CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

28-10-2020 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3448| Komen: 6

Description: Terdapat beberapa mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos-mitos tersebut?


Terdapat beberapa mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos-mitos tersebut?

Kanser serviks atau juga dikenali dengan nama barah pangkal rahim merupakan kanser kedua terbanyak berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara.

Di Malaysia, terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini dan dianggarkan lebih kurang 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk menghidap kanser ini.

Justeru, pelbagai usaha untuk menyebarkan kesedaran mengenainya dilakukan termasuklah ‘membetulkan’ mitos-mitos yang sering kedengaran, terutamanya berkenaan kanser serviks.

Apa itu kanser serviks?

Kanser serviks berlaku apabila terdapat sel yang berubah dalam serviks seseorang wanita, yang menghubungkan rahim dengan faraj.

Kanser ini mampu mempengaruhi tisu serviks yang lebih dalam dan boleh merebak ke bahagian badan pesakit yang lain (metastasize), seperti paru-paru, hati, pundi kencing, faraj, dan rektum.

Selain itu, punca barah ini kebanyakannya disebabkan oleh human papillomavirus (HPV), yang mana sebenarnya boleh dicegah dengan bantuan vaksin.

Penting untuk anda fahami, kanser pangkal rahim membiak dengan perlahan, maka jika berjaya dikenal pasti pada peringkat awal, ia dapat dirawat sebelum bertambah parah.

Berita baiknya, hari demi hari jumlah wanita yang terkorban akibat kanser ini dilihat semakin berkurangan dengan bantuan kemajuan ujian Pap smear.

Justeru, apakah mitos-mitos yang berlegar dalam kalangan masyarakat mengenai kanser serviks?


Mitos-mitos kanser serviks



Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mitos yang sering diperkatakan berkaitan kanser ini dan cara yang betul untuk melindungi diri serta insan tersayang, teruskan membaca ya!


Mitos #1: Saya perlu lakukan ujian Pap smear setiap tahun

Sekiranya ujian Pap smear dan ujian HPV anda normal, tiada keperluan untuk anda menjalani ujian Pap pada setiap tahun.

Pakar mengesyorkan garis panduan pemeriksaan kanser serviks berikut untuk wanita dengan keputusan ujian Pap dan HPV yang normal:

  • Berumur 21-29 tahun: Ujian pap setiap 3 tahun
  • Umur 30-64: Ujian pap dan ujian HPV setiap 5 tahun
  • Berumur 65 tahun ke atas: Bercakap dengan doktor anda mengenai sama ada perlu meneruskan ujian Pap dan HPV ataupun tidak

Mitos #2: Wanita dengan barah serviks tidak mampu hamil

Apabila seorang wanita didapati menghidap kanser serviks, rejimen rawatannya adalah histerektomi dan kemoterapi atau radiasi yang menyebabkan terciptanya mitos tersebut.

Namun, terdapat pilihan lebih baharu yang masih boleh membiarkan seseorang wanita memiliki zuriat sekiranya barah serviks dapat dikesan pada peringkat awal dan berisiko rendah.

Sebagai contoh, tujuan utama conservative surgery adalah untuk memelihara kesuburan.

Tetapi jika pesakit harus menjalani kemoterapi atau radiasi, mereka disarankan untuk membekukan telur atau embrio terlebih dahulu.


Mitos #3: Kanser serviks adalah penyakit keturunan keluarga

Walaupun kenyataan di atas ada benarnya, hanya 10% sahaja barah yang bersifat keturunan dan kanser serviks bukan salah satu daripadanya.

Seperti yang dijelaskan, kanser ini disebabkan oleh HPV, jadi cara terbaik untuk memastikan anak-anak anda tidak mendapatkannya adalah dengan memastikan mereka mengambil vaksin HPV.

Bagaimana pula bagi golongan yang sudah berusia yang tidak mendapat kemudahan vaksin?

