CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Remaja 14 Tahun Kecewa Pelanggan Tuduh Jual Barang Harga Kafir

5-3-2021 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5274| Komen: 22

Description: Seorang peniaga muda berkongsi kisahnya berdepan pelanggan biadab gara-gara tidak berpuas hati dengan harga ditetapkan.
Seorang peniaga muda berkongsi kisahnya berdepan pelanggan biadab gara-gara tidak berpuas hati dengan harga ditetapkan.

Harga kafir, katanya.

Menurut Hana Abdul Muttalib, 14, dia yang berniaga produk kecantikan sejak tiga tahun lalu kecewa apabila dilemparkan kata-kata sedemikian.



Gambar hiasan

"Sejujurnya saya rasa marah dan kecewa sebab dia tak hormat saya sebagai penjual. Saya dah banyak sangat jumpa pelanggan macam ni, tapi tak sebiadab ini.

"Nak kata yang paling biadab macam keterlaluan pula, saya cuma harap dah tak jumpa pelanggan macam ni," ujarnya kepada mStar.

Dia yang berkata harga ditawarkan mengikut ketetapan pengeluar produk itu sendiri juga beranggapan frasa 'customer is always right' sudah tidak relevan pada masa kini.

"Dia tiba-tiba direct message (DM) tanya kenapa harga produk saya jual mahal?


"Dan dia cakap saya aniaya pelanggan. Saya cuma ikut harga yang ditetapkan oleh HQ. Malah, saya siap bagi kos penghantaran (postage) percuma.

"Ada penjual yang jual mengikut harga yang dikawal atau ditetapkan oleh HQ dan jika kami jual harga kurang atau lebih daripada harga asal boleh jatuh hukum haram dan duit yang dapat pun duit haram.

"Boleh kan tanya elok-elok? Penjual pun ada hati dan perasaan. Sekarang dah 2021, saya kalau boleh nak lenyapkan ayat 'customer is always right' tu," ujarnya lagi.




Kata Hana, bukan pujian yang diminta, namun cukuplah dengan secebis rasa hormat buat golongan peniaga sepertinya.

"Saya minta tolong sangat pembeli untuk hormat penjual. Kalau ada soalan yang nak ditanya tolong tanya elok-elok dan beradab.

"Penjual pun manusia. Dan awak tak nampak usaha penjual ketika buat bisnes. Kami bersusah-payah untuk dapatkan pendapatan.

"Lepas saya tweet kejadian tu, rupa-rupanya ramai lagi penjual yang kena macam saya, ada yang lebih teruk.

"Ada yang putus asa untuk menjual sebab dilayan macam orang tak ada perasaan. Lepas saya baca semua luahan ni, saya rasa Alhamdulillah sebab saya tak pernah kena macam mereka.

"Tapi saya rasa sangat sedih sebab mereka dilayan sebegitu dan tak berani bersuara," jelasnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Hana berkata dia enggan berputus asa kerana memikirkan keluarga serta ibunya.

Dia juga turut menjadikan kata-kata seorang peniaga makanan yang pernah ditemuinya secara tidak sengaja di tepi jalan sebagai pegangan dalam menjalankan perniagaan.

"Memang susah untuk cari kekuatan untuk teruskan bisnes, tapi setiap kali saya rasa nak putus asa, saya teringat seorang akak ni pernah cakap... anggap mereka seperti anjing digari yang menyalak, hanya pandai menyalak tapi tak boleh berbuat apa-apa pada kita.

"Saya juga fikir pasal keluarga. Umi seorang ibu tunggal yang nak tampung kami lima beradik. Jadi saya kena tolong umi," ujarnya.

Tambah Hana, ibunya juga menjalankan perniagaan secara dalam talian sepertinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-3-2021 04:17 PM
Siapa yg caya cerita budak twitter & hudak tiktok, korang lagi bodoh dari nia romadoni
Quote CiliPadiSedap 5-3-2021 04:29 PM
takde pun sebut lazada kan nampak sgt buyer lazada ni membazir
Quote Artemesiaa 5-3-2021 05:09 PM
Kalau tak sanggup layan kerenah pelanggan usah berniaga elok tumpu pada pelajaran
Quote Pikapikachu 5-3-2021 05:59 PM
Tips dr iols  kalau dpt mesej dr pelanggan cmni, lepas baca mesej tu, bluetick sajooo and move on. Layan org cmni akan melambatkan masa utk kite reply mesej pelanggan yg lain. Lagi kite layan dia lagi kurang probability untuk close sale dengan pelanggan lain. Biasanya org mcm ni nak bebel jee bukannya nak beli pun. Saja je tu nak ajak borak gurau kaso dengan kite. Sebab sah-sah dia sendiri dah buat perbandingan harga. And dia sendiri boleh decide sendiri nak beli yang mana. Lepas tu rude pulak. Kacau mental health penjual je. Maka bluetick sajoo kite bagi dia. Biar dia plak bengang dpt mesej bluetick hahahhaha. Penjual pun kena laa bijak jaga mental health diri sendiri.

