CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Terkejut Sangat, Terus Pengsan" - Mak Wan Terkejut Ditaja Pakej Umrah

7-7-2020 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10904| Komen: 40

Description: Pelakon veteran Halimaton Saadiah Mohd Daud atau Mak Wan menjelaskan dia terlalu terkejut hingga pengsan apabila diumumkan mendapat tajaan pakej umrah.
Pelakon veteran Halimaton Saadiah Mohd Daud atau Mak Wan menjelaskan dia terlalu terkejut hingga pengsan apabila diumumkan mendapat tajaan pakej umrah.


Kredit foto: BH/IG Didie


"Saya terkejut sangat dan terus pengsan selepas nama diumumkan antara 25 insan yang bertuah mendapat tajaan pakej umrah disediakan.

"Maklumlah, saya tak sangka doa yang sering dimohon pada Allah setiap kali solat, akhirnya menjadi kenyataan," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia sangat terharu dan bersyukur apabila doa diberikan peluang kedua untuk menunaikan umrah kali kedua dimakbulkan.

Mak Wan, 58, berkata, dia menunaikan umrah kali pertama pada 2015 dalam keadaan kurang upaya selepas terbabit kemalangan.

"Walaupun miskin dan tidak berkemampuan, ada juga insan yang baik hati sudi membuat tajaan ini dan saya terpilih," katanya.




Mak Wan baru-baru ini, dijemput ke program bual bicara yang dikendalikan Didie Alias dan langsung tidak mengetahui akan menjadi penerima tajaan pakej umrah itu.

"Saya datang ke program itu selepas dijemput Didie untuk jadi penonton. Saya datang dengan Grab dan ketika di sana saya diserang sesak nafas kerana asma pula.

"Mungkin sebab itu, saya terus pengsan akibat terlalu terkejut sebaik dipanggil Didie dan dia pula serahkan 'mock-up' tajaan pakej umrah berkenaan," katanya. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 7-7-2020 01:32 PM
Rezeki makcik.. alhamdulillah
Quote hanuma 7-7-2020 02:10 PM
Alhamdulillah.. moga dipermudahkan urusan dan murah rezeki Mak Wan
Quote lasagna 7-7-2020 02:14 PM
Alhamdulillah.. insyaAllah smoga dipermudahkan.. slagi covid tak hilang di bumi Saudi, pyh juga nk lepas nk pegi... jemaah Haji dr Msia pun tiada kali utk taon ni.
Quote nordin84 7-7-2020 02:17 PM
minta taja retis2 senior berbakat mcm makcik petir,halimah (pelakon korban kasih) ,wan maimunah,dll
Quote Burong_Hantuk 7-7-2020 02:26 PM
patutnya sujud sykur acikkkkk !!!
Quote azimodin 7-7-2020 02:28 PM
Meouls suka makcik ni berlakon especially kalau jadi nenek2 kampung. meouls 2 kali ulang telemovie aku benci kpop sebab makwan & sherry best
Quote husna_amal 7-7-2020 02:30 PM
Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan.
Quote nazzse 7-7-2020 02:38 PM
Alhamdulillah..berkat sabar, tak mengeluh  mencari rezeki utk family..Allah swt bayar balik
Quote puanbintang 7-7-2020 02:39 PM
alhamdulilah, rezeki mak wan
Quote bluebutter 7-7-2020 03:04 PM
Mmg semua tak semualah, artis pelakon penyanyi (tak semua okay), tk berduit, harap kan glamour masuk tv je, asal baca je °°°, semua harapkan tajaan, kehidupan yang menyedihkn jadi pelakon ni, lagi elok kerja kilang, ada epf semua, panel clinic semua..
Quote jijilaaa 7-7-2020 03:45 PM
alhamdulillah rezeki makcik.. mmg tak dinafikan pelakon veteran kita semua berbakat. jasmin hamid dah kira veteran la kan? tgk muka dia kat drama kol 7 tu...nampak dah tua..hehehehe
Quote LadyCarefree 7-7-2020 03:55 PM
nazzse: Alhamdulillah..berkat sabar, tak mengeluh  mencari rezeki utk family..Allah swt bayar balik


Wah hang boleh baca ke fikiran Allah?
Quote LadyCarefree 7-7-2020 03:56 PM
Dia miskin ke? Katanya dah pergi umrah dulu. Kenapa retis special? Lol
Quote xhyd 7-7-2020 04:22 PM
Alhamdulillah rezeki cikk
Quote ikanmasin 7-7-2020 04:31 PM
alhamdulillah rezeki dia....
Quote dejure 7-7-2020 05:19 PM
LadyCarefree replied at 7-7-2020 03:56 PM
Dia miskin ke? Katanya dah pergi umrah dulu. Kenapa retis special? Lol

Eh kau ni..biarlah rezeki mak wan org nk taja.yg kau dengki knp!
Quote dejure 7-7-2020 05:20 PM
LadyCarefree replied at 7-7-2020 03:56 PM
Dia miskin ke? Katanya dah pergi umrah dulu. Kenapa retis special? Lol

Eh kau ni..biarlah rezeki mak wan org nk taja.yg kau dengki knp!
Quote EvieWanKenobi 7-7-2020 05:24 PM
Alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezekinya selalu.. Aamiinn..
Quote Nenasketum 7-7-2020 05:44 PM
Ok rezeki acik tapi drama sangat lar, baik pegi check doktor, takut heart problem.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060664 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top