CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis UK Pakai Bidai, Polis Kita Letih Sergah Orang Awam Rakam Gambar

21-2-2021 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2826| Komen: 6

Description: Kalau kita rajin tonton siaran berita antarabangsa, kita tengok terutama bagaimana anggota polis bertindak ketika dilokasi kejadian agak pelik.
Kalau kita rajin tonton siaran berita antarabangsa, kita tengok terutama bagaimana anggota polis bertindak ketika dilokasi kejadian agak pelik.

Kadangkala mereka pasang seperti kelambu. Kalau sudah pasang kelambu ia tentunya kes yang sangat sensitif. Biasanya melibatkan pengganas. Kenapa pasang kelambu?


Bukan takut nyamuk, tetapi bagi mengelakkan lokasi berkenaan dirakam oleh orang ramai yang lalu di kawasan berkenaan dan ada yang cuba menggunakan drone bagi merakam lokasi sensitif.

Kadangkala polis di United Kingdom menggunakan bidai. Solusi ini sangat mudah dan berkesan.

Di negara kita pula anggota polis, letih sergah orang ramai yang mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Kalau di tengah panas boleh pengsan asyik sergah orang ramai. Belum lagi nak siasat lokasi kejadian.

Ada yang curi-curi ambil gambar dari dalam kereta. Habis kereta diketuk oleh anggota polis. Kan letih dan tertekan kerja sebegini.

Zaman sekarang susah untuk menghalang orang ramai daripada mengambil gambar dan merakam video, kerana semua orang mempunya telefon bimbit dan lengkap dengan kamera berkualiti. Ramai juga yang memiliki drone dan terbang secara haram.


Orang ramai pula bila disergah oleh anggota polis akan menimbulkan hubungan yang tidak baik dengan masyarakat. Ini tidak baik untuk pasukan polis dan masyarakat.

Sudah sampai masanya pendekatan mudah dan ringkas menggunakan kelambu atau bidai digunakan bagi menyelesaikan masalah ini.

Saya ambil contoh kejadian seorang lelaki cuba terjun dari Rawang By Pass yang ketinggiannya hampir 60 meter kerana masalah hidup.


Kredit foto: Lelaki cuba terjun dari Rawang By Pass. 
Foto: Media Sosial

Berduyun-duyun kenderaan melalui kawasan berkenaan, dan mereka kebanyakannya merakam video dan foto. Ada yang membuat siaran langsung di media sosial.

Saya kasihan dengan anggota yang bertugas bagi mengelakkan orang ramai daripada merakam wajah lelaki berkenaan. Tetapi, akhirnya ia tersebar juga di media sosial.

Lebih buruk lagi wajah lelaki berkenaan tidak ditutup sama sekali. Netizen mana dia tahu sensitiviti atau undang-undang melarang perbuatan tersebut.

Kalau boleh bertindak, memang dengan netizen juga teraniaya kerana keghairahan untuk merakam di lokasi kejadian jenayah.

Jadi solusi sudah ada. Tepuk dada, tanya selera.


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 21-2-2021 12:57 PM
podahhhh......

kata meenachi semlm.....
Quote merrissa 21-2-2021 01:33 PM
haah kat msia...xde bidai...xkose kot nak pasang
Quote TravellingBear 21-2-2021 01:38 PM
rakam balik. rakam muka org yg merakam
Quote Nham22 21-2-2021 01:39 PM
Cehh pooodahhhhh... Aku mmg gelakk tersembur. Air semalam... Sempat lg.minaci tu
Quote user.name 21-2-2021 01:41 PM
kat sini polis di pooodah jah oleh aci
Quote Tinot7 21-2-2021 01:51 PM
Mana contoh, TT?

Kadangkala polis di United Kingdom menggunakan bidai. Solusi ini sangat mudah dan berkesan.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050193 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top