CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keputusan Kes SRC RM42 Juta - Najib Razak Didapati Bersalah

28-7-2020 02:19 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 1635| Komen: 9|Original author: Oleh: kp5x

Description: Hari ini, seawal 6.30 pagi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan ekoran pengumuman keputusan pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ser ...

Kredit foto : BH Online

Hari ini, seawal 6.30 pagi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan ekoran pengumuman keputusan pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan penggubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Mengikut pertuduhan, Najib didakwa mendapatkan suapan RM42 juta apabila terbabit dalam keputusan bagi pihak kerajaan dalam memberikan jaminan terhadap pinjaman 4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International dan menerima RM42 juta hasil aktiviti haram yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya.


Najib boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut seksyen 24 akta sama, jika sabit kesalahan.


Kredit foto : BH Online

Mengikut penghakiman yang dibacakan hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Najib didapati bersalah atas dakwaan  menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


Kredit foto : BH Online

"Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesemua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan penggubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC dihadapi tertuduh.

Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan," katanya dipetik dari Berita Harian.  - CARI
5

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Sham143 28-7-2020 08:54 PM
Berhimpun ramai2.. Jarak tak jaga, mask tk pakai.. Kalau kena covid mcmana?? Bodoh, Akal letak kat punggung..
Quote febreze 28-7-2020 05:58 PM
ada pengampunan diraja tak?
Quote husna_amal 28-7-2020 03:14 PM
Apa hukumannya, kena masuk penjara ke nanti?
Quote rosasen 28-7-2020 03:12 PM
barulah macai2 PH berani bersuara di FB bossku..hahahah
Quote Normabaru 28-7-2020 03:07 PM
So apa hukuman utk 7pertuduhan?ada reformasi dakkk... Eh tu lama.. Now baru kita panggil revolusi.. Kihkih

#normabaru
Quote wan_mhd 28-7-2020 02:40 PM
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
Quote wan_mhd 28-7-2020 02:39 PM
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
Quote wan_mhd 28-7-2020 02:38 PM
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
Quote dua_chzy 28-7-2020 02:38 PM
Takziah bosku. Lain kali makan duit rakyat, beringat sket. Jangan nak taram semua.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.036287 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top