CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tart Keju Bluberi, Resepi Wajib Cuba Untuk Raya 2020

17-5-2020 02:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4706| Komen: 19

Description: Setiap kali menjelang musim perayaan, kaum wanita lah paling sibuk didapur menyiapkan biskut raya.



Setiap kali menjelang musim perayaan, kaum wanita lah paling sibuk didapur menyiapkan biskut raya. Bermacam-macam jenis biskut akan dibuat namun selain Tart Nenas, mungkin jarang kita lihat Tart Keju Bluberi dihidang dipagi raya. 

Baiklah, kali ini saya nak kongsikan dengan pembaca resepi Tart Keju Bluberi yang anda mesti cuba. Kenapa saya cakap mesti cuba? kerana cara nak buat tart ni tidaklah rumit pun dan bahan-bahannya pun senang cari. Yang paling penting, sangat sedap bagi yang suka makanan manis.

Ok, bagaimana cara nak masak Tat Keju Bluberi? Jom kita tengok resepi dibawah!

Bahan-bahan diperlukan:

  • 125 g mentega 
  • 125 g marjerin 
  • 100 g gula halus 
  • 1 biji telur (gred B) 
  • 500 g tepung gandum (diayak) 
  • 250 g krim keju 
  • 50 g mentega 
  • 80 g gula halus 
  • 250 g inti bluberi (Filling)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul mentega, marjerin, dan gula halus sehingga kembang. 
  2. Masukkan telur dan kacau rata. 
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  4. Terapkan doh dengan acuan bulat dan masukkan ke dalam acuan tat. Tekan adunan supaya leper dan kemas di dalam acuan tat. 
  5. Cucukkan dengan garpu supaya doh tidak menggelembung. 
  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak. 
  7. Pukul semua bahan B sehingga gebu. Masukkan ke dalam piping bag. 
  8. Keluarkan tat dan masukkan filling bluberi dan krim keju. 
  9. Bakar semula selama 5 minit. 
  10. Angkat tat dan sejukkan. 
Nampak tak? Senang je kan! Selamat mencuba - CARI

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 17-5-2020 06:05 AM
Edited by KIM.K at 17-5-2020 09:18 AM

Fav ni..
Pernah buat versi reader digests, sos bluberi kat tepi
Lemon cheese tart with blueberry compote
Sedap sikit bunyinya
Quote EvieWanKenobi 17-5-2020 06:54 AM
berjam2 nak membuatnya..
sekali makan 5 minit je habis..
Quote nefnefnef 17-5-2020 02:36 PM
Rupa pun dah cantik. Makan apatah lagi {:love
Quote Kharuka 17-5-2020 02:53 PM
boleh try ni
thanks share resepi {:love
Quote salmon-suki 17-5-2020 02:55 PM
4days ago ai pegi pasaraya nak beli groceries..and planned to buy cream cheese sbb craving nak mkn cheesecake. Bila kt tmpt cheese ai tgk ada sorg macik ni kemain lg duk amek cream cheese,so ai tggu laa..

Bila dia dah siap,ai nak amek tgk2 habis licin..xde satu pun tggal..ai was likeeeee...dehek macik beli cream cheese byk2 smpai tak tinggal kt org lain..geram je rasa..baking ingredients mostly nak habis..xkan laa org bt panic buying utk baking ingredients?stupid betul..

Dah kurg pahala puasa aiolzs mencarut di waktu siang ini..{:yameteh
Quote komotthecat 17-5-2020 05:55 PM
salmon-suki replied at 17-5-2020 02:55 PM
4days ago ai pegi pasaraya nak beli groceries..and planned to buy cream cheese sbb craving nak mkn c ...

choc chips pon sama abis

Quote Megikari 17-5-2020 08:29 PM
4 kali i gi tesco sejak pkp, tak pernah berjaya beli cream cheese. Sold out manjang. Tp yg kali terakhir i gi bukan setakat cream cheese je, butter pun habis licin. Stress weyyy
Quote Tinot7 18-5-2020 05:28 AM
beli pun sedap je
Quote rosli_nurizzati 18-5-2020 09:39 AM
salmon-suki replied at 17-5-2020 02:55 PM
4days ago ai pegi pasaraya nak beli groceries..and planned to buy cream cheese sbb craving nak mkn c ...

