CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Larang Pesakit Buat Hubungan Seks Selama 30 Hari Lepas Pulih Covid-19

17-5-2020 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4677| Komen: 15

Description: Pesakit Covid-19 disarankan tidak melakukan aktiviti seksual selama 30 selepas sembuh daripada jangkitan, kata pakar.
Pesakit Covid-19 disarankan tidak melakukan aktiviti seksual selama 30 selepas sembuh daripada jangkitan, kata pakar.

New York Post melaporkan, amaran itu dikeluarkan selepas satu kajian di China mendapati selain air liur, air mani juga berpotensi membawa virus maut itu.


Lantaran itu, pakar di Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Veerawat Manosutthi menyarankan agar individu terbabit menunggu sekurang-kurangnya 30 hari sebelum melakukan sebarang aktiviti seksual.


Gambar hiasan
Kredit foto: NYPost

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) itu, mereka menjalankan ujian ke atas sampel air mani dari 38 pesakit Covid-19 di wilayah Henan yang dengan Wuhan, tempat di mana virus itu dipercayai mula tersebar.

Hasil kajian, mereka mengesan virus berkenaan masih wujud dalam air mani enam daripada pesakit terbabit.

Berikutan itu, pesakit yang telah sembuh disarankan mengambil langkah berjaga-jaga walaupun tiada kepastian sama ada Covid-19 boleh menular melalui hubungan intim.

Veerawat juga menyarankan penggunaan kondom jika mahu melakukan hubungan seksual selepas 30 hari pulih dari jangkitan Covid-19. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 16-5-2020 09:12 PM
Bertabah la.....kasi rehat skit bawah tu.
Quote Ed_Lyn 16-5-2020 10:09 PM
Virus dalam air mani
AFP

PEKERJA kesihatan memeriksa sampel ujian pesakit bagi Covid-19 di rumahnya di Colombian. FOTO AFP
Washington: Saintis di China mengesan koronavirus ditemui dalam sampel air mani pesakit lelaki yang dijangkiti wabak Covid-19.

Namun, menurut mereka, kajian lanjut diperlukan bagi memastikan sama ada virus itu boleh dipindahkan menerusi hubungan seksual.

Kajian sekumpulan doktor di sebuah hospital perbandaran Shangqiu di wilayah Henan itu membabitkan 38 pesakit lelaki yang dijangkiti wabak itu berusia 15 hingga 50 tahun.

Daripada jumlah sampel itu, enam daripada mereka diuji positif Sars-CoV-2 yang turut dikesan di dalam air mani masing-masing.

Penyelidik itu mengakui, kajian lanjut diperlukan bagi melihat sejauh mana hubungan seksual boleh menyebarkan virus itu berikutan penemuan itu masih awal dan hanya membabitkan saiz sampel terhad.

"Kajian mendalam diperlukan untuk mendapatkan maklumat terperinci waktu bertahan dan konsentrasi dalam air mani.

"Jika benar terbukti Sars-CoV- 2 boleh dipindahkan menerusi hubungan seksual, mungkin langkah pencegahan lebih sukar.

"Elak atau pakai alat pelindungan kondom mungkin boleh dipertimbangkan sebagai langkah pencegahan bagi pesakit," kata pasukan penyelidik itu.

Kenyataan itu dipetik menerusi kajian mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (Jama).
Quote msxx 16-5-2020 10:27 PM
Biasanya nk kawin wajib buat hiv test, skarang kena tambah covid 19 test pulak nmpk gayanya selagi x jumpa vaksinnya.
Quote Suchi 16-5-2020 10:45 PM
Ya Allah igtkan cecair dr mulut/hidung ja sampai dlm air mani pun ada ye.

Sakit ni dah mcm satu hukuman plak,menakutkan sekurangnya hiv boleh lagi peluk2 dan bersentuhan.
Covid 19 dah sembuh pun mesti org lain takut2 nk duk dekat.

Quote sukacactus 16-5-2020 11:38 PM
Eh tetiba teringat kat pelakon ashraff muslim
Dah la shooting oversea sebulan lbh
Balik dah kena covid dok spital
Pastu dah sihat dia sdr minta sambung plak kuarantin kat spital tu
Uishhh! Berapa lama dia & isteri2nya puasa
Quote RatuDunia94 17-5-2020 11:37 AM
Alah bini berpantang elok je boleh tahan..
Quote Nahnukutu 17-5-2020 11:49 AM
RatuDunia94 replied at 17-5-2020 11:37 AM
Alah bini berpantang elok je boleh tahan..

Kena campur masa kuarantin. Kena pulak yang simptom ringan.

Bukan semua orang punya daya kesabaran yang tinggi
Quote Artemesiaa 17-5-2020 11:53 AM
Nampaknya satu demi satu masaalah timbul mengenai mereka yang terkena covid19 ni
Quote totokreturn. 17-5-2020 11:54 AM
SOALAN: Adakah selepas dijangkiti covid19 dan sembuh sepenuhnya, alat reproduksi anda dapat beroperasi seperti sediakala? Adakah ubat seperti vendamir, leptramir , agrogratabir boleh memberi kesan sampingan kepada sperma anda?
Quote Kurex 17-5-2020 12:47 PM
Cikcap je la.....
Quote nefnefnef 17-5-2020 12:47 PM
Makin lama, makin banyak pasal covid ni yang kita discover
Quote epuepy 17-5-2020 12:47 PM
sukacactus: Eh tetiba teringat kat pelakon ashraff muslim Dah la shooting oversea sebulan lbhBalik dah kena covid dok spitalPastu dah sihat dia sdr minta sambung  ...

Hahaha. Dh la bini ada 2. Masak la nk tggu turn. {:smile
Quote Supersirap 17-5-2020 02:01 PM
Bersabar lah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebgaai sepasang suami isteri, pantang ini penting bagi kebaikkan bersama.
Quote Tinot7 17-5-2020 02:02 PM
Tunggu je la. Pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu
Quote Fur 17-5-2020 05:42 PM
Bahaya nye penyakit ni. Sgt menguji umat manusia seluruh dunia.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049879 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top