CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bantu Anak Belasah Rakan Sekolah

14-9-2021 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2594| Komen: 9

Description: Seorang ibu kebiasaannya akan berusaha sedaya upaya mendidik anak mereka menjadi manusia berguna selain menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat.
Seorang ibu kebiasaannya akan berusaha sedaya upaya mendidik anak mereka menjadi manusia berguna selain menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat.

Namun, lain pula kisahnya Ashley Ruffin, 30, yang membantu anak lelakinya berusia 12 tahun memukul kanak-kanak lain.


Kredit foto: New York Post

Pihak berkuasa tempatan berkata, Ashley memegang rambut dan lengan seorang budak lelaki manakala anaknya dan seorang kanak-kanak lain membuli mangsa.

Wanita itu ditahan polis selepas mangsa membuat laporan mengenai kejadian yang menimpanya.


Dalam laporannya, mangsa memaklumkan dia bersama beberapa rakan lain duduk di luar kompleks sukan di sekolah menengah Indian Trails di Palm Coast sebelum diserang dua budak lelaki.

Rakan mangsa sempat melarikan diri untuk mendapatkan bantuan ketika insiden itu berlaku.


Kredit foto: Daily Star

Mangsa berkata, wanita itu kemudian menahannya dan membiarkan anak lelaki serta rakannya berterusan memukul.

Selepas kejadian, mangsa memberitahu ibunya yang kemudian membuat laporan kepada pengurusan sekolah berkenaan sebelum laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Ashley kini ditahan atas kesalahan penderaan kanak-kanak walaupun wanita itu menafikan perbuatannya.

Menerusi Facebook, dia mendakwa hanya mahu meleraikan pergaduhan.


Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xAthenax 14-9-2021 11:49 AM
Dekat sekolah anak dulu pun ada ibu yang buat lagu ni
Quote becir 14-9-2021 12:26 PM
Acik Karen la ni..
Quote kechikchomel 14-9-2021 12:53 PM
macam movie korea tajuk sunny. mak dia bawa geng g belasah grup budak pompuan yg buli anak pompuan dia. masa sekolah dulu pun mak dia n geng pernah gaduh dgn grup pompuan yg lain.

Quote Matchamana 14-9-2021 01:00 PM
Ape jenis mak la ni
Quote I.K.A888990 14-9-2021 03:00 PM
siasat betul2
mmg nk membantu ke atau nk hentam budak tu
Quote nononcrux 14-9-2021 03:25 PM
hahah ank kena buli kot, mak backup dgn geng lain sekali tumpang sekaki
Quote kakigojes 14-9-2021 05:30 PM
Aaa ada 2 situasi:

Kalau anak kene beli, mak tolong tagteam wwf kan si pembuli - you go girl!

Kalau otherwise, haih, you go to jail girl

Quote nakkomenjugak 14-9-2021 06:02 PM
This is some ghetto ish
Quote gigahertz 15-9-2021 12:23 AM

mungkin beliau terpengaruh dengan cerita ni :


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051334 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top