Sekiranya anda sudah terlalu tua untuk menerima vaksin HPV, pastikan anda menjalani ujian Pap smear secara berkala seperti yang disarankan doktor untuk mengesan sebarang risiko kanser.

Vaksin untuk mencegah HPV dihasilkan pertama kali oleh para penyelidik Ian Frazer dan Jian Zhou di University of Queensland pada tahun 1991.

Ia kemudian dipatenkan di Amerika Syarikat, dan diperkenalkan sebagai taktik untuk memerangi penyebaran jangkitan HPV oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC).

Hari ini CDC mengesyorkan agar vaksin diberikan kepada gadis-gadis dan kanak-kanak lelaki berusia 11 atau 12 tahun agar mereka akan dapat dilindungi sebelum terdedah dengan HPV.


Mitos #4:  Saya tidak perlu menjalani pemeriksaan kerana tidak mengalami sebarang gejala

Ujian saringan dilakukan bertujuan untuk mencari perkara yang tidak normal pada individu sihat yang tidak mengalami sebarang gejala.

Apabila terdapat simptom-simptom tertentu pula, ujian diagnostik dilakukan untuk mengetahui punca gejala tersebut.

Bagi kanser pangkal rahim, wanita dengan sel serviks yang tidak normal seringkali tidak mengalami sebarang gejala.

Tetapi, sel tidak normal ini masih dapat dikesan melalui pemeriksaan dan sudah tentu, para wanita tidak seharusnya menunggu sehingga gejala muncul untuk diperiksa, dikhuatiri sudah terlambat.

Bukan itu sahaja, jika anda mengalami pendarahan yang tidak dapat dijelaskan, usah tunggu lagi! Segera berjumpa dengan doktor.


Mitos #5: Jangkitan HPV tidak biasa berlaku



Mitos ini terbukti salah kerana jangkitan HPV sering berlaku dan merupakan faktor risiko utama untuk menghidap barah serviks.

Ia mampu disebarkan melalui sentuhan kulit ke kulit dan cecair daripada tubuh.

Dalam kebanyakan kes, segelintir individu sukar untuk menyedari bahawa mereka menghidap HPV kerana tidak mengalami sebarang simptom.

Bagi para wanita, mereka seringkali hanya akan mengetahui telah dijangkiti HPV ketika ujian saringan kembali positif.

Kesimpulannya, anda tidak perlu tunggu sehingga timbul gejala baru hendak berjumpa pakar. Cara terbaik adalah dengan mengambil langkah pencegahan awal, iaitu mendapatkan suntikan HPV.



Sumber ; hellodoktor.com




2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 28-10-2020 05:51 PM
nak cari pasangan hati2 la takut ada hpv tak pasal dpt kanser serviks
Quote lavendernovella 29-10-2020 12:06 AM
helicornia: nak cari pasangan hati2 la takut ada hpv tak pasal dpt kanser serviks


exactly.  Lagi2 set2 tukar2 ni.. kesian wife..  
Quote seribulan 29-10-2020 10:30 AM
Ala Catriona Ross...x le kanser serviks...pas eksiden katanya x leh ngandung...dapat je baby...Tuhan sebaik Perancang )
Quote Normabaru 3-11-2020 05:04 PM
Bkn kalau xmelakukan seks xperlu hpv ke.. Xingat dh kes2 buat ujian pap smear semua ni.. Nasib article ni ingtkn.. Nnt nk p bt jgk la
Quote Scheherazade 6-11-2020 01:05 PM
Good info tt. Thx for sharing

I wonder if those yg unmarried, possibility nk dpt kanser ni rendah or xde or camana? Cos rasanya yg blm kawen, mana nk buat pap smear ni kan?
Quote ipes2 16-7-2023 09:59 PM
Scheherazade replied at 6-11-2020 01:05 PM
Good info tt. Thx for sharing

I wonder if those yg unmarried, possibility nk dpt kanser n ...

belum kawin ke tak, jika ada hubungan sexual, maka ada chan la untuk kena, lebih2 lagi jika ramai partners lelaki

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.064401 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top