CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Buka Bilik, Nampak Mayat Ibu Dah Berbau Dan Membengkak

5-3-2021 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3234| Komen: 17

Description: Bukit Mertajam: Pilu hati anak apabila menemui mayat ibu mereka terbaring di atas katil dalam keadaan sudah membengkak di sebuah rumah di Taman Impian Indah, di sini, malam tadi.
Bukit Mertajam: Pilu hati anak apabila menemui mayat ibu mereka terbaring di atas katil dalam keadaan sudah membengkak di sebuah rumah di Taman Impian Indah, di sini, malam tadi.


Difahamkan, mayat Heng Gaik Choo, 51, ditemukan oleh salah seorang anaknya yang terhidu bau busuk dari bilik ibunya sebaik pulang ke rumah pada 8.05 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, anak mangsa kemudian menghubungi adiknya bagi memaklumkan perkara berkenaan.


Gambar Hiasan

"Adiknya pulang bersama seorang rakan dan mereka bertiga membuka pintu bilik wanita terbabit sebelum menghubungi polis.

"Hasil pemeriksaan forensik mendapati mayat mangsa sudah berbau dan membengkak selain tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shafee berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) bagi proses bedah siasat selepas menjalani ujian saringan Covid-19.

Katanya, setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 5-3-2021 03:58 PM
Sedih wo mati sensorg mcm ni. Mcm sorg ex boss aku. Dia mati sensorg. Nasib baik ada janji nk klr dgn kwn on that day. Depa heran dia x show up. P rmh dia, jumpa dia dah xde, slipped or collapsed ke mcmana kt bilik air. Anyhoo, RIP aunty
Quote noor2 5-3-2021 04:00 PM
Takziah...

Rajin2 lah call mak....
Quote Nenolen 5-3-2021 04:05 PM
Hmmm...harap tak berlakulah dekat kaka...
Quote Kurex 5-3-2021 04:17 PM
Baca tajuk dah tau leluhur mana
Quote mieymiey 5-3-2021 04:56 PM
Alaaa kesiannya dah lama meninggal baru dijumpai
Quote Artemesiaa 5-3-2021 04:58 PM
Takziah buat mereka
Quote nowhite 5-3-2021 05:33 PM
Sedihnya..takziah
Quote Punat_button 5-3-2021 05:37 PM
Kurex replied at 5-3-2021 04:17 PM
Baca tajuk dah tau leluhur mana

sebab ayat 'anak buka bilik' ka? kalau leluhur suci ayat dia macam mana?

Quote farhani87 5-3-2021 06:25 PM
Salam takziah.
Quote Adrif 5-3-2021 08:49 PM
Scheherazade replied at 5-3-2021 03:58 PM
Sedih wo mati sensorg mcm ni. Mcm sorg ex boss aku. Dia mati sensorg. Nasib baik ada janji nk klr dg ...

dalam 30-40 tahun akan datangI suspect, kes macam ni akan menjadi ramai.. mati sorang2 kat rumah, orang jumpa dah busuk

sebab masalah ekonomi, ramai pilih hidup bujang, berseorangan, tak mampu kahwin
tua sorang-sorang. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
lepas tu nazak sorang, mati sorang.
takda family, takda zuriat.

bergantung pada ehsan jiran tetangga dan kawan-kawan
Quote faraway1 5-3-2021 09:14 PM
Macam makcik my husband.

Anak dia tepon tak jawab jawab, tambah hari tu hari ulang tahun kematian bapak dorang.

So dah mak tak angkat pergilah rumah tengok.

Rupanya mak dah meninggal..

So same date kematian mak dan ayah..
Quote Gomea 5-3-2021 09:15 PM
Laki aku pon pernah jumpa mayat jiran dia kat dalam rumah. Sebab anak dia call tak berangkat. Laki aku kopek tingkap, tu dia terbuntang depan mata. Mimpi ngeri gaklah seminggu dua
Quote batmana 5-3-2021 09:20 PM
kalau org tua tinggal sorg kt uma, belanja sket beli cctv online tu, baru rm50 klu jenama cap ayam, streaming tenet, beli ajala pakej murah2 , bwh rm40 sbulan.

ko pantaula tiap hari, tiap jam, senang sket.

ni ada beli tepon jenama ipon 12 pro, harga rm5.400.00 mampu

tapi benda simple tak smpai rm50 pun utk keselamatan org tua sendiri kt umah, kedekut taik hidung masin bagai lahai nk beli psg
Quote shida81 5-3-2021 09:27 PM
Jiran2 x de ke yg perasan
Quote dudaberhias 5-3-2021 09:31 PM
RIP aunty... umur dia 51 rasanya sakit tua, sakit jantung atau apa2 berkenaan...
kesian sebab dah bengkak badan, anak2 lama jugak baru dapat balik...
Quote supernaturalee 5-3-2021 10:03 PM
Last time dorg jumpa dgn maknya bila
Quote kakikuDibibirmu 5-3-2021 10:21 PM
Kalu sakit jantung jangan tinggal sorang-sorang

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.063948 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top