CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putera William Pemerintah Terakhir, Putera George Tak Sempat Naik Takhta?

14-9-2021 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5211| Komen: 18

Description: Putera George, anak sulung pasangan Putera William dan Catherine Middleton diramal tidak sempat untuk menaiki takhta sebagai pemerintah Britain.
Putera George, anak sulung pasangan Putera William dan Catherine Middleton diramal tidak sempat untuk menaiki takhta sebagai pemerintah Britain.

Ramalan itu dinyatakan seorang novelis, Hilary Mantel yang melihat sistem monarki Britain akan berakhir sebelum Putera George menaiki takhta.



Kredit foto: IG Duke and Duchess of Cambridge

The Mirror melaporkan, Putera George berusia 8 tahun merupakan pewaris ketiga takhta Britain selepas Putera Charles dan Putera William.

Namun, Mantel percaya hanya dua generasi sempat menduduki takhta tertinggi dalam sistem monarki Britain itu.


Jelas beliau, hal demikian kerana arus pemodenan dunia masa kini akan mengubah sistem kerabat diraja.

Berdasarkan perhitungan Mantel, monarki Britain hanya akan bertahan selama dua generasi akan datang, sekali gus menjadikan Putera William sebagai pemerintah terakhir.


Kredit foto: IG Duke and Duchess of Cambridge

“Saya rasa ia merupakan satu ramalan yang adil namun tidak akan menaruh harapan tinggi.

“Ia agak sukar untuk memahami pemikiran di sebalik pemerintahan beraja di dunia moden ketika orang ramai hanya melihat mereka sebagai selebriti,” katanya kepada The Times.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 14-9-2021 11:57 AM
Ia agak sukar untuk memahami pemikiran di sebalik pemerintahan beraja di dunia moden ketika orang ramai hanya melihat mereka sebagai selebriti


can't agree more!

not to mention sumber pendapatan untuk media.

p/s: lain halnya dengan di Malaysia
Quote Adrif 14-9-2021 12:09 PM
Decaffeinated replied at 14-9-2021 11:57 AM
can't agree more!

not to mention sumber pendapatan untuk media.

kalau kat Malaysia, at least untuk check and balance political power, dan menjaga agama Islam. tu yang paling basic la.
takut aku nak bayang kalau dinosaur-dinosaur menteri pegang semua kuasa. dah la gila kuasa, gila harta. rakyat mati pun tak peduli
Quote damsel_fiji 14-9-2021 01:21 PM
george ni klu tgk pattern rambut dah nampak bakalan botak macam apaknya
Quote LadyCarefree 14-9-2021 02:21 PM
Adrif: kalau kat Malaysia, at least untuk check and balance political power, dan menjaga agama Islam. tu yang paling basic la.takut aku nak bayang kalau dino ...


Itu saja la modal nak taksub.
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 05:59 PM
muka george dah cam muka apak masa kecik
Quote edayildiz 14-9-2021 06:01 PM
boleh eh gitu? so far negara mana dulu ada raja tp skrg dh xde? korea khenzz?
Quote kitmal9545 14-9-2021 06:03 PM
Dunia semakin berubah........
Quote belon 14-9-2021 08:40 PM
edayildiz replied at 14-9-2021 06:01 PM
boleh eh gitu? so far negara mana dulu ada raja tp skrg dh xde? korea khenzz?

Byk negara yg dulu sistem beraja tapi sekarang dah takde..
Quote edayildiz 14-9-2021 08:48 PM
belon replied at 14-9-2021 08:40 PM
Byk negara yg dulu sistem beraja tapi sekarang dah takde..

oic.. belanda pun khenzz
Quote FOTHER-MUCKER 14-9-2021 10:41 PM
Kenapalah anak anak dia ni semuanya bermuka melayu!
Quote sambaldurian 14-9-2021 10:45 PM
tp smpai skg queen xnk abdicate, bagi peluang kt anak dia charles naik takhta. xnk pencen lg main ngan cucu cicit ke
Quote delia3003 14-9-2021 10:50 PM
QEII panjang umur, lama sangat memerintah. Charles tak tau ler berapa lama sempat naik takhta, umur pun dah 70 tahun lebih.
Quote delia3003 14-9-2021 10:57 PM
edayildiz replied at 14-9-2021 06:01 PM
boleh eh gitu? so far negara mana dulu ada raja tp skrg dh xde? korea khenzz?

Korea tu takde emperor dah berkurun, masa bawah jajahan Jepun.
Quote tumpanglalu74 14-9-2021 10:59 PM
Edited by tumpanglalu74 at 14-9-2021 11:13 PM

Ade orang ngaku time traveller kata Wills & anak bongsunye jatoh heli.  George jadi king.

For instance, in your time, you are still dealing with Queen Elizabeth and Prince Philip. They are long dead. And so is Charles, William and Louis. William and Louis died in a helicopter crash. Prince George is the new King. Nobody saw this coming and he has no mind to continue the royal line or dominate the planet, lead the elite or anything else like that. He freely admits what the royalty have been up to and has zero interest in continuing that lineage at all. He didn't step down because that would cause a vacancy which would mean Charlotte would be the Queen and she has a child. George means to ride out his days being in charge so that he has the opportunity to dissolve the entire structure of the elite personally so that freedom has a chance.


https://www.godlikeproductions.com/forum1/message4727607/pg1

Firasat aku tepat mengatekan yang akan jadi king nanti si Harry sebab bininye taram sangat nak jadi kuin.  Bukan susah pon si Meghan nak hapuskan anak2 sedare dia.  
Quote tobobon 14-9-2021 11:13 PM
edayildiz replied at 14-9-2021 08:48 PM
oic.. belanda pun khenzz

Belanda masih ada raja chuolsss..yg dulu ada raja skrg xda mcm france, portugal tu
Quote kakikuDibibirmu 14-9-2021 11:36 PM
semua raja-raja dalam dunia ini akan dihapuskan.
yang tinggal akhirnya nanti hanyalah 4 raja adja: King of Hearts, Spades, Diamonds and Clubs
Quote Lagubestbest 15-9-2021 12:37 AM
edayildiz replied at 14-9-2021 06:01 PM
boleh eh gitu? so far negara mana dulu ada raja tp skrg dh xde? korea khenzz?

sultan melaka
Quote kakikuDibibirmu 15-9-2021 07:20 AM
edayildiz replied at 14-9-2021 06:01 PM
boleh eh gitu? so far negara mana dulu ada raja tp skrg dh xde? korea khenzz?

Indonesia tersenyum sinis

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.146468 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top