CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cuak Kena Tahan Di Sekatan Jalan Raya, Rupa-rupanya...

16-11-2020 11:17 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5708| Komen: 42|Original author: Oleh: natrahn

Description: Semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama sebulan bermula 9 November hingga 6 Disember.


Semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama sebulan bermula 9 November hingga 6 Disember.

Seperti biasa, bila PKPB dilaksanakan, sekatan jalanraya akan dibuat kerana pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan.


Kredit foto: BERNAMA

Tidak dinafikan sesetengah individu mungkin akan berasa cemas apabila ditahan anggota keselamatan ketika sekatan jalan raya dilakukan. Namun, seorang gadis dikenali sebagai Nurul Syafika ada kisah yang ingin dikongsikan.

Kongsi Nurul, dia keluar mahu membeli barang keperluan, namun sebaik melewati kawasan sekatan jalan raya, beliau diminta berhenti di bahu jalan.




Perasaan bimbang menyelubungi sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, rupa-rupanya anggota keselamatan bertugas memaklumkan bahawa tayar keretanya bocor dan mereka menghulurkan bantuan menukarkan tayar tersebut.

Nurul tidak menyedari langsung keadaan tayar keretanya sebelum dan semasa membuat perjalanan tersebut sehinggalah ditahan anggota keselamatan berkenaan.


Kredit foto: Twitter  @nnurulsyafika

Warga maya turut berkongsi sekiranya mereka berdepan perkara serupa, mereka juga turut berasa cemas dan cuak walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan.




Kredit foto: @nnurulsyafika

Namu, warga maya turut memuji tindakan anggota keselamatan yang bertimbang rasa membantu Nurul.





Kredit foto: @nnurulsyafika

Tweet yang menjadi tular ini turut mendapat perhatian Twitter Polis Diraja Malaysia.

Kredit foto: @nnurulsyafika

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang membantu gadis tersebut dan perkara seperti ini perlu ditular kepada orang ramai.

Jangan panik sekiranya ditahan anggota keselamatan. Takut lain jadinya nanti. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-11-2020 11:38 AM
Sampahnya twitter sekarang ni
Quote RatuDunia94 16-11-2020 11:39 AM
Bahaya nya dik bawa kereta tayar bocor pun x sedar. Ni mesti jenis main lanyak je bawak selagi kereta x tersadai tepi jalan..
Quote Belibis 16-11-2020 11:52 AM
RatuDunia94: Bahaya nya dik bawa kereta tayar bocor pun x sedar. Ni mesti jenis main lanyak je bawak selagi kereta x tersadai tepi jalan..

Pompuannnnnn..tau on enjin,tolak gear D, jaga stering.lain2 suami buat.
Quote husna_amal 16-11-2020 11:55 AM
Teruk sangat jadi pemandu sampai tak perasan tayar dah bocor.
Quote airmineral 16-11-2020 12:06 PM
dulu leps spm p keje sambilan naik moto. bawa member aku. dia tu mmg cantik so mmg salu kena ngorat atas moto la. bese ayat kalau kena kacau, budak2 neo moto ni akan tegur...dik2, tayar tu kenapa.. dan kit mesti akan tgk sbb takut tayar bocor ke..

stu pagi, memandangkan da selalu kena dgn ayt yg sama, kitrg buat dekkkk je la bila kena tegur pasal tayar. sekali bila da smpi tpt keje, tgk2 mmg tayar tu bocor weh.haha tu la persan sgtt{:run
Quote Beribear 16-11-2020 12:08 PM
Pernah jd kat iolss baru2 ni. Time tu nak balik kerja, baru je hidup enjin jalan sikit dah tahu dah ada tak kena sbb pagi pergi kerja terlanggar divider. Berhenti tepi terus call ayah ckp tayar bocor mmg dah kempis habis. Tp ayah ckp jalan pergi workshop yg terdekat dengan berat hati bawak lah kereta slow2 sampai kat satu workshop ni. Nasib bukan kat highway, kalau tak mati kutu nak buat apa pon tak tahu
Quote BurungBiru 16-11-2020 12:34 PM
Belibis replied at 16-11-2020 11:52 AM
Pompuannnnnn..tau on enjin,tolak gear D, jaga stering.lain2 suami buat.

