CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Neelofa Risau Tinggal Sendirian Di As

23-12-2013 04:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24643| Komen: 133

Description: Neelofa Risau Tinggal Sendirian Di As | Neelofa Atau Nama Sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, Berkata, Sepanjang Sebulan Lebih Berada Di Negara Itu, Dia Risau Dengan Situasi Kehidupannya Bersendiri ...
Neelofa Risau Tinggal Sendirian Di AS | Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, sepanjang sebulan lebih berada di negara itu, dia risau dengan situasi kehidupannya bersendirian tanpa ditemani kenalan dari Malaysia.

“Dalam rasa teruja untuk mengikuti kursus di NYFA, saya sebenarnya gementar dengan suasana yang bakal dilalui.

“Ini kerana saya ke sana tanpa teman dan bilik yang disewa hanya saya seorang yang tinggal. Dan kalau nak tahu saya ini penakut orangnya. Tak boleh duduk seorang diri,” selorohnya.


KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa meluahkan rasa debar untuk ke Amerika Syarikat pada 27 Disember ini bagi mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA).

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Meletop Era di Hotel Double Tree di sini pada Khamis.



Tambah pelakon filem Lemak Kampung Santan, perasaan takut tinggal bersendirian wujud kerana dia sering mendengar pelbagai kisah berkaitan makhluk halus sejak zaman sekolah menengah.

Malah rasa ketakutan itu membuatkan Neelofa telah membeli sebuah kamera mini yang disambungkan ke komputer dan diletakkan di bilik bagi membolehkan keluarga memantau keadaannya menerusi Internet.

Dalam pada itu, Neelofa yang sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran berkata, tujuan dia mengambil kursus di NYFA adalah untuk menambah pengetahuannya di bidang seni lakonan.

“Insya-Allah, ilmu yang dipelajari di sana dapat diaplikasikan dalam kerjaya lakonan saya. Dan sekarang ini saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sehinggalah kursus selesai.

“Kemudiannya saya akan terlibat dengan penggambaran filem berjudul Sinaran selepas pulang ke tanah air,” tuturnya.

4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 20-12-2013 09:37 PM
ajaklah hans teman... konpem xtakut punyer
Quote mesmerize 20-12-2013 09:39 PM
oh patut la last week lopa cakap next week episod last dia kat meletop.. rupanya nak sambung belajar.. berapa lama tu kat US..
Quote mesmerize 20-12-2013 09:40 PM
bawak la bibik lopa bukan ke adik beradik dia ada bibik sorang satu
Quote non.sari 20-12-2013 09:45 PM
Tumpang tanye, adakah NYFA tu same tmpat nye dgn liyana jasmay pergi tempoh hari?
Maaf, aku tak mengikuti sgt perkembangan liyana jasmay..
Quote cemolot 20-12-2013 09:56 PM
tak heran punnnnn
Quote mitnick 20-12-2013 09:58 PM
xpelah niat elok nak menuntut ilmu... insyaAllah boleh tue berdikari
Quote RatuDunia94 20-12-2013 10:03 PM
NYFA ni cemana? dia hajo pelajar2 dia acting je ke?
ada directing, producing semua tak?

bg aku kalau setakat pegi jauh2 semata nak belajar utk berlakon saje.. buang masa..
kalau dh mmg kayu berlakon tu kayu juga! coz berlakon ni bakat semulajadi..

tp kalau ada kursus pengarahan or penerbitan kire ok lah..

Quote angsaemas 20-12-2013 10:19 PM
non.sari posted on 20-12-2013 09:45 PM
Tumpang tanye, adakah NYFA tu same tmpat nye dgn liyana jasmay pergi tempoh hari?
Maaf, aku tak men ...

liyana jasmay nyfa (new york)
lofa nyfa (LA)
sama akademi cuma cwgn lain2
Quote amyainsamad 20-12-2013 10:20 PM
Bye lopaak...
Quote non.sari 20-12-2013 10:30 PM
angsaemas posted on 20-12-2013 10:19 PM
liyana jasmay nyfa (new york)
lofa nyfa (LA)
sama akademi cuma cwgn lain2

Ooo.. Tenkiu2..
hanya yg kayess saja ke or golongan marhaen juga mampu?
Ke dipilih? Sorry.. Tanye lagi....
sesunguhnya aku noob pasal ni.. Nangess.
Quote AprilNing 20-12-2013 10:33 PM
Untung la..setakat gi amik krusus sebulan je ..
Siap sewa rumah n pasang cctv lagi..
Quote UnaHusna 20-12-2013 10:42 PM
sebulan lebih jerrr..tapi yelah tempat orang kan mmg cuak..aku pun takut tido sorang2 all the best la neelopak
Quote angsaemas 20-12-2013 10:51 PM
non.sari posted on 20-12-2013 10:30 PM
Ooo.. Tenkiu2..
hanya yg kayess saja ke or golongan marhaen juga mampu?
Ke dipilih? Sorry.. Tany ...

akedemi mcm ni asal ada fulus ngan kemahuan jer uols..yg gagal spm pun bleh jer msok..xder kelulusan diperlukn sbb x base on akademik tp minat
Quote solstice 20-12-2013 10:52 PM
AprilNing posted on 20-12-2013 10:33 PM
Untung la..setakat gi amik krusus sebulan je ..
Siap sewa rumah n pasang cctv lagi..

Agaknya lg murah dr kos dok hotel
Sbb lofa guna duit sundri
Ayah dia offer support dia x nak
Hai... org kaya pun gigih usaha cari duit
Yg miskin pemalas pulak... dok tunggu subsidi
Quote non.sari 20-12-2013 10:53 PM
angsaemas posted on 20-12-2013 10:51 PM
akedemi mcm ni asal ada fulus ngan kemahuan jer uols..yg gagal spm pun bleh jer msok..xder kelulus ...

Ooo,. Yeke.
Ok...
trima kasih angsa..

Quote hanakikan 20-12-2013 10:58 PM
Harap lepas graduate nanti kurang la nampak kekayuannya. Si Lisa kayu tu x nak joinT ke
Quote ogata 20-12-2013 10:58 PM
tengok lopa ni kekadang terasa jeles pula tengok anak orang kaya kan..boleh attend course camni...

aku yang teringin sangat nak ambik short course kat paris 6bulan tu pun jenus nk fkr camne nak cari fund rm48k..hahaha..

but to lopa la..dia bukan dlahirkan sebagai pelakon..xda soul..same goes to LS...
lyana jasmay i akui memang pandai belakon..

p ok la dia ada inesiatif.
Quote dahliateck 20-12-2013 11:03 PM
masalah la dok sorang, nape x bawak sorang lg wat teman, susah visa kot
Quote aderaderker 20-12-2013 11:38 PM
Bawak la maid p sana.sebulan je kut..
Maid dia mesti berorang-orang kan...

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061251 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top