CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Wanita Ditahan Kerana Maki Polis Tegur Main Mercun

15-5-2020 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7340| Komen: 67

Description: Tindakan tiga wanita menghamburkan makian terhadap polis membawa padah apabila mereka ditahan pasukan yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tindakan tiga wanita menghamburkan makian terhadap polis membawa padah apabila mereka ditahan pasukan yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik Harian Metro, dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Kerayong, Bera, jam 8.45 malam tadi, mereka didakwa memaki dan menghalang tugas polis yang menegur seorang daripada mereka kerana bermain mercun.



Gambar hiasan
Kredit foto: alhijrah online

Difahamkan, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 45 tahun terbabit mempunyai hubungan keluarga.

Menurut Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin, ketika kejadian seorang daripada suspek membaling mercun menyebabkan anggota bertugas berhenti di hadapan rumah tersebut.

Bagaimanapun, suspek berang apabila ditegur anggota supaya tidak meneruskan perbuatannya itu.

"Semasa itu, seorang wanita yang menaiki kereta Proton Waja tiba di perkarangan rumah, difahamkan terus memaki pegawai polis dengan perkataan kesat sebelum seorang lagi wanita keluar dari rumah dan melakukan perbuatan sama.


"Pegawai terbabit memberi nasihat kepada suspek untuk menghentikan perbuatan itu, namun mereka dikatakan enggan memberi kerjasama selain turut menghalang polis daripada melakukan tugas," katanya menerusi kenyataan media, hari ini yang dipetik dari BERNAMA.

Berikutan kejadian, semua suspek direman tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tambahnya, kes juga disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak lebih RM100 kerana mengeluarkan kata kesat. - CARI
4

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 15-5-2020 11:42 AM
adoiii.. perangaii.. ku sangkakan remaja.. tp masing2 dh dewasa dh tua pun.. boleh pulak perangai camtu..
Quote sarah82 15-5-2020 11:49 AM
Kan dah kena.. Padan mukaaaaaa
Quote JohnyEnglish 15-5-2020 11:52 AM
Perlu ka kita nak simpan lg rakyat mcm ni tuan2..mai sama2 kita pikiaq
Quote tri-max 15-5-2020 11:56 AM
stress dok umah kot, duit BPN da habis
raya tahun ni tak dapat sopink, bakar mercun plak kena tegur ngan pulis
mesti pulis ni jenis tak herlokkk rupa paras, klu mcm zul ripin musti acik2 insaf sambil gentel hujung rambut
Quote Dovahkiin 15-5-2020 11:56 AM
Satu je aku nak cakap. "Bangang tanpa sempadan".
Quote kelapaparut 15-5-2020 11:57 AM
bangsa ape ni, nmpk kg sgt perangai..
Quote cikmi 15-5-2020 11:57 AM
igtkn remaja..rupanya dh tua bangka
Quote Artemesiaa 15-5-2020 11:59 AM
Mendapat sudah mengalahkan kanak2 nak jugak naik mercun
Quote Tinot7 15-5-2020 12:01 PM
Tua2 bangka pun buat pangai mcm budak2
Quote paiayam 15-5-2020 12:04 PM
Perangaiiii. Orang cmni kadang dengan jiran pun tak baik ni, silap sikit makan makian ler. Tua ganyut dah pun main mercun lg, kene tegur dimaki pulak polis. Ee
Quote eyansss 15-5-2020 12:10 PM
soalan jujur...  kalau main bunga api n mercun poppop boleh ke?
Quote Themilo 15-5-2020 12:12 PM
iols memang geli sikit dengan sundel-sundel kampung yang hanyir ni.. selayaknya la ditangkap.. dah la kampung ceruk bera, biadap lak dengan polis..
Quote kilometrico 15-5-2020 12:17 PM
Vongok nye lahai
Polis tegur ko  stop la maen
Pas polis berlalu ko maen la lagi hahaha
Tpi merxun bola neh kuat dowh
Mmg saket tinge arr bunyinye
Rumah haku tetiap tahun wajib
Maen mercun poppop ngan bunga api jek
Quote ikanmasin 15-5-2020 12:20 PM
padan muka..saja lah tu kan ..mendapat lah..
Quote Kurex 15-5-2020 12:26 PM
Vuto lu!!!!
Quote PinkyPie 15-5-2020 12:46 PM
Tak pasal pasal je kena, disebabkan mercun.
Quote hiswife 15-5-2020 12:50 PM
Motep sgt maki2 polis. Period ke kak? Ko puasa ke tak?
Quote Megikari 15-5-2020 01:14 PM
Amboiii sedap maki hamun polis camtu. Ni mesti 1 family memang dibenci jiran tetangga. Boleh agak perangai macam hape
Quote nenekglamer 15-5-2020 01:16 PM
Polis untuk dicintai. Bukan untuk dimaki. Hehe

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.134491 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top