CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

PENTING! Ibu Baru Bersalin Kena Pilih Seluar Dalam Yang Betul, Kalau Tak Nanti Luka Lambat Baik

2-11-2020 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3713| Komen: 6

Description: Biasanya selepas melahirkan anak, wanita akan memakai seluar dalam yang sama. Namun sebenarnya, pemilihan seluar dalam selepas bersalin yang bersesuaian adalah penting. Kenapa ya?



Biasanya selepas melahirkan anak, wanita akan memakai seluar dalam yang sama. Namun sebenarnya, pemilihan seluar dalam selepas bersalin yang bersesuaian adalah penting. Kenapa ya?

Kenapa perlu seluar dalam selepas bersalin?

Mengandung dan melahirkan anak adalah proses yang menyebabkan berlakunya perubahan pada bentuk badan wanita.

Biasanya selepas bersalin, anda akan lebih selesa untuk memakai pakaian dalam bersaiz lebih besar.

Keadaan ini kerana badan anda memerlukan masa untuk kembali kepada bentuk asal atau sekurang-kurangnya hampir kepada bentuk sebelum anda mula mengandung dahulu.

Oleh itu, pakaian dalam yang sesuai adalah penting selepas anda melalui proses kelahiran bayi.

Ciri seluar dalam selepas bersalin yang sesuai

Biasanya jenis fabrik bagi pakaian dalam adalah daripada material kapas dan nilon. Namun, terdapat juga jenis pakaian dalam lain untuk dijadikan pilihan bagi individu selepas melahirkan anak.

Jenis pakaian dalam 

  • Seluar dalam pakai buang
  • Seluar dalam haid – lebih tebal yang direka untuk menyerap darah haid (pemakaian selepas bersalin mungkin akan ditambah tuala wanita)
  • Seluar dalam mampatan ringan (Light compression underwear)

Selain jenis yang berbeza, terdapat juga jenis seluar dalam berbentuk (silhouettes) yang berbeza berbanding kebiasaan, termasuklah:

  • Seluar dalam pinggang tinggi (pilihan terbaik jika anda bersalin c-zer)
  • Bikini
  • Crossover (yang juga berfungsi sebagai seluar mengandung)
  • Boy shorts
  • Bike shorts

5 aspek penting pemilihan seluar dalam



Berikut adalah 5 aspek penting yang perlu anda fikirkan ketika membeli seluar dalam untuk dipakai selepas bersalin nanti, iaitu: 

  1. Lembut

Seluar dalam selepas bersalin perlulah lembut kepada kulit dan bahagian sensitif kerana kawasan tersebut sedang dalam proses pemulihan selepas anda melahirkan anak.

Ini terutamanya jika anda bersalin secara caesarean. 

Adalah penting untuk memastikan seluar dalam yang dipakai wanita bersalin C-section tidak mendatangkan iritasi kepada kulit.

Tiada apa yang lebih memudaratkan keadaan daripada kegatalan dan ketidakselesaan pada bahagian pembedahan. 

Wanita yang bersalin secara normal juga memerlukan kelembutan dan keselesaan pada sekitar bahagian faraj bagi mengurangkan kesakitan. 

  1. Pengudaraan

Memastikan seluar dalam yang dipakai selepas melahirkan anak mempunyai aspek pengudaraan juga perlu. Kenapa? 

Ini kerana mengekalkan kekeringan pada bahagian faraj, jahitan dan pemotongan adalah penting bagi mencegah jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan.

  1. Saiz

Pastinya anda akan membeli seluar dalam lebih awal sebelum melahirkan anak, bukan? Jadi anda disarankan untuk memilih seluar dalam bersaiz lebih besar daripada saiz biasa anda beli.

Ini dapat membantu menyediakan ruang bagi anda meletakkan pad. Lebih utama lagi, tiada wanita bersalin yang perlu memakai seluar dalam ketat.

  1. Memeri 

Sesudah proses kelahiran, badan anda akan mengalami perubahan.

Memilih seluar dalam selepas bersalin yang mempunyai fungsi memeri atau fleksibel dan menjanjikan keselesaan kepada bentuk badan pastinya perkara terbaik. 

  1. Sistem sokongan 

Anda mungkin berasa segalanya mengenai badan anda berubah. Disebabkan itu, sistem sokongan seluar dalam adalah penting untuk membuatkan anda rasa lebih terjamin. 

Sudah tentu ia dapat membantu membuatkan anda lebih selesa untuk bergerak dan dalam masa yang sama menyokong proses penyembuhan.

Manfaat seluar dalam bersalin caesarean



Seluar dalam selepas bersalin yang direka khusus bagi wanita yang melahirkan anak secara pembedahan caesaren dapat memberikan kelebihan yang tidak dapat diberikan seluar dalam kapas biasa. 

Bergantung kepada pengeluar, seluar dalam khusus bagi wanita bersalin C-sec biasanya mempunyai:

  • Fungsi pemampatan yang direka untuk mengurangkan bengkak pada bahagian pembedahan dan menawarkan sokongan pada kawasan tisu yang lemah
  • Sesetengah seluar dalam direka untuk mengurangkan pengeluaran cecair secara berlebihan dan membantu uterus kembali kepada saiz asal
  • Keselesaan pemakaian dan material untuk membantu mengurangkan kegatalan pada kulit sepanjang tempoh penyembuhan dan dalam masa sama menawarkan perlindungan pada kulit yang sembuh
  • Sistem sokongan yang boleh diselaraskan mengikut proses pemulihan bahagian C-sec

Kesimpulan

Tidak kira sama ada anda sedang mencari jalan penyelesaian sementara selepas bersalin seperti seluar dalam pakai buang atau mementingkan aspek keselesaan, apa yang penting adalah untuk mencari seluar dalam yang betul. 

Untuk berasa selesa atau yakin selepas melahirkan anak bukanlah 1 perkara yang mudah.

Diharapkan perkongsian artikel daripada Hello Doktor ini akan dapat membantu anda dalam mencari keselesaan sepanjang tempoh anda berpantang nanti.



Sumber : hellodoktor.com




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 2-11-2020 09:22 PM
Nk tny.. Mana dtg nama thong and g string?and awat bkn pggil x string ke.. Hehe
Quote Normabaru 2-11-2020 09:22 PM
Nk tny.. Mana dtg nama thong and g string?and awat bkn pggil x string ke.. Hehe
Quote adila39 2-11-2020 10:22 PM
Normabaru replied at 2-11-2020 09:22 PM
Nk tny.. Mana dtg nama thong and g string?and awat bkn pggil x string ke.. Hehe

Taklah dapat dipastikan...tapi g string ni adalah alat untuk menutup alat kelamin asalnya so bukan utk fashion pada asal usulnya, ada high cut and low cut.
Quote suzycutegal 2-11-2020 10:25 PM
Good info.....
Quote husna_amal 3-11-2020 09:24 AM
Info yang bermanfaat.
Quote Scheherazade 6-11-2020 01:06 PM
Baru tau ada mcm ni. Thx for sharing

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.203353 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top