Yg penjual pun jangan asyik nak viralkan or meroyan je pasal perangai pelanggan. Ada pelanggan x suka penjual kuat meroyan/sentap ni. Nak educate pelanggan, educate elok-elok. Pelanggan bimbang karang dia silap sikit, penjual laju je meroyan post ke public bagi semua orang baca. Rasa diaibkan x masal-masal walau penjual hide details.

Jenis cmni memang i ols avoid la.
Quote CiliPadiSedap 5-3-2021 07:28 PM
Lg satu bila jumpa buyer cmni kan add value .add nilai value servis consultation guna produk.

Puan boleh beli di shopee ye mmg murah berbanding lazada , tapi takut produk tersebut tiruan dan bukan dari produk kami.

Puan dapatkan produk dari saya, saya akan pastikan produk sampai di tangan puan dengan selamat. Aktiviti dan latihan untuk bantu proses pemulihan turut saya sediakan.

Kalau di luar consultation fees tak kurang rm 2 ribu untuk sakit begini. Puan nak jimat atau sihat?

Buat 1000 closing sales akan jd pakar yg penting faham basic buat latihan . Kena reject customer biasa upgrade value baru orang beli tu rasa rugi beli kt shopee




Quote azimodin 5-3-2021 07:58 PM
Kurex: Siapa yg caya cerita budak twitter & hudak tiktok, korang lagi bodoh dari nia romadoni


Ntah la chuols tapi benda ni legit jugak. Kakak ipar iouls home baker. Ada je orang yang tanya dia kek harga berapa, bila dia bgtau harga boleh pulak orang tu cakap dia boleh cari yang lagi murah. Siap suruh kakak ipar iouls turunkan harga. Padahal i rasa dah murah dah harga tu
Quote Adrif 5-3-2021 08:58 PM
selalu ja dapat customer negative
tangan ke bahu, mata ke atas,



lalu buh emoticon senyum sambil maki
dan ucapkan ayat "Terima kasih atas feedback. Pihak kami sedia mendengar, dan akan meneliti semula produk kami. Terima kasih. #staysafe #kitajagakita "


dia cakap apa pun lepas tu, kita copypaste macam robot jawapan tadi
ini hanya apply untuk pelanggan biadap, dan negatif sahaja.
pelanggan yang tanya elok, sopan, dan berhemah seperti manusia ada akal, budi bahasa, dan moral,
100% akan dilayan dan maklum balas dengan penuh kerjasama, dan penelitian.
Quote dudaberhias 5-3-2021 09:16 PM
oh dah baca dah ni kat twitter semalam... sian sebab adik tu dropship je dan harga bukanlah terletak pada tangan dia nak bagi murah ke mahal...
takpelah biasalah dugaan meniaga kita akan jumpa manusia2 begitu...
manusia2 begitu pun ujung2nya di tua nanti sakit2 jumpa bomoh... bomoh kata kena buatan orang... padahal orang tak tahu perilaku dan dosa2 orang tu sebelumnya.. dosa2 yang dia tak sedar kepada manusia lain...

selalu gitu la...
Quote dudaberhias 5-3-2021 09:21 PM
azimodin replied at 5-3-2021 07:58 PM
Ntah la chuols tapi benda ni legit jugak. Kakak ipar iouls home baker. Ada je orang yang tanya d ...

iols salah sorang yang tak pernah so far mempertikaikan harga orang even kek mahal mamasabariah tu pun iols beli jah takde mintak diskaun... takde mintak delivery free... takde mintak kurang... terus bayo jah transfer tanpa risau duit kena scam ke idok...

jadi pelik jugak kadang2 ada orang berkira harga orang tu mahal.. harga orang ni mahal...

