CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isa Samad Didapati Bersalah Atas 9 Tuduhan Terima Rasuah

3-2-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11865| Komen: 115|Original author: Punat_button

Description: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad didapati bersalah Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas sembilan tuduhan rasuah RM3 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di ...
Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad didapati bersalah Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas sembilan tuduhan rasuah RM3 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.


Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dikenakan ke atas tertuduh.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa, 72, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebelum kes itu dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bermula 8 Oktober tahun lalu.


Foto: Harian Metro

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.09 juta daripada Ikhwan Zaidel iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.


Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 3-2-2021 11:13 AM
yey!!

walaupun dia bekas cikgu sekolah gua, gua tetap menentang perbuatan rasuah
Quote rashiman 3-2-2021 11:23 AM
Edited by rashiman at 3-2-2021 11:24 AM

......menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip ...


Jika betullah manusia ini menerima arahan rasuah dari bosnya dulu menerusinya....buat apalah kau sanggup buat kerja terkutuk tu...kenapa tak letak jawatan semasa berkhidmat dengan Isa samad dulu..jika menerima arahan seperti itu...
tapi manusia ini jugaklah yg dilantik sebagai Setiausaha Politik Tun M semasa PH dan senator semasa PN.



Quote noor2 3-2-2021 11:24 AM
Alhamdulillah....akhirnya...moga kepenjara seperti rakyat marhein yg lain...
Quote Orix 3-2-2021 11:26 AM
c===8 replied at 3-2-2021 11:13 AM
yey!!

walaupun dia bekas cikgu sekolah gua, gua tetap menentang perbuatan rasuah

laaa cikgu skola je ke dia ni.... apoooo smpi boleh jd pengerusi felda bagai
Quote aHoi83 3-2-2021 11:30 AM
Harap hukuman lebih kejam dikenakan utk pemakan rasuah
Quote underground 3-2-2021 11:31 AM
bagus.

aku memang anti dia.

since jadi MB N9 lagi dah kuat pow.

masa kes rasuah nak jawatan UMNO pun dah bersalah bagi rasuah.

hairan orang camtu masih diberi kuasa. dah lah berlagak sombong.

go to hell.
Quote rashiman 3-2-2021 11:34 AM
Orix replied at 3-2-2021 11:26 AM
laaa cikgu skola je ke dia ni.... apoooo smpi boleh jd pengerusi felda bagai

jgn pandang rendah dengan cikgu skola...

jawatan pengerusi felda nie..taklah tinggi mana...
ada cikgu skola dah smpi jd Timbalan Perdana Menteri..

Quote caprut 3-2-2021 11:39 AM
rashiman replied at 3-2-2021 11:34 AM
jgn pandang rendah dengan cikgu skola...

jawatan pengerusi felda nie..taklah tinggi mana...

Bg aku dulu kerjaya yg sng org melayu nk msok adalah cikgu zaman dulu2. Da jumpe lubang start la buang tahi. Skrg pon ad aje spesis cikgu cmni atau penjawat awam yg cmni.
Quote FOTHER-MUCKER 3-2-2021 11:39 AM
Bila nak masuk penjara?
Quote hmylieenz 3-2-2021 11:42 AM
wowww baguslah
Quote rashiman 3-2-2021 11:46 AM
caprut replied at 3-2-2021 11:39 AM
Bg aku dulu kerjaya yg sng org melayu nk msok adalah cikgu zaman dulu2. Da jumpe lubang start la b ...

dulu cikgu sekolah selain mengajar, selalu dilantik pemimpin masyarakat setempat.seterusnya dipilih jadi pemimpin negari dan negara.



Quote hatikudus 3-2-2021 11:47 AM
Tak heran pun dgn berita ni, dah mmg taik rasuah dia ni...seantero dunia kekdahnya...felda pun lingkup bwh dia
Quote caprut 3-2-2021 11:48 AM
rashiman replied at 3-2-2021 11:46 AM
dulu cikgu sekolah selain mengajar, selalu dilantik pemimpin masyarakat setempat.seterusnya dipili ...

Sebab zaman dulu nk jumpe intelektual atau profesional melayu paling senang cikgu. Tu cikgu sekarang merempan konon org tk hormat dorang sekarang
Quote MissVixen 3-2-2021 11:49 AM
Kan bagus kalau ada hukuman mati ditembak untuk kesalahan rasuah
Quote BicaraHatiku 3-2-2021 11:53 AM
dah terang lagi bersulohhhhh
Quote TuntungReturn 3-2-2021 11:54 AM
zmaan dlu yb mmg kebanyakan dri cikgu. sebab zaman tu cikgu la yg paling pandai, orang kampung mana pernah dengae juurukur bahan ka, jurutera mekanikal ka.. letak cikgu kt kawsan kampung bleh mng pilihanraya.tpi zamn dh berubah, letak cikgu pun belum tentu menang.
Quote Orix 3-2-2021 11:59 AM
rashiman replied at 3-2-2021 11:34 AM
jgn pandang rendah dengan cikgu skola...

jawatan pengerusi felda nie..taklah tinggi mana...

zaman dulu boleh la.... zaman skrg rmai cikgu2 yg x melambangkan identiti sbg seorang guru, especially bakal graduan2 pendidikan dekat upsi tu, perangai haukk...
Quote caprut 3-2-2021 12:09 PM
TuntungReturn replied at 3-2-2021 11:54 AM
zmaan dlu yb mmg kebanyakan dri cikgu. sebab zaman tu cikgu la yg paling pandai, orang kampung mana  ...

Masih ada lagi ye golongn cikgu cmni terutama yg da nak pencen. Rasa diri die betol. Sory, zaman da berubah
Quote c===8 3-2-2021 12:11 PM
tak heran pun cikgu masuk politik

sedangkan jaga gate ketapi pun boleh jadi wakil rakyat

belajar masak2 kat itm pun sempat jadi menteri pertahanan

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.059318 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top