CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

14 Tahun Diculik Akhirnya Jumpa Kembali Dengan Ibu Kandung

17-9-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2916| Komen: 18

Description: Seorang remaja yang diculik 14 tahun lalu akhirnya berjumpa dengan ibu kandungnya selepas berhubung menerusi fungsi mesej aplikasi sosial media, Facebook.
Seorang remaja yang diculik 14 tahun lalu akhirnya berjumpa dengan ibu kandungnya selepas berhubung menerusi fungsi mesej aplikasi sosial media, Facebook.

Remaja berkenaan, Jacqueline Hernandez, 19 menghubungi ibunya Angelica Vences-Salgado melalui Facebook awal bulan ini dan memberitahunya bahawa dia kini tinggal di Mexico.

Pertemuan pertama kali anak beranak itu berlaku di sempadan Amerika Syarikat-Mexico pada Isnin. Mereka kemudian mengadakan acara keraian di Texas seminggu kemudian.

Foto: NDTV

Berdasarkan siaran akhbarJabatan Polis Clermont (CPD), Pada 2 September 2021, ibu remaja itu, Vences-Salgado memberitahu CPD bahawa dia dihubungi oleh seorang gadis yang mengaku sebagai anak perempuannya yang hilang.


"Dia mendedahkan bahawa wanita itu memintanya berjumpa di pintu masuk ke Amerika Syarikat di Laredo, Texas pada 10 September 2021.

"Susulan laporan itu, pasukan polis di Florida dan Texas dan penyiasat dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyusun rancangan untuk mengendalika pertemuan dan mengesahkan identiti Hernandez," katanya.

Tambahnya, berdasarkan siasatan, pegawai mengesahkan dokumen yang disediakan oleh pelbagai agensi yang terlibat dan menyimpulkan bahawa remaja itu merupakan anak perempuan Vences-Salgado yang hilang.

Berita penculikan Hernandez ketika berusia enam tahun dilaporkan pada 22 Disember 2007.

Dia diculik dari rumahnya di Clermont, Florida, oleh ayahnya Pablo Hernandez.— CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akumak 17-9-2021 07:37 PM
Lah ending dia bapa dia yg culik. Sabo jela
Quote kelapaparut 17-9-2021 07:40 PM
elehh..mesti nak dpt kerakyatan amerika lettew, nama bpk nye pun mcm geng cartel dadah je
Quote edayildiz 17-9-2021 07:47 PM
i baru nk nngis kesyahduan..
patut le mcm pelik jah masa kena culik umo 5 thn..takkan ingt lg..i yg umo 6 thn ke atas ada peristiwa2 yg ingt lg sampai skrg
Quote exclusive_vvip 17-9-2021 08:25 PM
Kannnn..iols baru nak syahdu..sekali bapak sendiri yg culik..memula baca ni terus tringat kes culik yg hangat masa zaman iols skolah dulu..budak lelaki cina, ting shong shing ke cane tah nama dia..x pernah dijumpai kan..kesian parents dia..
Quote Imkhai 17-9-2021 08:33 PM
Ingt yg culik bela bdk ni dgn penuh kasih syg ditatang bagai minyak yg penuh story nya aku fikir gitu la alih2 apak nya yg culik sabar jela
Quote exclusive_vvip 17-9-2021 08:42 PM
Ala2 kes raja bahrin je pun..anak2 tetap hidup senang lenang, & bila besar dpt pegi jumpa mak diorg jugak..
Quote sukacactus 17-9-2021 09:06 PM
exclusive_vvip replied at 17-9-2021 08:25 PM
Kannnn..iols baru nak syahdu..sekali bapak sendiri yg culik..memula baca ni terus tringat kes culik  ...

Ank buah aku la, masa tu belum skolah lg dia ckp ada npk budak ting shong shing tu
Kita org pun cemas + excited tya npk kat mana
Dia kata npk muka (poster) budak tu kat blkg bas
Hahaha adoi la!
Quote nakkomenjugak 18-9-2021 02:47 AM
lohhhh apaknya yang kidnap
Quote KamikuP 18-9-2021 05:00 AM
Lol apaknya yg kidnap eee sabo je la
Quote downiey 18-9-2021 06:05 AM
sukacactus replied at 17-9-2021 09:06 PM
Ank buah aku la, masa tu belum skolah lg dia ckp ada npk budak ting shong shing tu
Kita org pun c ...

hahahhaa adoila ank buah ko
Quote imanjannah 18-9-2021 06:15 AM
laaa apaknya yg culik
Quote darkness 18-9-2021 07:17 AM
Punyalah declare kena culik. Last2 bapak sendiri yang culik...tp mungkin dekat sana ada akta boleh gelar bapak sebagai penculik anak
Quote asfaz 18-9-2021 07:36 AM
exclusive_vvip replied at 17-9-2021 08:25 PM
Kannnn..iols baru nak syahdu..sekali bapak sendiri yg culik..memula baca ni terus tringat kes culik  ...

Awal2 90an kan.
Quote TOPwind 18-9-2021 08:50 AM
akumak replied at 17-9-2021 07:37 PM
Lah ending dia bapa dia yg culik. Sabo jela

aku ingatkan bangla yg culik,adui ,habis masa aku 2 minit dlm hidup ku,membacanya.
Quote exclusive_vvip 18-9-2021 12:28 PM
sukacactus replied at 17-9-2021 09:06 PM
Ank buah aku la, masa tu belum skolah lg dia ckp ada npk budak ting shong shing tu
Kita org pun c ...

lawak la anak buah u..pandai dia loyar buruk eh..haha
Quote exclusive_vvip 18-9-2021 12:28 PM
asfaz replied at 18-9-2021 07:36 AM
Awal2 90an kan.

Haah, mcm circa 95-96 gitu
Quote Artemesiaa 18-9-2021 12:38 PM
Ramai je yang guna FB untuk cari keluarga yang hilang dah berjumpa kembali
Quote sukacactus 18-9-2021 12:47 PM
exclusive_vvip replied at 18-9-2021 12:28 PM
lawak la anak buah u..pandai dia loyar buruk eh..haha

Hahaha...pada dia, dia bkn nak buat lawak pun rasanya, mmg betul dia npk la kan
Tp kita yg mendengar masa tu igt dah ada hope la utk dia ditemui semula, skali cuma poster...haish!

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061662 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top