CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Jangan Kongsi Foto Lama Saya Tak Berhijab, Tak Nak Gambar Itu Jadi 'Saham' Dosa Buat Saya.' - Lisdawati

19-5-2020 12:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13389| Komen: 61

Description: Lama juga tak dengar khabar pelakon jelita Lisdawati yang pernah membintangi filem KL Menjerit yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Kredit gambar - Instagram Lisdawati15



Lama juga tak dengar khabar pelakon Lisdawati yang pernah membintangi filem KL Menjerit yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Terkini, pelakon jelita itu tampil memohon semua pihak agar tidak menyiarkan foto lama dirinya tanpa hijab dan menghormati permintaannya itu.

Menerusi BH Online, Lisdawati atau nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin berkata, dia sudah membuang dan membakar foto lama kerana tidak mahu menjadi 'saham' dosa andai dirinya pergi kelak.

"Kesedaran ini timbul selepas mendengar ceramah seorang ustaz di kelas agama yang dihadiri. Sejak hari itu, saya sudah buang dan bakar semua foto lama saya yang tidak berhijab.

"Apa yang masih dalam simpanan adalah gambar perkahwinan sebagai kenangan.

"Saya tidak mahu apabila mati kelak, gambar itu menjadi 'saham' dosa buat saya. Untuk mengelak perkara itu, ustaz nasihatkan saya buat pengumuman meminta foto lama dihapuskan.

"Selepas itu, jika ada pihak yang masih menyiarkannya, itu bukan tanggungan saya lagi... Saya sudah terlepas. Itu yang membulatkan tekad saya untuk mengumumkan perkara ini di Instagram (IG)," katanya kepada BH Online.

Tambah Lisdawati, langkah itu bukan untuk dirinya sahaja, malah demi kebaikan insan sekeliling.

"Alhamdulillah, selepas mengumumkan perkara ini insan yang paling gembira adalah emak saya.

"Suami juga menyokong keputusan ini. Iyalah, saya buat kerana sayangkan dia," ujarnya.


Kredit gambar - Instagram Lisdawati15


Lisdawati yang juga isteri pelakon, Fauzi Nawawi, membuat pengumuman mengenai perkara itu di IG, semalam.

Melalui perkongsian itu, aktres berusia 42 tahun ini mengepilkan keratan majalah memperlihatkan bahagian rambut dirinya dan artis lain yang bergambar sama, diconteng pen hitam bagi melindungi aurat terdedah.

Syukur alhamdulillah, rasa turut gembira mendengar permintaan Lisdawati ini. Sama-samalah kita hormati permintaannya agar tak menyiarkan lagi mana-mana gambar ketika dia tidak berhijab dulu. - CARI


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 19-5-2020 12:54 AM
Ko dah mati dah terputus la apa2 kat dunia. Mana datang saham dosa lah pulak? Macam2 laaaaaa
Quote September14 19-5-2020 12:59 AM
Suke tgk dia ni blakon jd mak2 lembut jer
Quote missyL 19-5-2020 01:23 AM
Bgs sis.. Tp filem n drama sis berlakon tu cmne plk.. Huhu.
Nk kene soh productions bako la
Quote anony-mous 19-5-2020 01:50 AM
Smpai bila2 xkan boleh terpadam. Sbb tu bila ko masuk dunia glamor ni theres no turning back. Doa je lah pd Allah moga diampunkan dosa2 tu. the same reason kalau aku nk free hair, baik free hair dekat mall jalan2 dari upload gmbar x bertudung. Once on the internet, it stays forever
Quote Jitu 19-5-2020 03:07 AM
masa KL Menjerit dia guna nama Nisdawati pastu knp lak dia tukar ye ?
Quote sfrnna 19-5-2020 04:06 AM
Edited by sfrnna at 19-5-2020 04:08 AM