i feel you sis.. tunggu punya tunggu ....sekali semua dia rembat... selalu i pi minta kat pekerja dia.. mcm kat aeon big, depa pi amek stock balik.. just kena tggu sikit ..
Quote salmon-suki 18-5-2020 07:06 PM
rosli_nurizzati replied at 18-5-2020 09:39 AM
i feel you sis.. tunggu punya tunggu ....sekali semua dia rembat... selalu i pi minta kat pekerja  ...

Tak terfikir plak nk mtk staf amekkan..hehe..tp mmg geram jgk laa..boleh plak dah habis kaut cream cheese tu,dia senyum kt ai....
Quote rosli_nurizzati 18-5-2020 08:26 PM
salmon-suki replied at 18-5-2020 07:06 PM
Tak terfikir plak nk mtk staf amekkan..hehe..tp mmg geram jgk laa..boleh plak dah habis kaut cream ...

like she accomplish something ka apa?senyum sinis gitu.. hahahha.. kalau kat aeon big,mmg kdg2 staff pergi ambilkan.. kalau tesco, usually dia biarkan kita ja.. hehehe... kat area you ada bake with yen? i nmpk depa ligat promo cream cheese brand cottura.. harga ala2 tatura..
Quote salmon-suki 18-5-2020 09:59 PM
rosli_nurizzati replied at 18-5-2020 08:26 PM
like she accomplish something ka apa?senyum sinis gitu.. hahahha.. kalau kat aeon big,mmg kdg2 sta ...

Xdeeeeeeeee...kedai kek kt sini xde..sedihhhhhhh..or maybe tak jmpe..hahaha
Quote BacaDalamDiam 20-5-2020 09:42 AM
thank you share resipe
Quote Hannan15 21-5-2020 11:38 PM
rosli_nurizzati replied at 18-5-2020 08:26 PM
like she accomplish something ka apa?senyum sinis gitu.. hahahha.. kalau kat aeon big,mmg kdg2 sta ...

Brand cottura best kea Sis?  Selalu guna Philidephia or Tatura jea. Kat Shah Alam ni Tesco dan Giant habis cream cheese. Kat Bagus seksyen 13 tu panjang pulak beratur nak masuk.
Quote rosli_nurizzati 21-5-2020 11:53 PM
Hannan15 replied at 21-5-2020 11:38 PM
Brand cottura best kea Sis?  Selalu guna Philidephia or Tatura jea. Kat Shah Alam ni Tesco dan Gia ...

mcm best sbb some review kata ok.. even kat bakery pun sold out sedia... boleh cuba... kat sini cream cheese smpai takdak... berebut rebut pun membeli bahan baker
Quote Hannan15 21-5-2020 11:58 PM
rosli_nurizzati replied at 21-5-2020 11:53 PM
mcm best sbb some review kata ok.. even kat bakery pun sold out sedia... boleh cuba... kat sini cr ...

Tak sangka pulak time nak raya yg pkpb ni cream cheese susah nak dpt, thn2 sblm ni berlambak jea ada, supply terhad kot..
Quote rosli_nurizzati 22-5-2020 02:19 PM
Hannan15 replied at 21-5-2020 11:58 PM
Tak sangka pulak time nak raya yg pkpb ni cream cheese susah nak dpt, thn2 sblm ni berlambak jea a ...

maybe sbb susah nak transport barang and some kan import, lambat ka nak keluar dr kastam.. mmg mcm mcm takdk musim pkp ni..hehehehe
Quote Lengkong 22-5-2020 04:34 PM
Terima kasih tt share resepi

Quote Thealisyayusuf 4-2-2023 12:13 AM
Tq for the recipeee

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.129820 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top