Apaniiiii?? sis is terasa tauuuu

Quote Orix 16-11-2020 12:35 PM
Beribear replied at 16-11-2020 12:08 PM
Pernah jd kat iolss baru2 ni. Time tu nak balik kerja, baru je hidup enjin jalan sikit dah tahu dah  ...

kalau kt hiway call jah plus line... nnt diorg dtg la repair 24hrs gituh
Quote Beribear 16-11-2020 01:30 PM
Orix: kalau kt hiway call jah plus line... nnt diorg dtg la repair 24hrs gituh


Ohh i baru tahu.. Terima kasih you
Quote mdhelmi 16-11-2020 01:48 PM
Edited by mdhelmi at 16-11-2020 01:50 PM

zaman skrg
jangan kata tayar bocor
anak dalam kereta pon x ingat
tapi kalo aku tayar kurang angin pon dah perasan sbb x pikap

nampak mcm diorg pasang spare tyre tu kat depan
hmmmm

Quote pxlbb 16-11-2020 03:38 PM
Belibis replied at 16-11-2020 11:52 AM
Pompuannnnnn..tau on enjin,tolak gear D, jaga stering.lain2 suami buat.

Aku pompuan jenis tukar tayar sendiri bang. Ye pernah buat masa kena paku.

Ini perempuan bimbo, tayar kempis pun tak rasa ke mangggkukkkk
Quote nazzse 16-11-2020 04:15 PM
Tayar bocor pun tak perasan ke berat masa drive tu? Perempuan betul
Quote eyansss 16-11-2020 04:37 PM
Belibis replied at 16-11-2020 11:52 AM
Pompuannnnnn..tau on enjin,tolak gear D, jaga stering.lain2 suami buat.

disebabkan perempuan camni la habis perempuan lain yang terer bawak kereta n maintenance kena pukul rata jugak...  huhuhu...  ai is stress n menyampah dengan perempuan cenggini...
Quote eyansss 16-11-2020 04:41 PM
pxlbb replied at 16-11-2020 03:38 PM
Aku pompuan jenis tukar tayar sendiri bang. Ye pernah buat masa kena paku.

Ini perempuan bimbo, ...

kan...  aku ni tayar kereta motor ganti sendiri...  motor pun rajin servis sendiri...  kereta memang aku monitor time nak kena servis...  boleh la detect kalau ada menda tak kena (bukan kes tayar kempis je)...  perempuan bimbo cenggini yang selalu buat perempuan cam kita kena kondem sekali...  haish...
Quote pxlbb 16-11-2020 04:55 PM
eyansss replied at 16-11-2020 04:37 PM
disebabkan perempuan camni la habis perempuan lain yang terer bawak kereta n maintenance kena puku ...

Khuennzzz perempuan terhegeh2 parking, perempuan teragak-agak nak masuk lorong, perempuan lupa topup touch n go - semua membusukkan nama semua perempuan yihhh sgt
Quote pxlbb 16-11-2020 04:58 PM
eyansss replied at 16-11-2020 04:41 PM
kan...  aku ni tayar kereta motor ganti sendiri...  motor pun rajin servis sendiri...  kereta mema ...

Kakak iols keta rosak, aku check engine oil kurang. Terus bawa gi kedai topup. Apeke susah sgt. Dan aku mmg high heels dan mekap senantiasa yach bukan sejenis ganas-ganas pun. Satu je yg aku mmg takkan buat - tukar tong gas dapur. Iols is takut meletup yach ampuun. Oh goreng ikan dlm deep fryer
Quote eyansss 16-11-2020 05:02 PM
pxlbb replied at 16-11-2020 04:55 PM
Khuennzzz perempuan terhegeh2 parking, perempuan teragak-agak nak masuk lorong, perempuan lupa top ...

aku pernah tolong lelaki yang tak pandai parking sisi, pernah tolong perempuan tak reti reverse parking alphard dia sebab tempat sempit...  basically lelaki perempuan sama je ada yanh hampeh...  jadinya, aku sentap bila orang kutuk perempuan je tak reti parking...  hahaha..
Quote eyansss 16-11-2020 05:04 PM
pxlbb replied at 16-11-2020 04:58 PM
Kakak iols keta rosak, aku check engine oil kurang. Terus bawa gi kedai topup. Apeke susah sgt. Da ...

deep fryer elok untuk kesihatan...  hehehe...  yes, aku dah jumpa geng dah yang memang menyampah bila perempuan kena pukul rata untuk benda2 camni...  hahaha...  sakit hati kan kan...
aku ni perabot besar gedabak ikea pun aku pasang sendiri tau...  kalau ada helped pun, bujang sulung aku sebab nak dia belajar buat kerja sama2...
Quote pxlbb 16-11-2020 05:05 PM
eyansss replied at 16-11-2020 05:02 PM
aku pernah tolong lelaki yang tak pandai parking sisi, pernah tolong perempuan tak reti reverse pa ...

Sama... biasa yg bengap-bengap suka bawak slow kat lane laju atau lane tengah adalah lelaki. Khuenzz tapi takde pula kita nak generalize kan sbb tahu itu jndividu tu punya problem

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.070876 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top