CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

317 Kes Covid-19 Dalam Kalangan Kanak-kanak, Bayi

18-5-2020 10:06 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 2564| Komen: 4|Original author: Oleh: Ct Cheery

Description: Selain warga emas, kumpulan kanak dan bayi juga kumpulan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak Covid-19. Mereka seharusnya dilindungi dan mendapat penjagaan sewajarnya agar tidak mudah terdedah ...

Selain warga emas, kumpulan kanak dan bayi juga kumpulan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak Covid-19. Mereka seharusnya dilindungi dan mendapat penjagaan sewajarnya agar tidak mudah terdedah dan dijangkiti wabak maut itu.



Sekadar Gambar Hiasan
Foto: Carian Google


Namun, sangat mengecewakan apabila segelintir ibu bapa dilihat masih berdegil membawa kanak-kanak dan bayi ke pusat beli-belah untuk membeli kelengkapan raya dan sebagainya.


Lebih mengejutkan, mereka memakai topeng muka, tetapi anak kecil dibiar berkeliaran di dalam pasar raya tanpa sebarang perlindungan.



Loading FB Post...


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, sehingga 16 Mei 2020 terdapat 317 kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan 22 kes membabitkan bayi yang berusia kurang dari satu tahun.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan kes Covid-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28), serta Sabah (26).


"Setakat ini tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun.


"Ibu bapa dan penjaga perlu memberi didikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mengamalkan tahap kebersihan tinggi, sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun, serta digalakkan memakai pelitup muka di kawasan umum," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, seperti dipetik SelangorKini.


Beliau turut menyarankan supaya masyarakat bersama-sama membantu melindungi kanak-kanak dan bayi dengan mengamalkan jarak sosial selamat.


Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai agar tidak membawa anak kecil ke pusat beli-belah bagi mengelak daripada terdedah dengan jangkitan Covid-19.


Tegasnya, walaupun tiada sekatan sedemikian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.



Loading FB Post...


Sementara itu, warganet menyelar sikap kejahilan ibu bapa yang masih berdegil tidak mempedulikan nasihat dan larangan kerajaan.





Foto: Facebook Harian Metro


"Sekarang ramai parents bawa anak keluar. Tak kesian kat anak, yang berstroller lagi.


"Masih ramai ibu bapa bawa anak pergi mall, masih baby pun dibawa ke mall. Ibu bapa pakai mask, anak tak pakai. Mana keselamatan anak-anak tu. Harap ibu bapa fikirkan keselamatan anak-anak, nyawa tiada gantinya.


"Belum kena tu yang mereka tidak ambik kisah. Bila dah mula berjangkit mulalah nak salahkan kelonggaran yang diberikan. Beringat sebelum kena. Sayangilah keluarga kita," antara komen warganet. - CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 18-5-2020 10:39 AM
Asal anak2 tak pakai mask? Kene ajar pakai mask ngan betul. Selagi tak pakai, jgn bawak kuar. Kalau baby tu, stay at home aje.
Quote shernazz 18-5-2020 10:44 AM
Kenapaaa?
Iols pon dok pikir nak beli baju anak
Semua dh senteng
Tapi mmg tangguhkan aje dolu
Sebab kang ape ape jadi..iols.nanges dolu
Baik.la.bebudak dok.umah


Pasar taman tun ni pon dh ada kes ni..
Quote Lailerthee 18-5-2020 10:45 AM
Ibu bapa main peranan budak2 mana la tahu ap2
Quote Sham143 21-5-2020 06:16 AM
Biasanya dari golongan pprt ni..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050238 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top