drama2 tu kalau ada ulangan nak tak nak kena redha jela..  u yang pilih jalan tu kan.. dia patut tengok artis yg mula2 bertudung macam wardina tu. tu dia popular sbb spanar jaya je. ada lah rerun kat tv sekali dua. tak boleh buat apa jugak. Satu hari nanti org mesti ada yg akan throwback foto artis2 sebelum berhijab. kita pun x boleh control apa org buat kannnn..
.
apapun dia ni mmg berbakat berlakon. dulu2 i suka tengok dia ni. cantik sangat.
Quote Lailerthee 19-5-2020 04:20 AM
Xp la yg penting niat. In syaa Allah yang lain tu biar Allah uruskan. Yg penting taubat
Quote barfi 19-5-2020 05:18 AM
sfrnna:    Edited by sfrnna at 19-5-2020 04:08 AM  drama2 tu kalau ada ulangan nak tak nak kena redha jela..  u yang pilih jalan tu kan.. dia patut tengok arti ...


A ah suka drama dia ngan adi putra kat RTM tu. Yg dia rambut afro jadi nurul iman ke apa tah wataknya
Quote zuriey 19-5-2020 05:42 AM
Video tarik rambut tepi swimming pool tak apa kan acik lis
Quote aliazulaikha 19-5-2020 07:06 AM
Jitu: masa KL Menjerit dia guna nama Nisdawati pastu knp lak dia tukar ye ?


Kalau tak silap masa tu Dia kata nisdawati tu takde luck for her. Tapi rasanya itu la sebenar  dia kot
Quote kbyne 19-5-2020 07:12 AM
Senyum la sikit,isteri solek sikit nak tutup yg mengaibkan tak per,Allah itu kan cantek dan dia suka kepada kecantekan.
Quote msamyrazi 19-5-2020 07:16 AM
September14 replied at 19-5-2020 12:59 AM
Suke tgk dia ni blakon jd mak2 lembut jer

kan . i pun suka tengok dia mak2 lembut jer ngan yang jadi anaknya . lagi sorang yang i suka tengok marissa yasmin , pun sama gak lembut bebenor .
Quote Annaquinn009 19-5-2020 07:36 AM
once dah jadi artis..no turning back..mmg org akan gali dalam2 sejarah u...sebab tu la jgn upload gambar pelik2 dlm media sosial..tengoklah berapa ramai artis yg dah berhijrah tp gambar2 seksa jugak org akan ingat...x pakai tudung ok lagi..gambar x senonoh tu yg org tetap ingat smpai u mati
Quote Jitu 19-5-2020 09:05 AM
aliazulaikha replied at 19-5-2020 07:06 AM
Kalau tak silap masa tu Dia kata nisdawati tu takde luck for her. Tapi rasanya itu la sebenar  d ...

Oo gitu
kagum gak ngan acik Lisda ni tengok lembut je tp guna tzm dulu
Quote mamapea 19-5-2020 09:09 AM
Edited by mamapea at 22-5-2020 12:30 PM

kalau google bersepah2 ada gmbr free hair...yg seksi meksi pun ada...
Allah x pandang kita dulu siapa...Allah pandang kita yg sekarang...redha je la & yg penting istiqomah...
Quote gujiwa 19-5-2020 09:13 AM
masa KL menjerit chubby sket muka dia.
tapi nampak muka dia mak2x gitu dah skrg..
Quote salamon 19-5-2020 09:16 AM
woyy sepul cari, xkan ni je gosip..kami nak gosip panas la badigol..!!!
Quote jebatmaspunyer 19-5-2020 09:29 AM
LadyCarefree replied at 19-5-2020 12:54 AM
Ko dah mati dah terputus la apa2 kat dunia. Mana datang saham dosa lah pulak? Macam2 laaaaaa

pahala perbuatan baik kita di dunia masih akan mengalir ke akhirat, begitu juga dosa.
Quote Boomibulat 19-5-2020 09:38 AM
Dulu Wardina pnh tulis surat kat stesen tv supaya jgn tayang lakonan beliau masa belum tutup aurat..tah dilayan ke tak..tp lakonan beliau dlm Spanar Jaya mmg best..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.118905 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top