kenapa tak beli tempat lain... semua di tangan sendiri... tapi nak keluarkan kata2 yang mengecilkan hati peniaga2 yang mencari rezeki tu adalah pilihan sendiri... bila hidup jadi susah, rezeki sempit dan makin susah jangan pulak pergi jumpa bomoh... bomoh kata kena buatan orang... padahal hidup sebelum tu asyik mengguriskan hati2 orang yang kita tak sangka...

ingat ye doa orang terniaya tu termakbul cepat dikkkk... lagi2 yang adik ni kena gelar jual harga kafir... kalau dia doakan orang tu dapat hidayah takut2 kang tergolek esok eksiden patah tangan atau putus terus tangan tu...
Quote dua_chzy 5-3-2021 11:21 PM
Harga kafir.

Hai la bodoh.
Quote dua_chzy 5-3-2021 11:24 PM
Akak mintak maaf tapi akak perasan customer Melayu cheapskate gila. Kalau datang Sabah nak stay homestay pon punya la cheapskate nak offer sampai dapat rega gila2 murah pehtu paling tak menahan cerewet kaki komplen nak mampus.
Quote salmon-suki 6-3-2021 12:17 AM
Xyah laa viral kot..pd ai,kalau ada rude customer mcm ni,bolayan kan je..n kalau harga mahal,buyer pn xyah ler gedik sgt nak g tny seller ke apa..bolayan kan jgk kalau xnak beli n dh jmpe harga y lg murah..

Tp rasanya customer ngn seller pn masing2 bosan,xde keje agaknya..buyer menghentam seller,seller melayan buyer..hukalohhhh..bnde boleh elak..
Quote mamajawie 6-3-2021 01:55 AM
Penjual kosmetik umo 14 tahun menjual produk sejak 3 tahun lalu???woii birahnya ko dekkk bulu jembut belum tumbuh da sibuk nk mekap bagai..aku dulu umo 11 tahun tudung pun senget2 lagi tau..
Quote najib888 6-3-2021 05:21 PM
The customer is always right mana ada dah.. Tu frasa nak menjerut tengkok peniaga.. sepatutnya,
Customer has a right.. baru betui.. right to complain etc.
14 tahun meniaga dah? Tak kira child labor ka lagumana? Ka hat ni lagu lain?
Quote rajamoney 6-3-2021 08:26 PM
najib888 replied at 6-3-2021 05:21 PM
The customer is always right mana ada dah.. Tu frasa nak menjerut tengkok peniaga.. sepatutnya,
Cus ...

pejuang2 hak asasi kanak2 tengah tkde mood nk pejuangkn child labor skang ni jib

sbb pejuang2 ni pun susah cari mkn skang

prffffffffffffffffffffffffffght
Quote KakakGoyang1 6-3-2021 10:04 PM
Tak perlu layan msg mc. Tu
Quote 無套瀨av0511 6-3-2021 10:14 PM

校花清純學生妹:【瀨205440或av0511  Telegram:@yy960318  官網:www.pp09520.com 】
小叮噹 150cm.B杯.19歲小蘿莉 很可愛 超級嬌小又嬌小 又瘦 你想什麼姿勢都ok跟她做愛配合度高 一點困難度都沒有因為都由你掌控 她不是很懂性愛方面 你帶著玩 想怎麼玩就怎麼玩 她爽就好就像包著你的女兒妹妹一樣 超級可愛看著就想讓一口吃掉 慢慢的玩弄她然後她在說~快進來~好想要~人家都濕濕了

Quote batmana 7-3-2021 03:36 PM
kene faham, org gila ada kt mana2

jadi meniaga ni, akan jupe mcm2 org gila

hati kene igt niat, niaga kerana apa, utk apa, yg dtgkn rezeki tu tuhan, igt je la pada tuhan

ko tension2 dgn mesej makhluk tu, tk kemana jadinya
Quote annehuda 7-3-2021 04:30 PM
dudaberhias replied at 5-3-2021 09:16 PM
oh dah baca dah ni kat twitter semalam... sian sebab adik tu dropship je dan harga bukanlah terletak ...

tapi setau i la, dropship ni harga ditentukan oleh seller tu.  mcm i selalu beli tudung kekaboo, tudung tu hq jual harga rm16-RM20 je tapi seller jual sampai rm25 tak masuk kos shipping tu.  mmg ikut seller tu brape untung die nak amek.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.066246 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top