CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyusahkan Banyak Pihak, Lelaki Didenda RM3,000 Cuba Bunuh Diri

4-8-2020 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4686| Komen: 20

Description: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang penganggur membayar denda RM3,000 selepas cuba bunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya di Cheras pada Sabtu lalu.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang penganggur membayar denda RM3,000 selepas cuba bunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya di Cheras pada Sabtu lalu.


Gambar hiasan

Harian Metro melaporkan, Shahfirul Hakim Shahidan, 28, diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda berkenaan selepas mengaku bersalah cuba terjun dari sebuah flat melalui pagar balkoni rumahnya di Jalan Cheras pada 4.45 pagi 1 Ogos lalu sehingga tular di media sosial.

Bagi kesalahan itu, dia dihukum mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon Shahfirul Hakim dikenakan hukuman setimpal kerana menyusahkan banyak pihak.

Bagaimanapun, tertuuduh merayu dikenakan hukuman ringan kerana tidak bekerja selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 4-8-2020 05:56 PM
stress atau attention seeker?
kalau stress, refer la gi hospital..
Quote gadget 4-8-2020 06:30 PM
kalau aku, biar aje dia terjun...kurang sekor yg menyusahkan kat mesia ni..
Quote makneng 4-8-2020 07:01 PM
Acah2 bunuh diri ke? Kan dah kena! Haih
Quote noor2 4-8-2020 07:24 PM
Mengada sangat orang Melayu islam nk bunuh diri. ........
Quote dua_chzy 4-8-2020 07:28 PM
Kesian dia.

Quote dua_chzy 4-8-2020 07:29 PM
noor2 replied at 4-8-2020 07:24 PM
Mengada sangat orang Melayu islam nk bunuh diri. ........

Tak rasa ini mengada sis. Ustaz sekolah akak (lulusan Al Azhar), ada mental illness. Heols pun ada suicidal tendency.
Quote noor2 4-8-2020 07:30 PM
dua_chzy replied at 4-8-2020 07:29 PM
Tak rasa ini mengada sis. Ustaz sekolah akak (lulusan Al Azhar), ada mental illness. Heols pun ada ...

Oh mungkinkah beliau mental illness. .....hampon. ..X terfikir bab tu...
Quote dua_chzy 4-8-2020 07:34 PM
noor2 replied at 4-8-2020 07:30 PM
Oh mungkinkah beliau mental illness. .....hampon. ..X terfikir bab tu...

Tapi kalau memang Shahfirul Hakim ni saja nak carik perhatian, boleh la kot didoa dia mati cepat supaya berenti menyusahkan orang sekeliling.
Quote noor2 4-8-2020 08:09 PM
dua_chzy replied at 4-8-2020 07:34 PM
Tapi kalau memang Shahfirul Hakim ni saja nak carik perhatian, boleh la kot didoa dia mati cepat s ...

Rasa nya sengaja sebab tu hakim putuskan hukuman mcm tu...hehe
Quote dudaberhias 4-8-2020 08:13 PM
yang depression memang akan suka cari perhatian...
selalunya yang tendencies nak bunuh diri tapi cari perhatian ni mesti keluarga atau orang keliling tu bermasalah, boyfriend ke somi ke...

kalau senyap2 tu mesti masalah sendirian macam kewangan, kerja etc.
Quote husna_amal 5-8-2020 09:24 AM
Kalau tak mampu bayar boleh jadi betul2 dia bunuh diri nanti.
Quote Meiizu 5-8-2020 11:13 AM
teringat kes kat cina..menyusahkan oraang.
dai terjun bangunan timpa pejalan kaki.
pejalan kaki tu plak yg mati ..dia hidupp.
Quote junghin 5-8-2020 11:18 AM
kesian la pulak..kalau dia memang betul ada tekanan mybe disebabkan masalah kewangan ke yelah penganggur kan..mana nak cekau 3k tu.nnti kena anta ke penjara lagilah makin gila  
Quote Normabaru 5-8-2020 12:14 PM
Baru nk tumbuh bulu ke??

Ada masalah je.. nyusahkan org lain
Ade masalah je.. fitnah org lain
Ade masalah je...bunuh org lain

Haih... Deal with it la.. Like a mature person
#normabaru



Quote Artemesiaa 5-8-2020 12:18 PM
Tak pasal2 tambah masaalah nak kena bayar RM3k
Quote arm_band 5-8-2020 01:47 PM
kat berita nampak kejadian masa terang. agak dari pukul 4.45am dia meratib nak terjun ke?

kalau ada masalah depresi, semoga dapatkan bantuan kesihatan la lepas ni. tapi  kalau ngengada nak attention, semoga kau dapat pengajaran laa dek oiii
Quote sukacactus 5-8-2020 01:51 PM
Dah la menganggur, tambah problem lg kena keluar duit bayar denda plak
Quote supernaturalee 6-8-2020 11:00 PM
husna_amal replied at 5-8-2020 09:24 AM
Kalau tak mampu bayar boleh jadi betul2 dia bunuh diri nanti.

Kannnn
Dh lh xde kje
Mn nk cekau ribu2
Lg stress
Hujung2 pi bunuh diri dlm hutan
Dh sape pun xtau


Klu aku pi hntr dia jumpa psikiatri
Dgn kena buat kje amal sebulan 2



Quote supernaturalee 6-8-2020 11:05 PM
junghin replied at 5-8-2020 11:18 AM
kesian la pulak..kalau dia memang betul ada tekanan mybe disebabkan masalah kewangan ke yelah pengan ...

https://astroulagam.com.my/news/article/158830/should-those-who-attempt-suicide-be-helped-or-further-punished


Artikel psl patut bantu atau hukum utk yg cuba atau gagal bunuh diri

Tt tlg sat update artikel ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059547 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top