replied at 19-4-2020 11:57 AM
entah ler uolsss.... rasanya lagu yang menjadikan asbab hidayah tu adalah poker face dan bts boys  ...

Alhamdulillah sustherrr...semoga istiqomah yach
Quote GigaMom 19-4-2020 01:15 PM
Orix: mana mungkin. suara perempuan itukan aurat haram dialun-alunkan


Mana bukti hadis suara itu aurat kata @nolya
Quote Sazida 19-4-2020 01:36 PM
capiloton: ada exchange student dari Jepun jumpa aku kat opis,untuk urusan registration di kampus,aku try borak2 dengan aweks jepang nih, w'pun english dia limit ...


Iols pun minat lagu ni., mcm2 loghat ada., terbaik pakngah
Quote RatuDunia94 19-4-2020 01:39 PM
dudaberhias replied at 19-4-2020 11:57 AM
entah ler uolsss.... rasanya lagu yang menjadikan asbab hidayah tu adalah poker face dan bts boys  ...

Sebenarnya lagu Poker Face tu sendiri menceritakan tentang syaitan yang selalu menggoda anak adam ke lembah neraka. Syaitan ni diibaratkan sebagai Poker Face dimana manusia akan mudah terpengaruh dgn kekeliruan emosi dan perasaan dlm diri mereka. Manusia tidak dapat membaca dan menilai pengaruh "Poker Face" yg dilakukan oleh syaitan. Jadi mereka yg mendengar lagu ini akan cuba mencari jawapan dan kembali mencari fitrah dlm kehidupan. Maka mereka bertemu dgn agama Islam.

Sementara lagu Boy With Luv itu menceritakan tetang sosok seorang lelaki yang sentiasa mendampingi cintanya. Cinta itu universal ada cinta pada ibu bapa, ada cinta pada kekasih, ada cinta pada Tuhan. Dan "Boy" iaitu lelaki yg diceritakan dlm lagu tersebut memberi inspirasi kepada penderngar2 untuk mencari cinta sejati iaitu Tuhan Allah yg satu.
Quote salamon 19-4-2020 03:28 PM
lagu aishah nyanyian sabyan tu mmg mirip benar lgu aishah nyanyian projecter band cuma ditukar irama nasyid jee
Quote aijinmisaki 19-4-2020 05:19 PM
Sure ke ni bukam hasanah?
Quote beta_carotene 19-4-2020 05:54 PM
RatuDunia94 replied at 19-4-2020 12:39 PM
Sebenarnya lagu Poker Face tu sendiri menceritakan tentang syaitan yang selalu menggoda anak adam  ...

haaagitchewww
Quote beta_carotene 19-4-2020 05:55 PM
overnya dek

komen hasanah kat youtube cmtu korg percaya ke

Quote Arry 19-4-2020 05:58 PM
menitik airmata akak dengar lagu ni...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059923 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top